You are on page 1of 4

ASRAMA VICTORIA INSTITUTION (V.I.

)
JALAN HANG TUAH, 55200 KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN

MESYUARAT PENGURUSAN JAWATAN KUASA


KERJA
ASRAMA MALAYSIA (AMal)
PERINGKAT KEBANGSAAN
BIL. 1/2018

Unit Pengurusan Asrama


Bahagian Pengurusan Hal Ehwal Murid
Victoria Institution, KL.

1
1.0 TAJUK

Mesyuarat Pengurusan Jawatan Kuasa Kerja Asrama Malaysia (AMal) Peringkat


Kebangsaan Bil. 1/2018

2.0 DIKEMUKAKAN OLEH

Unit Pengurusan Asrama, Bahagian Pengurusan Hal Ehwal Murid, Victoria Institution

3.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas cadangan ini dicadangkan kepada Pengurusan Victoria Institution untuk


menggunakan peruntukan OS29000 – makan dan minum peserta-peserta mesyuarat.

4.0 LATAR BELAKANG

Mesyuarat Pengurusan Jawatan Kuasa Kerja Asrama Malaysia (AMal) Peringkat


Kebangsaan Bil. 1/2018 diadakan untuk membentangkan perancangan Program
Perpaduan dan Promosi AMal KPM 2018 yang akan berlangsung pada 5 hingga 8
oktober 2018.

5.0 TUJUAN MESYUARAT

Membuat perancangan dan pembentangan Program Perpaduan dan Promosi AMal KPM
2018 yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 oktober 2018.

6.0 JUSTIFIKASI

Mesyuarat ini perlu dilaksanakan bagi memastikan perlaksanaan Program Perpaduan


dan Promosi AMal KPM 2018 pada 5 hingga 8 oktober 2018 berjalan dengan lancar.
7.0 STRATEGI PELAKSANAAN

7.1 Tarikh : 09 Ogos 2018


7.2 Masa : 2:00 pagi – 4:30 petang
7.3 Tempat : Bilik Gerakan Victoria Institution

2
8.0 PESERTA

Seramai 30 orang peserta terdiri daripada Pengetua, GPK Sekolah, Penyelaras Asrama,
Warden-warden Asrama, Penyelia Asrama dan guru-guru yang terlibat.

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Kos mengadakan bengkel ini dengan menggunakan peruntukan OS29000 – makan dan
minum peserta.

ANGGARAN
SUMBER/PERKARA
PERBELANJAAN
Perbelanjaan untuk Makan & Minum Mesyuarat
RM210.00
30 Peserta x RM7.00 x 1 Hari
JUMLAH RM210.00

10.0 KELULUSAN YANG DIPOHON

Unit Pengurusan Asrama memohon kelulusan daripada Pengurusan Sekolah untuk


menyediakan makan dan minum bagi Mesyuarat Pengurusan Jawatan Kuasa Kerja
Asrama Malaysia (AMal) Peringkat Kebangsaan Bil. 1/2018 dengan menggunakan
peruntukan OS29000 sebanyak RM210.00.

3
11.0 PENUTUP

Permohonan yang dikemukan melalui kertas cadangan ini diharap mendapat perhatian
dan pertimbangan yang sewajarnya. Ini adalah demi kelancaran Program Perpaduan dan
Promosi AMal KPM 2018.

Disediakan oleh:

.........................................................
(ERNIE SUHAILI BIN TI RIDZUAN)
Penyelia Asrama
Victoria Institution, K.L.

Disemak oleh: Disahkan oleh:

......................................................... .........................................................
(MOHAMAD SEPIAN BIN OSMAN) (KAMARUL AZMAN BIN MD ARIF)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pengetua
Victoria Institution, K.L. Victoria Institution, K.L.

You might also like