You are on page 1of 4

ASRAMA VICTORIA INSTITUTION (V.I.

)
JALAN HANG TUAH, 55200 KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN

MENDAPATKAN KHIDMAT MENDOBI LANGSIR


DORM, SARUNG TILAM DAN LANGSIR BILIK KHAS
DI ASRAMA

Unit Pengurusan Asrama


Bahagian Pengurusan Hal Ehwal Murid
Victoria Institution, KL.
1.0 TAJUK
Mendapatkan Khidmat Mendobi Langsir Dorm, Sarung Tilam Pelajar Dan Langsir
Bilik Khas di Asrama Malaysia Kuala Lumpur Victoria Institution (AMal KL VI)

2.0 DIKEMUKAKAN OLEH

Unit Pengurusan Asrama, Bahagian Pengurusan Hal Ehwal Murid, Victoria Institution

3.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas cadangan ini dicadangkan kepada Pengurusan Victoria Institution untuk


menggunakan peruntukan OS29000 iaitu perkhidmatan dobi yang turunkan oleh Unit
Hal Ehwal Murid, JPWPKL

4.0 PENDAHULUAN

Mendobi langsir dorm, sarung tilam dan langsir bilik khas merupakan salah satu rutin
yang amat diperlukan di AMal KL VI bagi memastikan tahap kebersihan penghuni
asrama terjaga dan juga keceriaan di bilik penginapan pelajar dan bilik-bilik khas.
Selain itu juga, sebagai persediaan awal yang dilakukan oleh AMal KL VI untuk
menerima kemasukan penghuni asrama yang baru pada tahun hadapan. Sehubungan
dengan itu, Jawatankuasa Pengurusan AMal KL VI mengambil inisiatif untuk memdobi
dorm, sarung tilam dan langsir bilik khas bagi mewujudkan keselesaan dan memastikan
kesejahteraan warga asrama dalam kehidupan seharian.

5.0 RASIONAL

Kebersihan dan keselesaan penghuni AMal KL VI menjadi agenda utama serta salah
satu budaya yang perlu diterapkan di asrama. Persekitaran yang kondusif dan selesa
juga perlu diwujudkan untuk warga AMal KL VI. Justeru, bilik/kamar penginapan
pelajar serta bilik-bilik khas menjadi tumpuan utama apabila keadaan persekitarannya
tidak bersih serta boleh menjejaskan kesihatan penghuni asrama.

6.0 OBJEKTIF

Tujuan mendapatkan khidmat dobi langsir dorm, sarung tilam pelajar dan langsir bilik
khas ini adalah:
6.1 Memastikan kebersihan dan keselesaan penghuni asrama

2
6.2 Persediaan awal untuk kemasukan pelajar baru pada tahun 2019
6.3 Menjaga kebajikan pelajar

7.0 TEMPOH DAN TEMPAT PERLAKSANAAN

7.1 Tempoh : Oktober 2018 – Disember 2018


7.2 Tempat : Di setiap Bilik/Kamar Pelajar di Blok A & Blok B

8.0 SASARAN

Kegunaan semua murid-murid Asrama Victoria Institution

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Kos mendapat khidmat mendobi ini dengan menggunakan peruntukan OS29000 –


perkhidmatan mendobi.

ANGGARAN
SUMBER/PERKARA KUANTITI
PERBELANJAAN
Perbelanjaan untuk Khidmat Mendobi
(RM7.00):
a) Langsir Dorm 380 Helai RM 2,660.00
b) Sarung Tilam 245 Helai RM 1,715.00
c) Langsir Bilik Khas 295 Helai RM 2,065.00
JUMLAH RM 6,440.00

10.0 KELULUSAN YANG DIPOHON

Unit Pengurusan Asrama memohon kelulusan daripada Pengurusan Sekolah untuk


mendapatkan khidmat mendobi dengan menggunakan peruntukan OS29000 sebanyak
RM6,440.00.

11.0 PENUTUP

Permohonan yang dikemukakan melalui kertas cadangan ini diharap mendapat


perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya. Ini adalah demi memastikan
kesejahteraan dan keselesaan anak-anak asrama serta membantu pihak pengurusan

3
asrama menyediakan persekitaran yang kondusif untuk membantu menceriakan lagi
Asrama Victoria Institution

Disediakan oleh:

.........................................................
(ERNIE SUHAILI BIN TI RIDZUAN)
Penyelia Asrama
Victoria Institution, K.L.

Disemak oleh: Disahkan oleh:

......................................................... .........................................................
(MOHAMAD SEPIAN BIN OSMAN) (KAMARUL AZMAN BIN MD ARIF)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pengetua
Victoria Institution, K.L. Victoria Institution, K.L.

You might also like