You are on page 1of 4

ASRAMA VICTORIA INSTITUTION (V.I.

)
JALAN HANG TUAH, 55200 KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN

MESYUARAT JAWATAN KUASA KERJA


ASRAMA MALAYSIA (AMal)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2018

Unit Pengurusan Asrama


Bahagian Pengurusan Hal Ehwal Murid
Victoria Institution, KL.

1
1.0 TAJUK

Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Asrama Malaysia (AMal) Kementerian Pendidikan


Malaysia Tahun 2018

2.0 DIKEMUKAKAN OLEH

Unit Pengurusan Asrama, Bahagian Pengurusan Hal Ehwal Murid, Victoria Institution

3.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas cadangan ini dicadangkan kepada Pengurusan Victoria Institution untuk


menggunakan peruntukan OS29000 – makan dan minum peserta-peserta mesyuarat.

4.0 LATAR BELAKANG

Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Asrama Malaysia (AMal) Kementerian Pendidikan


Malaysia Tahun 2018 diadakan untuk membentangkan pelaporan enrolmen dan
kewangan AMal, penyelarasan KPI, pelaporan pelaksanaan dan post-mortem program-
program peringkat kebangsaan serta perancangan Program Perpaduan dan Promosi
AMal KPM 2018 yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 oktober 2018.

5.0 TUJUAN BENGKEL

5.1 Membentangkan Pelaporan Enrolmen dan Kewangan AMal, penyelarasan KPI


serta pelaporan pelaksanaan dan post-mortem program-program peringkat
kebangsaan tahun 2018
5.2 Membuat perancangan dan pembentangan Program Perpaduan dan Promosi AMal
KPM 2018 yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 oktober 2018.
6.0 JUSTIFIKASI

Mesyuarat ini perlu dilaksanakan bagi memastikan perlaksanaan Program Perpaduan


dan Promosi AMal KPM 2018 pada 5 hingga 8 oktober 2018 berjalan dengan lancar.

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN

2
7.1 Tarikh : 02 & 03 Oktober 2018
7.2 Masa : 9:00 pagi – 5:00 petang
7.3 Tempat : Bilik Gerakan Victoria Institution

8.0 PESERTA

Seramai 20 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Bahagian


Pengurusan Sekolah Harian, Pengetua, PK Hal Ehwal Murid, Penyelaras Asrama dan
Penyelia Asrama 4 buah Asrama Malaysia (AMal).

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Kos mengadakan bengkel ini dengan menggunakan peruntukan OS29000 – makan dan
minum peserta.

ANGGARAN
SUMBER/PERKARA
PERBELANJAAN

Perbelanjaan untuk Makan & Minum Mesyuarat RM400.00


20 Peserta x RM10.00 x 2 Hari

JUMLAH RM400.00

3
10.0 KELULUSAN YANG DIPOHON

Unit Pengurusan Asrama memohon kelulusan daripada Pengurusan Sekolah untuk


menyediakan makan dan minum bagi Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Asrama
Malaysia (AMal) Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2018 dengan menggunakan
peruntukan OS29000 sebanyak RM400.00.

11.0 PENUTUP

Permohonan yang dikemukan melalui kertas cadangan ini diharap mendapat perhatian
dan pertimbangan yang sewajarnya. Ini adalah demi kelancaran Program Perpaduan dan
Promosi AMal KPM 2018.

Disediakan oleh:

.........................................................
(ERNIE SUHAILI BIN TI RIDZUAN)
Penyelia Asrama
Victoria Institution, K.L.

Disemak oleh: Disahkan oleh:

......................................................... .........................................................
(MOHAMAD SEPIAN BIN OSMAN) (KAMARUL AZMAN BIN MD ARIF)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pengetua
Victoria Institution, K.L. Victoria Institution, K.L.

You might also like