You are on page 1of 9

ASRAMA MALAYSIA (AMal) VICTORIA

INSTITUTION KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN KURSUS

PENGURUSAN JENAZAH BAGI PELAJAR ISLAM ASRAMA


MALAYSIA (AMal)

VICTORIA INSTITUTION 2018

DIKEMUKAKAN OLEH:

PENGURUSAN ASRAMA MALAYSIA (AMal) DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN


ISLAM VICTORIA INSTITUTION
KUALA LUMPUR
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH BAGI PELAJAR ISLAM ASRAMA MALAYSIA (AMal)
VICTORIA INSTITUTION KUALA LUMPUR TAHUN 2018

1.0 TAJUK

Kursus Pengurusan Jenazah Bagi Pelajar Islam Asrama Malaysia (AMal) Victoria
Institution Kuala Lumpur 2018.

2.0 DIKEMUKAKAN OLEH

Asrama Malaysia (AMal) dengan Kerjasama Panitia Pendidikan Islam Victoria Institution
Kuala Lumpur.

3.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas cadangan ini bertujuan untuk memaklumkan dan mendapatkan kelulusan


pengetua Victoria Institution Kuala Lumpur bagi melaksanakan Kursus Pengurusan
Jenazah Bagi Pelajar Islam Asrama Malaysia (AMal) Victoria Institution 2018.

4.0 LATAR BELAKANG

Pengurusan jenazah merupakan Fardu Kifayah yang wajib dipelajari dan diketahui oleh
semua orang islam. Perkara ini tidak hanya perlu diketahui oleh imam, bilal atau
pegawai syarak sahaja tetapi ianya adalah ilmu yang wajib dituntut oleh orang-orang
yang beriman. Malahan pengurusan jenazah ini menjadi tanggungjawab orang yang
masih hidup kepada si mati dan merupakan salah satu sukatan pelajaran tingkatan tiga.
Berasaskan kepada kesedaran inilah pihak pengurusan Asrama Malaysia (AMal)
Victoria Institution mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus ini kepada semua
pelajar asrama bagi menerapkan semangat ingin mempelajari dan menginsafi perihal
berkaitan dengan pengurusan jenazah dan kematian. Di samping bertujuan untuk
memberikan pendedahan awal kepada para pelajar tentang pengurusan jenazah, kursus
ini juga dilihat mampu untuk memberikan keinsafan dan kesedaran kepada pelajar
tentang kematian tidak megenal usia. Inilah modal insan terpuji yang cuba dibina oleh
kami supaya menjadi agen pengembang untuk menjadi wasilah bangsa yang beriman
lagi bertaqwa serta mempunyai aura kendiri yang positif.

5.0 MATLAMAT

5.1 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami dan boleh


mempraktikkan ilmu pengurusan jenazah yang betul berlandaskan hukum islam
dalam kehidupan seharian.
5.2 Memberikan para peserta pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang
berguna dalam aspek pengurusan jenazah yang sempurna.

6.0 OBJEKTIF

6.1 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah pengurusan jenazah yang
sempurna mengikut syariat islam.
6.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan ilmu berkaitan dengan
pengurusan jenazah yang telah dipelajari.
6.3 Memberi pengalaman yang berguna kepada pelajar bermula daripada proses
memandikan, menkhafankan, mensolatkan dan mengebumikan jenazah.
6.4 Memupuk semangat kerjasama antara pelajar dengan pelajar dan pelajar
dengan guru di Victoria Institution

7.0 JUSTIFIKASI

7.1 Output
Hasil atau keluaran mengikut setiap sasaran yang telah ditetapkan.

7.1.1 200 orang pelajar Asrama Malaysia (AMal) Victoria Institution iaitu pelajar
lelaki islam daripada Tingkatan 1 hingga 6 mengikuti Kursus Pengurusan
Jenazah Bagi Pelajar Islam Asrama Malaysia (AMal) Victoria Institution
Kuala Lumpur 2018.
7.2 Outcome
Hasil pelaksanaan program dalam bentuk impak/ kesan kepada kumpulan
sasaran.
7.2.1 Pelaksanaan Kursus Pengurusan Jenazah Bagi Pelajar Asrama Malaysia
(AMal) Victoria Institution Kuala Lumpur 2018 ini adalah bertujuan untuk
memberi pendedahan tentang ilmu pengurusan jenazah yang merupakan
fardhu kifayah kepada pelajar selain dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim antara warga sekolah dengan pelajar asrama.

8.0 STRATEGI DAN PELAKSANAAN

Tarikh : 12 September 2018 (Rabu)


Tempat : Surau Victoria Institution Kuala Lumpur
Masa : 11.00 pagi hingga 5.00 petang
Peserta : Pelajar Tingkatan 1
Pelajar Tingkatan 2
Pelajar Tingkatan 3
Pelajar Tingkatan 4
Pelajar Tingkatan 5
Pelajar Tingkatan 6

9.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO

9.1 Faktor Cuaca

9.1.1 Aktiviti akan diubah mengikut perancangan dalam kertas kerja.

9.2 Faktor Kemalangan

9.2.1 Tindakan yang diambil akan merujuk kepada buku panduan pengurusan
risiko.
10.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Sumber kewangan bagi membiayai program ini diperoleh daripada objek sebagai
( OS42000 ) yang meliputi:

ANGGARAN PERBELANJAAN KURSUS PENGURUSAN JENAZAH BAGI


PELAJAR ISLAM ASRAMA VICTORIA INSTITUTION

BIL PERUNTUKAN DIPERLUKAN JUMLAH OBJEK


SEBAGAI

PERKARA PERBELANJAAN

1 PAKEJ PENGURUSAN RM 5000.00 RM 5000.00 OS420000


JENAZAH

Pakej Termasuk:

- Bahan Kursus
(set bahagian
pengurusan
jenazah)
- Ceramah X2
- Trainer dan
Fasilitator
- Sijil

Jumlah RM 5000.00
11.0 PENUTUP

Secara tuntasnya, diharap program ini mendapat kerjasama yang baik daripada semua
pihak terutamanya pihak pentadbir, guru-guru serta staf Victoria Institution. Program
seumpama ini merupakan program yang sangat baik untuk dilaksanakan bagi memberi
pengetahuan dan ilmu berguna kepada semua pelajar Victoria Institution kerana
pengurusan jenazah merupakan fardhu kifayah yang wajib diketahui oleh semua lapisan
masyarakat. Semoga program yang bermanfaat ini dapat mencapai objektif seperti yang
diharapkan dan diteruskan pada masa akan datang.

Disediakan Oleh: Tarikh:

.............................................
(MOHD EIDIADZHA BIN MOHAMED KASIM)
WARDEN
ASRAMA 1 MALAYSIA KUALA LUMPUR

Disemak Oleh: Tarikh:

...............................................
(EN. MOHAMAD SEPIAN BIN OSMAN)
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
VICTORIA INSTITUTION
KELULUSAN YANG DIPOHON

Kertas cadangan ini dikemukakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan oleh Pengetua
Victoria Institution bagi melaksanakan Kursus Pengurusan Jenazah Bagi Pelajar Islam Asrama
Malaysia (AMal) Victoria Institution.

Diluluskan / Tidak diluluskan

............................................... Tarikh:

(EN KAMARUL AZMAN BIN MD ARIF)


PENGETUA
VICTORIA INSTITUTION
JAWATANKUASA PENGELOLA
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH BAGI PELAJAR ISLAM ASRAMA
VICTORIA INSTITUTION KUALA LUMPUR TAHUN 2018

Pengerusi : En.Kamarul Azman bin Md Arif ( Pengetua )

Naib Pengerusi : En. Mohamad Sepian Bin Othman ( PK HEM )

: Puan Ros’haida bt Mohd Yusoff (PK Kurikulum & Pentadbiran )

: En.Zainal bin Cole ( PK kokurikulum )

: Pn Jamilah Binti Sharif ( Penolong Kanan Tingkatan Enam )

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penyelaras : Puan Zurina bt. Samadi

Pen. Penyelaras : Ustaz Abdul Azim Bin Othman ( Ketua Warden )

Ketua Program : Mohd Eidiadzha bin Mohamed Kasim ( Warden )

Setiausaha : En. Mohd Sodri bin Talib ( Warden/ Kaunselor )

Bendahari : Cik Erni Suhaili Binti Ridzuan

AJK Makanan : En. Ilzam bin Mohamed Piah

: Cik Siti Zaliha Bt mat Hassan

: Pn. Siti Maisarah bt. Roslan

AJK Persiapan Tempat/ : En. Muhammad Asyraf Ikhwan bin Mat Nawi
Khemah : En. Azlan b. Hussain
AJK PA Sistem : En. Nor Mohammad Sayoti b. Zulkipli
AJK Jemputan/ Buku : Pn. Nurul Izzah bt. Ab. Halim
Program : Pn. Noor Diana bt. Khalim
AJK Bacaan Doa : En. Mohd Fadlul Hadi bin Halmi

Pengacara Majlis : En. Mohd Fauzuan b. Mat Daud

Disiplin Pelajar : En Muhammad Hafiz Bin Mustaffa

: En. Sandhrasager a/l

Jurugambar/Dokumentasi : Pn. Munirah bt. Ismail

You might also like