You are on page 1of 6

SEKOLAH SUKAN TENGKU MAHKOTA ISMAIL

BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI


JOHOR

KERTAS KERJA
PROGRAM GOTONG ROYONG PERINGKAT ASRAMA
SEKOLAH SUKAN TENGKU MAHKOTA ISMAIL
2020

ANJURAN BERSAMA :
PERSATUAN IBU BAPA & GURU
SEKOLAH SUKAN TENGKU MAHKOTA ISMAIL

DENGAN KERJASAMA :

MAJLIS PERBANDARAN PENGERANG, SWCORP &


JABATAN KESIHATAN BANDAR PENAWAR
1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilandan
keperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik asrama merupakan salah satu faktor
yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang
kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi
pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah
melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak PIBG telah merancang untung menganjurkan aktiviti Gotong
Royong Perdana bersama pihak sekolah bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid tentang betapa
pentingnya menjaga kebersiahan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik asrama. Disamping itu,
aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan asrama dan
bilik asrama serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan
Kesihatan Bandar Penawar yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan ‘fogging’ atau
menyembur asap di sekitar asrama.

Adalah menjadi harapan agar para pelajar,guru serta warga Sekolah Sukan Tengku Mahkota
Ismail memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat
3K.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan iklimyang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi bersih,indah,selamat
dan ceria.

2.2 Melaksanakan amalan kebersiahan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.


2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar,ibu
bapa,pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan
penglibatan semua pihak dalam program kebersihan asrama.

2.4 Meningkatkan keperhatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan
dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telag di sediakan.

2.5 Menggembeleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan
aktiviti.

3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : 7 Mac 2020 (Sabtu)


Tempat : Asrama Putra & Putri
Masa : 8.00 pagi sehingga selesai
Pakaian : Pakaian Sukan

4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP

4.1 Pembersihan Bilik Asrama

 Membersihkan bilik asrama yang merangkumi lantai,siling,tingkap,kipas dan mengecat


dinding asrama. Semua lantai & tingkap bilik asrama perlu dicuci.
 Tilam-tilam sedia perlu disembur dengan anti-hama oleh Jabatan Kesihatan.

4.2 Pembersihan Bilik Air/Tandas

 Bilik air/tandas perlu dicuci oleh kontraktor kebersihan dan mengenal pasti tandas
yang rosak bagi tujuan pembaikan semula.
4.3 Pembersihan Longkang

 Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran air yang
melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu sebagai satu usaha untuk
manghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada
pelajar khususnya yang berada di asrama.

4.4 Pembersihan Kawasan Pelupusan Peralatan Asrama Tidak Terpakai

 Pembersihan perlu dilaksanakan dengan bantu SWCorp dan Majlis Berkuasa


Tempatan bagi menghalang pembiakan nyamuk dan haiwan berbisa.
5.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
8.00 Pagi Ketibaan Ibu Bapa & Warga Sekolah
8.15 Pagi Taklimat agihan Tugas
8.30 Pagi Minum Pagi
8.45 Pagi Gotong royong bermula
Selesai

6.0 SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN BUDGET

Sumbangan diperolehi daripada :

a) PIBG = RM 2,000.00
b) Keperluan pembiayaan/sumbangan = RM 1,000.00
Jumlah Keseluruhan = RM 3,000.00

6.1 Anggaran Perbelanjaan Bagi Peralatan


7.0 JAWATANKUASA AKTIVITI

Penasihat :
Pengerusi :
Pengerusi Bersama :
Naib Pengerusi :
:
:
Penyelaras :
Bendahari :
Makanan :
:
:
:
Peralatan :
:
:
:
Displin & Keselamatan :
:
:

Disediakan Oleh

Disemak Oleh:

Disahkan Oleh :

You might also like