You are on page 1of 8

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PROPOSAL
LAWATAN KE SMK SUNGKAI

TARIKH
19 APRIL 2019

TEMPAT
SMK SUNGKAI, SUNGKAI

ANJURAN
AHLI KUMPULAN 13 (PENGURUSAN PEMBELAJARAN – KPS3014)
KUMPULAN F
Nama No. Matrik
Nurzahierra Dayanna Binti Zahariman D20181084309
Ily Izyan Binti Hipni D20181084313
Dayang Zulianah Binti Saleh@Zulkifli D20181084304
Mahfuzah Akmal Binti Ahmad Shafari D20181084306
Nurul Fathinah Binti Ahmad Yusoff D20181084311
Nurin Adila Binti Azli D20181084104
Siti Najikhah Binti Md Hamin D20181084110
1.0 PENGENALAN

Program lawatan ke SMK Sungkai bertujuan mendapatkan pengetahuan serta info


mengenai pengurusan pelajar pelbagai upaya. Program ini dilakukan pada 19 April 2019
di SMK Sungkai, Sungkai. Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk memberi
pendedahan mengenai cara untuk mengurus pembelajaran bagi pelajar pelbagai upaya,
mendapatkan pengetahuan serba sedikit tentang teknik pembelajaran bagi pelajar
pelbagai upaya dan mendapatkan penerangan bagaimana pengendalian bilik darjah
bagi kelas Pendidikan Khas. Program ini juga berfungsi sebagai medium persediaan
bagi ahli kumpulan 13 untuk menempuh alam pekerjaan kelak sebagai guru yang
berfikiran positif, dinamik, aktif, progresif serta cekap dalam segala tindakan.

2.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai atau nama ringkasnya SMK Sungkai,


merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Pekan Lama,
Perak. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1967 dan dahulunya merupakan
cawangan bagi SMK Syeikh Abdul Ghani.

3.0 TUJUAN

Proposal ini dikemukakan sebagai tugasan bagi subjek Pengurusan Pembelajaran


(KPS3014). Ianya bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Dr. Norwaliza Binti
Abdul Wahab, yang merupakan pensyarah bagi subjek Pengurusan Pembelajaran
(KPS3014) bagi meluluskan program Lawatan ke SMK Sungkai. Seterusnya proposal
ini juga dikemukan untuk mendapatkan info serta pengetahuan mengenai tajuk tugasan
yang diberikan kepada kumpulan 13 iaitu Pengurusan Pelbagai Upaya dengan menemu
bual guru Pendidikan Khas, SMK Sungkai.
4.0 OBJEKTIF PROGRAM

4.1 Mengenal pasti pengurusan pembelajaran bagi pelajar pelbagai upaya di SMK
Sungkai.
4.2 Mengkaji jenis pelajar pelbagai upaya yang terdapat di SMK Sungkai.
4.3 Mengkaji mengenai abaran yang dihadapi oleh guru yang menguruskan pelajar
pelbagai upaya.

5.0 HASIL PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN INSANIAH

5.1 Kemahiran komunikasi dan cara mengatasi masalah.

5.1.1 Melahirkan ahli jawatankuasa program yang mahir dalam berkomunikasi


apabila berinteraksi dengan pihak sekolah serta melahirkan individu yang
yang mampu berfikir untuk mencari jalan penyelesaian bagi suatu masalah.

5.2 Kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.

5.2.1 Melahirkan masyarakat yang tahu erti memimpin dan mengetahui cara
bekerja berpasukan di dalam sesebuah organisasi.

5.3 Kemahiran bersosial dan bertanggungjawab.

5.3.1 Sifat ini memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan
mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab
tidak seharusnya wujud di dalam masyarakat yang berdaya maju.

6.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT

Tarikh : 19 April 2019


Hari : Jumaat
Tempat : SMK Sungkai, Sungkai
7.0 SASARAN PENEMU BUAL
7.1 Guru Pendidikan Khas SMK Sungkai.

8.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti
8.00 a.m. - Bertolak ke SMK Sungkai
9.00 a.m. - Sesi suai kenal bersama pihak sekolah
SMK Sungkai
- Sesi temu bual bersama guru Pendidikan
Khas, SMK Sungkai

12.30 p.m. - Penyampaian cenderahati kepada pihak


sekolah SMK Sungkai
1.30 p.m. - Bersurai

9.0 SOALAN TEMU BUAL


1. Bagaimanakah sistem pembelajaran dilaksanakan di sekolah ini dalam kalangan
pelajar pelbagai upaya?
2. Apakah teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam bilik
darjah?
3. Apakah cabaran yang dialami oleh guru pendidikan khas sepanjang tempoh
mengajar?
4. Bagaimanakah cara penyelesaian untuk mengatasi masalah yang timbul dalam
kalangan pelajar pelbagai upaya?
10.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Penasihat
Dr. Norwaliza Binti Abdul Wahab

Pengarah
Nurzahierra Dayanna Binti Zahariman (D20181084309)

Timbalan Pengarah
Dayang Zulianah Binti Saleh@Zulkifli (D20181084304)

Setiausaha
Nurul Fathinah Binti Ahmad Yusoff (D20181084311)

Bendahari
Ily Izyan Binti Hipni (D201810184313)

AJK Cenderahati
Nurin Adila Binti Azli (D20181084104)

AJK Media Dan Perhubungan Luar


Mahfuzah Akmal Binti Ahmad Shafari (D20181084306)

AJK Pengangkutan
Siti Najikhah Binti Md Hamin (D20181084110)

11.0 ANGGARAN KEWANGAN

A. ANGGARAN PERUNTUKAN PENDAPATAN

Bil Perkara Jumlah (RM)


1 Sendiri 180.00
Jumlah 180.00

B. ANGGARAN PERBELANJAAN BELANJAWAN


Bil Perkara Anggaran Kuantiti Jumlah
kos (RM) (RM)

1 Sewa Kereta 15.00 / jam 6 jam 90.00

2 Petrol 2.00 / liter 20 liter 40.00

3 Cenderahati 40.00 1 40.00

JUMLAH 170.00

12.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar proposal program Lawatan Ke SMK Sungkai ini mendapat
kelulusan serta mendapat pertimbangan sewajarnya. Selain itu, diharap agar program
ini dapat berjalan dengan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Penganjuran program seumpama ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada
barisan ahli kumpulan 13 bagi subjek Pengurusan Pembelajaran (KPS 3014). Malah
ahli kumpulan 13 juga akan sedaya upaya memerah tenaga dan buah fikiran bagi
kecemerlangan bersama. Program sebegini akan menjadi suatu pengalaman yang
sememangnya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, sekaligus menjadi pemangkin
dan batu loncatan buat ahli kumpulan ini dalam menempuh alam pekerjaan kelak.
Secara tidak langsung, ia dapat melahirkan guru yang berfikiran positif, dinamik, aktif,
progresif serta cekap dalam segala tindakan. Oleh itu, segala sokongan, komitmen
dan pengembelengan tenaga daripada semua pihak amat dialu-alukan. Semoga
segala bentuk ilmu dan strategi pengurusan dapat dipraktikkan sepenuhnya agar ahli
kumpulan ini terus cemerlang, gemilang, dan terbilang. Dr. Norwaliza Binti Abdul
Wahab dengan hormatnya dipohon untuk mempertimbangkan seterusnya meluluskan
program “Lawatan Ke SMK Sungkai”.
13.0 KELULUSAN/TANDATANGAN

Disediakan oleh : Nurul Fathinah Binti Ahmad Yusoff

Setiusaha program Lawatan Ke SMK Sungkai,


Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim.

Tandatangan :..........................................

Tarikh :..........................................

Disemak oleh: Nurzahierra Dayanna Binti Zahariman


Pengarah program Lawatan Ke SMK Sungkai,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim.

Tandatangan :..........................................

Tarikh :...........................................

Diperakuan : Dr. Norwaliza Binti Abdul Wahab


Pensyarah Subjek Pengurusan Pembelajaran (KPS3014),
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim.

Tandatangan :............................................

Tarikh :............................................

You might also like