You are on page 1of 16

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2012/2013

&

MAJLIS PERTUKARAN TUAN PENGARAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

28 MAC 2012

DEWAN BENDAHARA
Bil. Perkara/Teks Tindakan
1. Mengumumkan perarakan masuk Barisan Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2013.

1. Mengumumkan ketibaan

1. Yang Berbahagia En. Zakaria bin Hussin


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Mizan

Diiringi oleh,

2. Yang Berusaha En Kamaruddin bin Hashim


Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan

3. Tuan Haji Ramli bin Abdullah


Pegawai Eksekutif Kanan

Masuk ke Dewan Bendahara,

**nyanyian lagu Negaraku**

2. **setelah semua mengambil tempat**

Kita mulakan majlis kita pada petang ini dengan ummul


kitab Al-Fatihah
3. 1. Yang Berbahagia En Zakaria bin Hussin Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
2. Yang Berusaha En Kamaruddin bin Hashim
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan
3. Tuan Haji Ramli bin Abdullah,
Pegawai Eksekutif Kanan
4. Ketua-ketua jabatan
5. Ketua-ketua unit
6. Pensyarah-pensyarah kanan
7. Pensyarah penasihat Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar
8. Barisan pensyarah
9. Pegawai Eksekutif kanan dan staf sokongan
10. Saudara Yang Dipertua Perwakilan Pelajar dan
barisan exco sesi 2012/2013
11. Seterusnya hadirin hadirat warga yang dihormati
sekalian.

Assalamualaikum w.b.t ,salam sejahtera dan salam 1


Malaysia

4. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberi


kesempatan untuk kita berkumpul di Dewan Bendahara
Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan pada
petang yang berbahagia ini, untuk dua majlis yang amat
penting iaitu Watikah Pelantikan Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar bagi sesi 2012/2013 dan Majlis
Pertukaran Yang Berbahagia Tuan Pengarah yang akan
maneruskan perkhidmatan beliau di Jabatan Pelajaran
Negeri Terengganu Darul Iman.
5. Tetak buluh panjang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat,
Mari susun jari sepuluh,
Kepada tuhan diminta berkat.

Bagi memberkati majlis pada petang ini, majlis menjemput


dan mempersilakan saudara Muaz bin Said untuk
mengetuai pembacaan doa. Dipersilakan.

**bacaan doa**

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pembacaan


doa sebentar tadi.

6. Hadirin yang dihormati sekalian pada petang ini kita


berkumpul untuk satu majlis yang amat bermakna kepada
kita semua khususnya kepada barisan kepimpinan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar kerana pada hari ini
mereka secara rasminya akan dilantik dan dianugerahkan
watikah pelantikan mereka dalam majlis yang gilang
gemilang ini.

7. Tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini barisan


Jawatankuasa Perwakilan Pelajar akan menerima
perlantikan watikah masing-masing daripada Yang
Berbahagia Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Mizan, semoga segala tugas yang diamanahkan
dapat dijalankan dengan penuh dedikasi dan cemerlang.
8. Tuan-tuan dan puan-puan untuk menyempurnakan majlis
penyampaian watikah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
sesi 2012/2013, majlis menjemput dan mempersilakan En
Kamaruddin bin Hashim Timbalan Pengarah Institut
Pendidikan Sultan Mizan untuk menjemput dan mengiringi
Yang Berbahagia En Zakaria bin Husin Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan untuk
menyerahkan watikah pelantikan kepada barisan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sekalian. Dengan penuh
takzimnya, dipersilakan.

**setelah VIP bersedia**

9. 1. Dijemput Saudara Asraf Hadzwan b. Ahmad Safian


Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

2. Dijemput Saudara Che Mohd Rozairi Bin Che Mohd Nor


Naib Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

3. Dipersilakan Saudari Nurulaini Binti Ab Rahim.


Setiausaha Agung Kehormat

4. Dipersilakan Saudari Nur Hanisah binti Ahmad Saifudin


Selaku Naib Setiausaha Agung Kehormat

5. Dipersilakan Saudari Nursakinah binti Izer


Bendahari Agung Kehormat

5. Dijemput Saudara Wan Mohd Saufi bin Wan Mustafa


Naib Bendahari Agung Kehormat
10. Bagi Biro Pengurusan Professional dan Akademik.

Dijemput Ketua Exco


Saudara Mohamad Fikri Hafiz B. Ramzi

Dipersilakan Timbalan Exco


Saudari Norazira Bt Arifin

Setiausaha Biro Pengurusan Professional dan Akademik


Saudara Tan Chian Yee

11. Bagi Biro Kebajikan Sosial dan Pengaduan Awam.

Dijemput Saudara Muhammad Hafis bin Abd Rahman


Selaku Ketua Exco

Dijemput Saudara Muhammad Zhariff Bin Hasnan


Selaku Timbalan Ketua Exco

Dipersilakan Saudari Siti Aisyah bt Yahaya


Selaku Setiausaha Biro Kebajikan Sosial dan Pengaduan
Awam
12. Seterusnya bagi Biro Hal Ehwal Agama Islam &
Kerohanian.

Dijemput Ketua Exco


Saudara Ahmad Syakir bin Makhtaruddin

Dijemput Timbalan Exco


Saudara Mohamad Hanif B. Mat Daud
Dipersilakan Setiausaha Biro Hal Ehwal Agama Islam &
Kerohanian.
Saudari Asmidah Binti Ahmad

13. Bagi Biro Hal Ehwal Wanita

Dipersilakan Saudari Ummi Kalsom Binti Abdullah


Selaku Ketua Exco

Dipersilakan Saudari Nurshuhana binti Safruddin


Selaku Timbalan Exco

Dipersilakan Saudari Siti Roszalia Binti Mohamed


Selaku Setiausaha Biro Hal Ehwal Wanita
14. Seterusnya Biro Perhubungan Antarabangsa dan
Pengurusan Am.

Dijemput Ketua Exco


Saudara Muhammad Amri Bin Azmi Timbalan Exco:

Dijemput Timbalan Exco


Vehnoo Pirieyan A/L V.Subramaniam

Dijemput Setiausaha Biro Perhubungan Antarabangsa dan


Pengurusan Am
Saudari Nurain Basyirah Bt Mohd Khalid

15. Bagi Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan.

Dijemput Saudara Adi Izdihar Bin Ibrahim


Selaku Ketua Exco

Dijemput Saudara Mohd Syazwan Bin Mohd Zamri


Selaku Timbalan Exco

Dijemput Saudara Azrul hafiz bin Sham


Setiausaha Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan.
16. Untuk Biro Kediaman Pelajar.
Dijemput Saudara Khairul Hafifi Bin Salleh
Selaku Ketua Exco

Dijemput Saudara Fareez Bin Abu Bakar


Selaku Timbalan Exco

Dijemput Saudar Zainol Harith Bin Muhamad


Selaku Setiausaha Biro Kediaman Pelajar

17. Seterusnya Biro Kebudayaan, Kesenian dan


Perpaduan

Dijemput Ketua Exco


Saudara Ameer Firdaus B. Onn.

Dijemput Timbalan Exco


Saudara Tan Boon Hua

Dipersilakan Setiausaha Biro Kebudayaan, Kesenian dan


Perpaduan
Shobana A/P S.Vijayakumar
18. Biro Sukan dan Rekreasi
Dijemput Saudara Hanif Husaini B. Ahmad Fakhruradzi
Selaku Ketua Exco

Dipersilakan Saudari Patricia Binti Alin


Selaku Timbalan Exco

Dijemput Saudara Muhammad Zaheed b. Abd Rajak


Selaku Setiausaha Biro Sukan dan Rekreasi

19. Seterusnya Bagi Biro Keusahawanan.


Dipersilakan Ketua Exco
Saudari Farahana binti Amin

Dijemput Timbalan Exco


Saudara Izhar Iqmal B. Ishak

Akhir sekali dijemput Setiausaha Biro Keusahawanan


Saudari Farina Natasha Binti Hafizi

20. Demikianlah tadi selesainya upacara penyerahan watikah


pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan bagi sesi
2012/2013. Terima kasih diucapkan kepada Yang
Berbahagia En Zakaria bin Husin Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dan Yang
Berusaha En Kamaruddin bin Hashim Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan atas
kesudian menyempurnakan penyampaian watikah
pelantikan tersebut.
21. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar. Semoga majlis yang gilang gemilang ini
merupakan satu manifestasi pengiktirafan seluruh warga
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan kepada
anda semua dalam menjalankan tugas. Semoga jambatan
dan hubungan antara pihak pentadbiran dan guru-guru
pelatih khususnya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang
baru dilantik ini akan semakin kukuh dan harmonis.
InsyaAllah.

22. Baiklah. Hadirin sekalian, seterusnya majlis menjemput


dan mempersilakan Yang Dipertua Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Mizan sesi 2012/2013 Saudara Asraf Hadzwan bin
Ahmad Safian untuk mambaca ucapan penerimaan tugas
seterusnya mengetuai bacaan ikrar oleh barisan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sekalian. Hal ini disusuli
dengan penyerahan ikrar oleh Yang Dipertua kepada
Yang Berbahagia Tuan Pengarah. Dipersilakan.

**baca ikrar & serah ikrar**

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


23. Demikianlah tadi ucapan penerimaan tugas dan ikrar yang
telah dilafazkan oleh saudara Yang Dipertua dan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013 yang
menggambarkan keikhlasan, kesungguhan dan
keiltizaman seluruh kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar sekalian. Tahniah dan syabas kepada anda
semua.
24. Bagi meneruskan agenda kita pada hari ini,majlis
menjemput saudara Asraf Hadzwan bin Ahmad Safian
untuk menyampaikan ucaptama beliau selaku Yang
Dipertua Perwakilan Pelajar.Dipersilakan

**ucapan Yang Dipertua**

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan


sebentar tadi.

25. Seterusnya,majlis menjemput Tuan Haji Ramli bin


Abdullah, Pegawai Eksekutif Kanan Institut Pendidikan
Guru Kampus Sultan Mizan untuk menyampaikan
ucapan.Dipersilakan.

**ucapan staf**

Majlis meramkan ribuan terima kasih atas ucapan


sebentar tadi.

Minta daun diberi daun,


Dalam daun ada bidara,
Minta pantun diberi pantun,
Dalam pantun ada bicara

Rumput bukan sebarang rumput,


Rumput tumbuh di padang raja,
Jemput bukan sebarang jemput,
Jemput minta sepatah kata.
Kini,tibalah kita ke kemuncak majlis, majlis dengan penuh
takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berbahagia Encik Zakaria Bin Hussin,Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,untuk
menyampaikan sepatah dua kata.Dipersilakan

(ucapan pengarah)

Majlis merakamkan setinggi –tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia pengarah
atas ucapan sebentar tadi.Diharap seluruh warga institut
mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang
disampaikan.

26. Tenang-tenang air dilaut,


Sampan kolek mudik ketanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi tuan rasa nak junjung.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sebagai tanda


kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia Tuan
Pengarah, warga institut telah menyediakan sedikit
cenderahati. Diharap yang berbahagia Tuan Pengarah
sudi menerima buah tangan yang tidak seberapanya ini.
27. Bagi menyempurnakan upacara penyampaian
cenderamata kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah,
majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha En
Kamaruddin bin Hashim untuk menjemput dan
mempersilakan Yang Berbahagia En Zakaria bin Husin
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
menerima cenderahati daripada warga institut.
***rujuk senarai cenderahati***
***Pensyarah, JPP, Pelajar***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berbahagia En Zakaria bin Husin dan En Kamaruddin bin
Hashim atas kesudian meyempurnakan upacara sebentar
tadi.

28. Kini marilah kita sama-sama saksikan persembahan


nyanyian oleh ............................................... dan
...................................................................... dengan lagu
............................................

**nyanyian**

Terima kasih atas persembahan yang sangat menarik


sebentar tadi.

Nyanyian 3 buah lagu mengambil tertib.


1. Lagu Guru Malaysia
2. Lagu IPG
3. Lagu Selamat Sultan
Nyanyian ini akan diiringi oleh pasukan koir Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dibawah
bimbingan Encik Khir Anuar bin Jaafar.Dipersilakan.
**nyanyian**

Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi,maka sempurnalah


sudah majlis kita pada petang ini.
Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang baharu.
Diharapkan JPP yang baharu ini akan terus menjadi
perantara antara pelajar dan pentadbir. Selamat Jalan dan
selamat menjalankan tugas ditempat baharu diucapkan
kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah. Diharapkan
satu tahun di bumi IPG Kampus Sultan Mizan akan
menjadi kenangan yang manis dan pengalaman yang
bermakna kepada Tuan Pengarah.
Anak cina pasang lukah,
Lukah dipasang ditanjung jati,
Didalam hati tidak kulupa,
Sebagai rambut bersimpul mati.

Burung merpati terbang seribu,


Hinggap seekor ditengah laman,
Hendak mati dihujung kuku,
Hendak berkubur ditapak tangan.

Mawar mekar tengah halaman,


Daun nira dibuat alas,
Jasamu tuan kenang berzaman,
Allah sahaja mampu membalas,

Kita tangguhkan majlis kita pada petang ini dengan Surah


Al Ashr dan tasbih Kafarah. Wassalam.
Mengumumkan perarakan keluar

1. Yang Berbahagia En. Zakaria bin Husin


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Mizan

Diiringi oleh,

2. Yang Berusaha En Kamaruddin bin Hashim


Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan

3. Tuan Haji Ramli bin Abdullah


Pegawai Eksekutif Kanan

4. Serta barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar


Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
sesi 2012/2013

Dari Dewan Bendahara.


Pengumuman : Jemput semua vip, pensyarah dan jpp ke
bilik santapan vip utk sedikit jamuan

You might also like