You are on page 1of 2

~ DATO’ BAHAMAN~

Pada hari ini dalam tahun 1892, Dato' Bahaman atau Orang Kaya Semantan,
menyerang dan menawan semula Lubuk Terua (satu tempat yang termasuk di dalam
wilayahnya) dari kekuasaan Inggeris.

    Meletusnya penentangan Dato' Bahaman secara aktif terhadap Inggeris adalah


akibat dari tindakan gegabah C. E. B. Desborough (Pemangku Pemungut Hasil
Semantan) menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman dengan tuduhan
mengumpulkan hasil hutan tanpa izin. Penangkapan itu dilakukan ketika Desborough
dan Townson (Merinyu Lombong) mengiringi satu pasukan Polis untuk
memperkuatkan balai Polis di Lubuk Terua, dan membawa ketiga-tiga tawanan itu
untuk diadili di Lubuk Terua juga. Menyedari tentang hal itu, Dato' Bahaman yang
memang menentang keras pembinaan balai Polis di kawasannya itu dan percaya
bahawa pasukan itu datang untuk menangkap beliau, telah menyerang pasukan
Desborough itu, membunuh tiga orang, melukakan beberapa orang yang lain Ialu,
membebaskan orang-orangnya. Selepas itu Dato' Bahaman dan pengikut-
pengikutnya menawan Balai Polis Lubuk Terua dan memusnahkan gudang-gudang
bekalan makanan dan barangan kepunyaan Syarikat Lombong bijih Bentong dan
Raub.

    Sebelumnya, Dato' Bahaman memang memusuhi Inggeris kerana menyekat dan


menuduh beliau (dalam tahun 1889) memungut cukai secara haram dan memberi
amaran, . bahawa penerusan memungut cukai secara tradisi adalah terlarang,. . . .2
sedangkan itu adalah hak tradisi beliau sebagai pembesar di daerahnya. Inggeris
juga menuduh beliau (pada tahun 1890) menulis surat kepada Residen Selangor, W.
E. Maxwell meminta supaya Semantan dipersatukan dengan Selangor.3 Walaupun
beliau menyangkal tuduhan itu Sultan telah memerintahkan Orang Kaya itu
mengadap baginda di Pekan. Orang Kaya itu enggan Ialu menghilangkan diri di
dalam hutan di tengah-tengah masyarakat orang-orang asli yang memang
bersahabat baik dengan beliau, tetapi keluar apabila mengetahui orang-orangnya
ditangkap oleh pasukan Desborough, menyerang pasukan itu dan membebaskan
orang-orangnya.

    Berikutan daripada itu pada 24hb Disember, 1891, Tengku Mahmud (Tengku
Besar) bersama-sama dengan 200 orang pengikutnya, dan Hugh Clifford bersama-
sama dengan 60 orang Sikh di bawah pimpinan Kapten Summer telah mengaturkan
gerakan untuk menyerang dan menangkap Dato' Bahaman dan orang-orangnya.
Bagaimanapun gerakan ini menemui kegagalan setibanya di Kelubi kerana
keengganan pasukan Melayu bekerjasama dengan pasukan polis Sikh.

    Berikutan dari kegagalan itu "Gerakan Sultan" dilancarkan pada 22hb .Januari,
1892 dengan kekuatan 800 orang (140 daripadanya mempunyai senjatapi) yang
dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid
Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain
daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu
Ampar, jejak Dato' Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang
memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat
akan tertangkap. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah
berakhir. Tidak terdapat sebarang aktiviti pihak Dato' Bahaman di sepan.jang bulan
Februari itu. Untuk sementara daerah Semantan diletakkan di bawah jagaan
Abdullah Bera. Tiba-tiba, pada hari ini dalam tahun 1892 Dato' Bahaman menyerang
lagi dan berjaya menawan semula Lubuk Terua. Dalam serangan itu Abdullah Bera
balik ke Bera dan Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan
Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato' Bahaman
terhadap Inggeris.

    Bagaimanapun, kejayaan Dato' Bahaman itu hanya sementara kerana tidak lama
kemudian pihak Inggeris mengambil tindakan balas dengan menghantar satu
pasukan seramai 300 orang yang diketuai oleh Tengku Ali, Clifford dan Wise
(Majistret di Temerloh). Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya terpaksa
mengundurkan diri sebagai satu strategi untuk melanjutkan penentangannya.
Penentangan beliau itu ternyata telah merebak ke seluruh Pahang dengan
melibatkan banyak lagi tokoh yang seperjuangan dengan beliau seperti anaknya Mat
Kilau, Panglima Muda Jempul, Tok Gajah, Tok Jelai, Mat Kelubi dan lain-lain.

You might also like