You are on page 1of 2

► Aktiviti Makmal 1.2.

1: Mengkaji Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma


Aktiviti Makmal 1.2.1:
Mengkaji Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma

Tujuan: Untuk menkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma.


Penyata Masalah:Bagaimanakah kehadiran nutrien, kelembapan, cahaya, suhu dan pH memberi kesan kepada pertumbuhan ba
Hipotesis:Bakteria hidup dengan baik dengan :
► kehadiran nutrien
► dalam kawasan lembap
► kawasan gelap
► pada suhu 37℃
► pada pH neutral

Pemboleh ubah:
» yang dimalarkan : Kuantiti bakteria
» yang dimanipulasikan : Kehadiran nutrien, kelembapan, cahaya, suhu, nilai pH
» yang bergerak balas : Bilangan koloni bakteria

Bahan: Radas:
» Agar-agar nutrien » Piring petri steril
» Agar-agar tanpa nutrien » Picagari
» Kultur bakteria (B. subtilis) » Lampu meja
» Air suling » Ketuhar
» Asid hidroklorik 1mol dm-3 » Pita selofan
» Natrium hidroksida 1mol dm-3

Prosedur:
► (A) Faktor nutrien dan kelembapan
1. Sediakan 3 piring petri berlabel A, B dan C.
○ Piring petri A mengandungi agar-agar nutrien lembap.
○ Piring petri B mengandungi agar-agar nutrien kering.
○ Piring petri C mengandungi agar-agar lembap tanpa nutrien.
2. Tambahkan 1cm3 kultur bakteria ke dalam setiap piring petri dengan picagari.
3. Piring petri di tutup dan dikemaskan dengan pita selofan.
4. Terbalikkan piring petri dan diletakkan pada suhu bilik selama dua hari. Pemerhatian ke atas pertumbuhan bakt
pada akhir eksperimen ini.
► (B) Faktor cahaya
1. Sediakan 2 piring petri berlabel D dan E.
2. Langkah 2 hingga 4 (bahagian A) diulang dengan:
○ Piring petri D diletakkan dalam almari gelap.
○ Piring petri E diletakkan di bawah cahaya lampu meja yang terang.
► (C) Faktor suhu
1. Sediakan 3 piring petri berlabel F, G dan H.
2. Langkah 2 hingga 4 (bahagian A) diulang dengan:
○ Piring petri F diletakkan dalam peti sejuk pada suhu 5℃.
○ Piring petri G diletakkan dalam ketuhar pada suhu 37℃.
○ Piring petri H diletakkan dalam ketuhar pada suhu 70℃.
► (D) Faktor pH
1. Sediakan 3 piring petri berlabel I, J dan K
2. Langkah 2 hingga 4 (bahagian A) diulang dengan:
○ beberapa titik asid hidroklorik cair dimasukkan ke dalam piring petri I.
○ beberapa titik air suling dimasukkan ke dalam piring petri J.
○ beberapa titik natrium hidroksida cair dimasukkan ke dalam piring petri K.

(A) Faktor nutrien dan kelembapan


Piring petri Keadaan piring petri Pemerhatian
A Agar-agar nutrien lembap Banyak tompok putih
B Agar-agar nutrien kering Tiada tompok putih
C Agar-agar lembap tanpa nutrien Tiada tompok putih
► (B) Faktor cahaya
Piring petri Keadaan piring petri Pemerhati
D Gelap Banyak tompok putih
E Sangat cerah Tiada tompok putih
► (C) Faktor suhu
Piring petri Keadaan piring petri Pemerhatia
F 5℃ Tiada tompok putih
G 37℃ Banyak tompok putih
H 70℃ Tiada tompok putih
► (D) Faktor pH
Piring petri Keadaan piring petri Pemerhatia
I Asid Tiada tompok putih
J Neutral Banyak tompok putih
K Alkali Tiada tompok putih
Pemerhatian:

Analisis:
► Tompok putih pada agar-agar nutrien adalah koloni bakteria.
► Bakteria berkembang dengan baik dalam piring petri A, D, G dan J.
► Bakteria berkembang secara pesat dengan kehadiran nutrien, dalam kawasan lembap, gelap, suhu 37℃, dan
(pH7).
► Bakteria tidak berkembang dalam keadaan tanpa nutrien, kering, terlalu cerah, sejuk, panas, terlalu berasid at

Perbincangan:
► Bahan-bahan dan radas disterilkan terlebih dahulu untuk memastikan tiada bakteria.
► Bakteria B.subtilis digunakan kerana ia tidak merbahaya kepada manusia.
► Julat suhu optimum untuk pertumbuhan bakteria adalah antara 35℃ - 40℃.
► Spora bakteria akan terhapus apabila suhu melebihi 120℃. Oleh itu, agar-agar nutrien disediakan
dengan didihkan dalam autoklaf atau periuk tekanan pada suhu 120℃ selama 20 minit.
► Kekurangan nutrien akan membantutkan pertumbuhan bakteria, manakala berlebihan
nutrien meningkatkan pertumbuhan mereka
► Pirin petri diterbalikkan untuk mengelakkan wap air dari jatuh ke atas agar-agar dan
mempengaruhi keputusan eksperimen.

You might also like