You are on page 1of 2

TAJUK : KESAN NILAI pH TERHADAP PERTUMBUHAN

MIKROORGANISMA

TUJUAN : Mengkaji hubungan di antara nilai pH dan


pertumbuhan mikroorganisma

HIPOTESIS : Nilai pH yang optimum bagi pertumbuhan


mikroorganisma ialah 7 (neutral)

PEMBOLEHUBAH :

i. Dimalarkan : Isipadu bubur nutrien


ii. Dimanipulasi : Nilai pH
iii. Bergerakbalas : Kekeruhan bubur nutrient

BAHAN DAN ALAT RADAS :

Bubur nutrient yang disteril, kultur bacteria (Basilus subtilis),


larutan asid hidroklorik, larutan natrium hidroksida dan
pengeram.
A Kapas B Kapas C Kapas

Tabung uji Tabung uji Tabung uji

Bubur nutrien + kultur Bubur nutrien + kultur Bubur nutrien + kultur


bakteria + larutan asid bakteria + larutan asid bakteria + larutan asid
hidroklorik hidroklorik hidroklorik
LANGKAH-LANGKAH :

1. Susunan alat radas seperti rajah di atas disediakan.


2. Tutup mulut tabung uji A, B dan C dengan kapas.
3. Ketiga-tiga tabung uji di simpan dalam alat pengeraman
dengan suhu 37oC.
4. Selepas 2 hari, pemerhatian dijalankan ke atas tabung uji.
5. Pemerhatian direkodkan.

KEPUTUSAN :

Tabung uji Keadaan nutrien Kekeruhan bubur


nutrien
A Berasid Sedikit keruh
B Neutral Sangat keruh
C Beralkali Sedikit keruh

PERBINCANGAN :

1. Selepas 2 hari, bubur nutrien di dalam tabung uji A dan C


menjadi sedikit keruh kerana mikroorganisma tidak
bertumbuh secara sempurna.
2. Di dalam tabung uji B, bubur nutrien menjadi sangat keruh
kerana mikroorganisma bertumbuh dengan sangat cepat
apabila nilai pH adalah 7.
3. Hipotesis diterima.

KESIMPULAN :

Pertumbuhan bakteria yang paling sesuai ialah dalam keadaan


neutral.

You might also like