You are on page 1of 4

KERTAS KONSEP PORTABLE COOKING WITH NATURE

1. TAJUK
Pertandingan Memasak Air Mengguna Tenaga Solar
2. TEMA
Effiency Energy Cooking
3. AKTIVITI
Pertandingan Rekacipta Peralatan Memasak Menggunakan Sumber Tenaga
Alternatif Yang Boleh Diperbaharui Secara Optimum.
4. OBJEKTIF
4.1 Memberi kesedaran kepada pelajar berkaitan dengan sumber-sumber
tenaga alternatif.
4.2 Menggalakkan kempen Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga
(REEE) dikalangan warga pendidikan dan masyarakat.
4.3 Memupuk budaya reka cipta dan inovasi di kalangan pelajar.
4.4 Mempertingkatkan keterampilan, keyakinan dan semangat kerjasama
di antara pelajar dalam satu pasukan.
4.5 Menyemai rasa tanggungjawab terhadap penggunaan tenaga secara
cekap dan bijaksana.
5. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
5.1 Peraturan Dan Syarat Pertandingan
5.1.1 Pertandingan terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah
rendah Tingkatan 1
hingga 3.
5.1.2 Pertandingan secara berpasukan dan setiap pasukan terdiri
daripada 3 orang peserta dan seorang guru pengiring. Setiap
pasukan hendaklah melibatkan sekurang-kurangnya seorang
peserta bumiputera kecuali dari sekolah menengah jenis
kebangsaan.
5.1.3 Pasukan yang bertanding hendaklah menghasilkan reka bentuk
dari sekolah masing-masing.
5.1.4 Semua bahan yang digunakan seperti logam, kuprum,
aluminium, kadbod, playwood dn sebagainya boleh digunakan.
Segala perbelanjaan hendaklah ditanggung sendiri oleh sekolah
masing-masing.
5.1.5 Peserta bebas menentukan rekabentuk atau bahan yang
digunakan. Diameter rekaan tidak melebihi 1.0 meter (1 X 1 X 1
m). Bekas yang direka mesti boleh menampung isipadu air
sebanyak 500 ml air. Hanya rekabentuk yang telah siap sahaja
dipertandingkan.
5.1.6 Alat memasak yang dicipta hendaklah menggunakan tenaga
solar sahaja tanpa sebarang sokongan komponen elektrik
tambahan untuk meningkatkan suhu.
5.1.7 Hasil ciptaan hendaklah didokumentasikan dalam Kertas Kerja
Projek yang ditulis Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
Persembahan perlulah mengandungi butiran seperti jenis bahan,
kecekapan menyerap tenaga solar, kebaikan dan sebagainya.

5.1.8 Jika pertandingan tidak dapat dijalankan disebabkan cuaca,


markah akan ditentukan dari dokumentasi dan persembahan.
5.1.9 Semua sekolah yang hendak menyertai pertandingan ini
mestilah melengkapkan Borang Penyertaan pada atau sebelum
30 April 2014 ke SMK Convent, Jalan Sekolah, Teluk Intan melalui
Fax 05-6212842 atau surat Urusetia Pertandingan Dapur Solar,
SMK Convent, Jalan Sekolah, 36007 Teluk Intan, Perak.
5.1.10Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria
pertandingan dari semasa ke semasa demi kepentingan
pengurusan serta objektif pertandingan setelah mendapat
persetujuan dari semua pengurus pasukan .
5.1.11Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan
pengesahan Pengetua sekolah masing-masing.
5.1.12Pertandingan ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu
a) Persembahan dan soal jawab (7 + 3 minit.)
b) Pengujian suhu dalam tempoh masa 1 jam.
5.2 Kriteria penghakiman
5.2.1 Pegujian kebolehfungsian peralatan (25%)
- Alat akan diuji dari segi kebolehupayaan memasak air dalam
masa 1 jam.
- Suhu diambil 2 kali sebelum dan selepas. (Thermometer
disediakan oleh penganjur)
5.2.2 Rekabentuk (25%)
- Rekabentuk yang praktikal dan mempunyai ciri-ciri mudah
alih serta mudah mengisi dan mengeluarkan makanan
dengan mengaplikasikan konsep-konsep sains.
5.2.3 Kekemasan (15%)
- Kekemasan, ketelitian dan kesempurnaan rekaan.
5.2.4 Persembahan (35%)
- Penerangan yang jelas dengan aplikasi fakta sains yang tepat.
5.3 Kertas Kerja Projek
Setiap kertas kerja projek mesti disediakan dalam Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris. Kriteria pemarkahan adalah meliputi aspek-aspek
berikut:
5.3.1 Abstrak
5.3.2 Objektif
5.3.3 Pengenalan dan pernyataan masalah
5.3.4 Teori saintific pengumpulan haba
5.3.5 Penjelasan mengenai pemilihan warna
5.3.6 Penerangan bergambar semasa pembuatan
5.3.7 Cuba jaya (Rekod Ujian Projek)
5.3.8 Kesimpulan
5.4 Keputusan pengadil adalah muktamat.
6. KAEDAH PERTANDINGAN
- Pertandingan diadakan di dua tempat iaitu di Dataran Kejat
dan di Bilik Pembentangan.
- Peserta pertama akan membentangkan hasil rekaan mereka
di Bilik Pembentangan dan dua orang peserta lain akan
berada di Dataran Kejat.
- Pertandingan akan dijalankan serentak di Dataran Kejat dan di
Bilik Pembentangan.

7. ATURCARA PERTANDINGAN
MASA
8.30 8.45
pg
9.00 9.30
pg
10.00 12.00
tgh

ATURCARA
Pendaftaran Peserta dan Hakim
Taklimat kepada Peserta dan Hakim
Pertandingan dan penghakiman berlangsung

8. HAL-HAL LAIN
8.1 Semasa pertandingan berlangsung, guru pembimbing tidak dibenarkan
sama sekali
membantu murid-muridnya.
8.2 Para peserta dibenarkan memakai kemeja-T, topi, seluar dan kasut
sukan semasa pertandingan dijalankan.

KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH HILIR PERAK 2014


BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN DAPUR SOLAR (SM)
SEKOLAH: __________________________________

Bi
l

Nama Peserta
Nama Penuh ikut Kad
Pengenalan

No Kad
Pengenalan

Penyertaan
M/B
L

1.
2.
3.
4.

Guru Pengiring : ________________________________


Disahkan oleh :

C
P

I
P

You might also like