You are on page 1of 2

Biologi SPM Tingkatan 4 Bab 1: Soalan Praktis Formatif

Praktis Formatif 1.1

1. Apakah maksud biologi?


Biologi ialah kajian terperinci dari segi struktur dan fungsi tentang benda hidup iaitu organisma dan
interaksi antara organisma dengan alam sekitar.

2. Senaraikan tiga bidang biologi dan kemajuan dalam bidang berkenaan.


Botani – pertanian menegak (vertical farming), hidroponik. Fisiologi – jam tangan pintar pemantau
kesihatan (health tracking smart watch). Ekologi – akuaponik, permakultur (permaculture).

3. Pilih satu perkembangan dalam bidang biologi dan bincangkan sumbangan bidang tersebut kepada
manusia.
Bioteknologi. Bioplastik boleh diperbuat daripada produk sampingan pertanian seperti kanji jagung
atau daripada botol plastik terpakai dengan menggunakan mikroorganisma boleh mempercepatkan
proses pereputan sampah plastik dalam tanah, mengurangkan lambakan bahan toksik berbahaya
hasil sisa sampah plastik dalam tanah dan meminimakan pelepasan gas rumah hijau iaitu gas
metana ke atmosfera.

4. Namakan lima kerjaya yang berkaitan dengan bidang biologi.


Doktor, pakar kiropraktik, ahli fisiologi sukan, ahli mikrobiologi, ahli biologi marin.

Praktis Formatif 1.2

1. Nyatakan tiga contoh peralatan perlindungan diri di dalam makmal serta fungsinya.
Gogal untuk mengelakkan mata daripada kecederaan terkena bahan kimia yang berbahaya atau
kemalangan melibatkan bahan yang tajam. Baju makmal untuk melindungi pakaian daripada
kerosakan akibat percikan bahan kimia atau kesilapan prosedur semasa mengendalikan
eksperimen. Topeng muka untuk melindungi sistem pernafasan daripada asap, wap dan habuk
yang berbahaya.

2. Selepas menjalankan eksperimen, anda diberi tugasan untuk menguruskan bahan sisa biologi
kategori B (sisa tidak tajam). Fikirkan cara yang terbaik agar bahan sisa biologi tersebut tidak
menjejaskan alam sekitar.
Sisa biologi kategori B perlu dibungkus dahulu di dalam beg plastik biobahaya tahan autoklaf,
disterilkan di dalam autoklaf untuk nyahkontaminasi, dan kemudiannya dimasukkan ke dalam tong
biobahaya. Beg plastik biobahaya tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah biasa.

3. Suatu kemalangan telah berlaku di dalam makmal melibatkan tumpahan merkuri. Terangkan
langkah-langkah menguruskan tumpahan merkuri.
Maklumkan kepada guru. Jadikan kawasan tumpahan kawasan larangan. Tabur serbuk sulfur untuk
menutupi tumpahan merkuri. Hubungi pihak bomba.

4. Bahan kimia perlu dikendalikan dengan cermat untuk mengelakkan daripada terjadinya kemalangan
yang tidak diingini. Senaraikan langkah-langkah pengendalian bahan kimia yang betul.
Jauhkan bahan kimia mudah terbakar daripada sumber nyalaan api dan sumber peralatan elektrik.
Dilarang menyentuh, merasa dan menghidu bahan kimia secara langsung.

Praktis Formatif 1.3

1. Jadual di bawah menunjukkan keputusan eksperimen kesan kepekatan substrat terhadap kadar
tindak balas biokimia.
Tempoh masa untuk
Kadar hidrolisis kanji
Tabung uji Kepekatan kanji (%) hidrolisis kanji lengkap
(% minit-1)
(minit)
A 1.0 2.5 0.4
B 2.0 3.0 0.7
C 3.0 3.5 0.9
D 4.0 4.0 1.0

https://t.me/BiologiSPMOfficial
Biologi SPM Tingkatan 4 Bab 1: Soalan Praktis Formatif

a) Berdasarkan jadual di atas, kenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah
bergerak balas.
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kepekatan kanji.
Pemboleh ubah bergerak balas: Tempoh masa untuk hidrolisis kanji lengkap.

b) Lukiskan graf kadar hidrolisis kanji melawan kepekatan kanji dengan skala dan unit yang
betul.

2. Nyatakan lima ciri yang perlu ada dalam lukisan biologi.


i. Besar memenuhi ruang dan tepat bentuk struktur dengan menggunakan pensel kayu 2B
yang tajam. Tidak dibenarkan menggunakan pensel warna atau pen.
ii. Tidak berlorek dan tidak ditonakan secara artistik.
iii. Garisan lukisan perlulah jelas, bersih, berterusan dan tidak terputus-putus. Tidak dibenarkan
menggunakan pembaris untuk melukis garis bentuk spesimen.
iv. Lukisan wajib berlabel sekurang-kurangnya 2 label. Garis label mesti tertuju pada struktur
yang betul, tiada kepala anak panah, lurus dan tidak bersilang antara satu sama lain.
v. Lukisan harus bertajuk.
vi. Setiap struktur dalam lukisan mesti terletak di kedudukan yang betul dan saiznya
berkadaran dengan semua struktur yang lain.

3. Nyatakan tiga jenis satah utama yang digunakan untuk pemerhatian struktur organisma.
Tiga satah utama yang digunakan iaitu satah frontal, satah sagital dan satah melintang.

4. Senaraikan langkah-langkah yang terdapat dalam penyiasatan saintifik.


i. Mengenal pasti masalah yang boleh diuji dengan penyiasatan santifik
ii. Membina hipotesis
iii. Mengenal pasti dan mengawal pemboleh ubah serta kaedah pengumpulan data
iv. Merancang dan menjalankan penyiasatan saintifik
v. Mengumpul data
vi. Menginterpretasi data dan keputusan melalui penaakulan saintifik
vii. Membuat kesimpulan
viii. Menulis laporan

https://t.me/BiologiSPMOfficial

You might also like