You are on page 1of 2

TUGASAN PBL (PROJECT BASED LEARNING)

KIMIA KSSM TINGKATAN 5


BIL 1 / 2021

Tema Teknologi Bidang Kimia

Bidang Pembelajaran Bab 5: Kimia Konsumer dan Industri

Standard Kandungan 5.3 Bahan Tambah Makanan


5.4 Ubat-ubatan dan Bahan Kosmetik

Tajuk Projek Bahan-bahan Kimia dalam Kehidupan Seharian dan Kepentingannya.

Tempoh:
Pelaksanaan & 14 – 28 Julai 2021
Penghantaran Tarikh akhir penghantaran tugasan: 29@ 30 Julai 2021

Guru Kimia Terlibat Semua Guru Kimia Tingkatan 5


Kumpulan Sasaran Semua murid kimia Tingkatan 5

Objektif Projek:

i) Mengkaji jenis bahan tambah makanan dan fungsinya.


ii) Menjelaskan dengan contoh jenis ubat, fungsi dan kesan sampingannya.
iii) Menjelaskan dengan contoh dan mewajarkan penggunaan bahan kosmetik.

Arahan untuk melaksanakan tugasan:


1. Semua murid yang mengambil Kimia Tingkatan 5 dikehendaki untuk membuat satu tugasan PBL
secara berkumpulan.
2. Satu kumpulan terdiri daripada 2 orang. (Hanya kes tertentu sahaja dibenarkan 3 orang). Anda
boleh mencari dan mengumpulkan maklumat tentang bahan-bahan kimia yang ditugaskan
daripada pelbagai sumber termasuklah orang perseorangan, media cetak dan media elektronik.
3. Laporan tugasan adalah secara softcopy. Anda boleh menggunakan mana-mana perisian yang
sesuai sama ada Microsoft Power Point / Canva / Prezi, Tik Tok,
4. Hasil kumpulan secara softcopy perlu dihantar kepada guru kimia masing-masing sama ada
melalui Telegram atau email sebagai bukti hasil projek.

5. Pelaksanaan projek adalah seperti berikut:

Bahagian A: Bahan Tambah Makanan


i) Kenal pasti 7 jenis bahan tambah makanan dan fungsinya.
ii) Pilih 1 contoh makanan yang mempunyai label kandungan
iii) Ambil gambar label kandungan makanan tersebut. Senaraikan bahan-bahan tambah
makanan yang terdapat dalam makanan tersebut, kemudian nyatakan jenis bahan tambah
makanan bagi setiap bahan tambah yang disenaraikan.
iv) Wajarkan penggunaan bahan tambah makanan dalam kehidupan seharian (senaraikan
kebaikan & keburukan).

Bahagian B : Ubat
i) Pilih 1 contoh ubat tradisional (air akar kayu, lidah buaya, herba2 etc)
ii) terangkan fungsi / manfaat ubat tradisional tersebut
iii) bandingkan keberkesanan ubat tradisional & ubat moden (kelebihan & kekurangan)

Bahagian C: Kosmetik
i) Pilih 1 contoh kosmetik moden
ii) Ambil gambar senarai kandungan.
iii) Kenal pasti bahan-bahan kimia berbahaya dalam kosmetik moden & kesan sampingannya
iv) Beri 1 contoh alternatif kosmetik tradisional (cth: bedak sejuk, tomato, timun, putih telur
etc)
v) Banding beza keberkesanan kosmetik moden & kosmetik tradisional

Kandungan Slaid Power Point:

1. Slaid pertama
(a) Logo dan nama sekolah
(b) Tajuk projek
(c) Nama ahli kumpulan
(d) Kelas
(e) Mata pelajaran : Kimia Ting. 5
(f) Nama Guru Kimia

2. Pengenalan
3. Isi kandungan (pelaksanaan projek)
4. Kesimpulan
5. Penghargaan ringkas kepada ibu bapa, guru dan ahli kumpulan
6. Sumber Rujukan (contoh: individu, buku teks, buku rujukan, internet)
(a) Cara tulis rujukan buku:
Nama penulis. (Tahun). Nama Buku. Tempat: Penerbit.

(b) Cara tulis rujukan daripada internet:


Nama penulis. (Tahun). Tajuk. Alamat (url) laman sesawang (website).

You might also like