You are on page 1of 5

Bil Tajuk Slaid BUTIRAN

1 Tajuk Kajian Assalamualaikum dan Terima Kasih saya ucapkan kepada para penilai dan hadirin yang hadir.
Saya ............akan membentangkan kajian saya yang bertajuk “Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
dalam Pengajaran Bahasa Melayu di sekolah Menengah”.
Penggunaan Dalam konteks kajian ini penggunaan bermaksud perihal menggunakan
Penghasilan dan penghasilan pula bermaksud perihal menghasilkan atau mengeluarkan
BBM BBM iaitu alat yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang meliputi alatan
asas hinggalah kepada teknologi yang canggih
Bahasa Manakala dalam konteks kajian ini, mata pelajaran Bahasa Melayu ialah satu daripada
Melayu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah.
2 Pernyataan Masalah Creswell 2014 menyatakan bahawa pernyataan masalah merupakan “back bone” atau tulang
belakang pelaksanaan sesuatu penyelidikan. Sehubungan dengan pernyataan masalah dalam kajian
ini adalah berkaitan dengan penggunaan dan penghasilan BBM.
Guna BBM Kajian lepas oleh beberapa pengkaji menunjukkan bahawa guru lebih kerap
Konvensional menggunakan BBM konvensional berbanding yang lebih canggih dan berteknologi.
Faktor Kajian lepas juga menunjukkan terdapat beberapa faktor dan masalah dalam penggunaan
Masalah dan penghasilan BBM antaranya ialah faktor kekurangan bahan dan sikap guru seperti
tidak berminat, kurang cekap.
Perbezaan Beberapa kajian khususnya dari barat menunjukkan perkaitan antara amalan guru dengan
pengalaman dan kelayakan akademik guru.
Berdasarkan pernyataan masalah tersebut Objektif kajian telah dibentuk seperti berikut:
3 Objektif & Soalan Secara umumnya kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti sejauh mana penggunaan dan
Kajian
penghasilan BBM dalam kalangan guru Bahasa Melayu di Sandakan Sabah.
OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat empat objektif iaitu
i. Mengenal pasti jenis BBM yang digunakan dan dihasilkan
ii. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan dan penghasilan
BBM
1
Bil Tajuk Slaid BUTIRAN
iii. Mengenal pasti masalah penggunaan dan penghasilan BBM
iv. Membandingkan kekerapan penggunaan BBM berdasarkan pengalaman guru
SOALAN KAJIAN
Selari dengan empat objektif kajian yang dinyatakan

4 Metodologi Reka bentuk kajian ialah Kajian Tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif
Kajian
Sampel Terdiri daripada 70 orang guru Bahasa Melayu yang berkhidmat di Sandakan Sabah.
Kajian
Instrumen Instrumen Kajian ini ialah soal selidik yang telah dibina sendiri berasaskan Model
Kajian ASSURE. Terdapat empat bahagian dalam soal selidik tersebut seperti yang dipaparkan
dan menggunakan skala Likert Lima mata. Instrumen ini telah dianalisis
kebolehpercayaan dan didapati nilai Alfa Cronbach…….
Analisis Data Data Kajian ini telah dianalisis menggunakan SPSS dan statistik deskriptif
5 Dapatan Kajian Terdapat empat dapatan dalam kajian ini yang selari dengan empat objektif dan soalan kajian:
.
6 Dapatan Kajian 1 Bahagian ini merupakan dapatan bagi menjawab soalan kajian yang pertama

Terdapat 3 jenis BBM pada tahap sangat kerap, 4 jenis pada tahap kerap kali, 5 jenis pada tahap tidak
pastti dan 6 jenis pada tahap kadang kala digunakan

Manakala hanya 1 jenis bahan pada tahap sangat kerap, 5 jenis bahan pada tahap tidak pasti dan 6 jenis
bahan pada tahap kadang kala dihasilkan.

Dapat dirumuskan bahawa guru sangat kerap menggunakan dan menghasilkan jenis BBM
konvensional berbanding BBM yang lain.

2
Bil Tajuk Slaid BUTIRAN
7 Dapatan Kajian 2a Ini ialah dapatan bagi menjawab soalan kajian yang kedua

Terdapat 4 faktor mempengaruhi penggunaan BBM pada tahap yang Sangat dipersetujui yang dapat
dirumuskan bahawa guru BM menyedari bahawa BBM memberi banyak kebaikan kepada pelajar.

Terdapat 1 faktor mempengaruhi penghasilan pada tahap sangat dipersetujui dan 3 faktor pada tahap
dipersetujui yang dapat dirumuskan bahawa guru juga memahami bahawa BBM yang dihasilkan sendiri
lebih baik dan lebih berkesan.
8 Dapatan Kajian 2b Bahagian ini masih dapatan kajian bagi menjawab soalan kajian yang kedua

Terdapat 1 faktor yang mempengaruhi tiada penggunaan BBM pada tahap yang dipersetujui dan dan 7
faktor pada tahap tidak pasti yang dapat dirumuskan bahawa tiada peruntukan kewangan merupakan
faktor utama guru tidak menggunakan BBM.

Terdapat 3 faktor yang mempengaruhi tiada penghasilan pada tahap dipersetujui dan 2 faktor pada tahap
tidak pasti yang dapat dirumuskan bahawa tiada kemudahan peralatan dan sikap manusia merupakan
faktor tiada penghasilan BBM.
9 Dapatan Kajian 3 Jadual ini merupakan dapatan bagi menjawab soalan kajian yang ketiga.

Terdapat 1 masalah penggunaan BBM pada tahap yang dipersetujui dan 2 masalah pada tahap tidak
pasti dan 4 masalah pada tahap tidak setuju yang dapat dirumuskan bahawa tiada bekalan elektrik dan
BBM sukar didapati merupakan masalah utama guru tidak menggunakan BBM.

Terdapat 3 masalah penghasilan BBM pada tahap yang dipersetujui dan 2 masalah pada tahap tidak
pasti yang dapat dirumuskan bahawa tiada peruntukan kewangan dan kekurangan masa merupakan
masalah utama guru tidak menghasilkan BBM.

3
Bil Tajuk Slaid BUTIRAN
9 Dapatan Kajian 4 Dapatan yang di paparkan ini adalah bagi menjawab soalan kajian yang terakhir iaitu yang keempat

Berdasarkan dapatan yang dipaparkan dapat dirumuskan tiada perbezaan antara kekerapan
penggunaan BBM dengan pengalaman mengajar iaitu 3 jenis BBM pada tahap sangat kerap, 2 jenis BBM
pada tahap kerap kali, 1 pada tahap tidak pasti dan 4 jenis bahan pada tahap kadang kala.
10 Rumusan, Rumusan Dapat dirumuskan bahawa guru memahami penggunaan BBM dan BBM yang dihasilkan
Cadangan &
implikasi lebih baik dan dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu. Walau
bagaimanapun didapati guru lebih kerap menggunakan dan menghasilkan BBM
konvensional dan ini mungkin disebabkan oleh tiada bekalan elektrik dan kesukaran
memperoleh bahan. Dalam Kajian ini juga didapati tiada perbezaan antara kekerapan
penggunaan BBM dengan pengalaman guru

Cadangan Kajian ini juga telah memberi cadangan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan dan
Bahagian Pendidikan Guru KPM bagi meningkatkan kualiti BBM di luar bandar.

Turut dicadangkan agar guru menggunakan BBM terkini dan menghasilkan BBM
berasaskan model ASSURE.

Pengkaji lain dicadangkan untuk membina kajian pendekatan kuantitatif yang


menggunakan statistik inferensi bagi mengenal pasti hubungan penggunaan dan
penghasilan BBM dengan pemboleh ubah tidak bersandar yang lain. Juga dicadangkan
pendekatan kajian berasakan pendekatan kualitatif dan pendekatan gabungan bagi
mengenal pasti penggunaan dan penghasilan BBM secara lebih meluas dan mendalam.

4
Bil Tajuk Slaid BUTIRAN
10 IMPLIKASI Kajian ini telah memberi implikasi kepada praktikal, empirikal dan pengetahuan

Pengetahuan berdasar kajian ini pembaca khususnya golongan pendidik dapat pengetahuan bahawa
faktor dan masalah penggunaan serta penghasilan adalah berbeza mengikut lokasi.
Guru di bandar perlu lebih rasa bersyukur bahawa sekolah mereka mempunyai
prasarana yang lebih mencukupi berbanding di luar bandar

Empirikal Kajian ini memberikan implikasi empirikal kerana kajian sedia ada sering mengambil
keseluruhan Malaysia sebagai populasi menyebabkan sampel dari Semenanjung lebih
dominan. Daripada Kajian ini diperolehi dapatan yang lebih menepati ciri populasi luar
bandar khususnya di Sabah.

Praktikal Kajian ini juga dapat mengisi jurang praktikal kerana dapatan kajian ini dapat dijadikan
maklumat primer yang dapat digunakan untuk meningkatkan kualiti BBM di luar bandar.

Penutup Sekian Terima Kasih

You might also like