You are on page 1of 2

LATIH TUBI KAEDAH PENYELIDIKAN 1

SOALAN 1
a) Senaraikan kekuatan dan juga batasan dalam melaksanakan kajian kualitatif.

b) Dapatan daripada satu kajian kes adalah tidak sesuai untuk digeneralisasikan.
Bincang berserta contoh, pandangan tersebut berbanding dengan kajian kuantitatif.

SOALAN 2
a) Jelaskan dengan contoh anda sendiri tentang LIMA peranan tinjauan literatur
dalam proses penyediaan cadangan penyelidikan anda.

b) Jelaskan dengan contoh anda sendiri LIMA langkah menyediakan tinjauan literatur
yang baik dengan menjelaskan apakah kriteria –kriteria satu sorotan literatur yang
baik.

SOALAN 3
Reka bentuk kajian tinjauan dikenali sebagai satu reka bentuk kuantitatif. Menurut
literatur, dalam reka bentuk ini data dapat dikumpul dengan menggunakan soal selidik
dan temu bual. Walau bagaimanapun, temu bual adalah satu teknik pengumpulan data
kualitatif. Bincangkan pendapat anda tentang perkara ini.

1
SOALAN 4
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar merupakan sesuatu yang lumrah dalam dunia
pendidikan. Walaupun begitu, masalah disiplin tidak boleh dipandang ringan kerana
sekolah merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku serta
memerlukan suasana yang kondusif supaya keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut berjaya dimanfaatkan oleh pelajar. Namun, terdapat pelajar yang
melakukan kesalahan berulang kali tanpa rasa takut dengan hukuman yang bakal
diterima. Kumpulan pelajar ini dikategorikan sebagai pelajar bermasalah disiplin tegar.
Tingkah laku mereka tentunya akan memberi kesan kepada pelajar lain di dalam bilik
darjah. Menyedari kewujudan pelajar bermasalah disiplin tegar ini, satu penyelidikan
telah dilakukan di sebuah sekolah menengah di pinggir Kuala Lumpur. Sekolah tersebut
telah memilih 10 pelajar bermasalah disiplin tegar ini yang terdiri daripada 10 orang
pelajar lelaki dalam tingkatan 4. Satu program pemulihan menggunakan pendekatan
Islam telah digunakan bagi tujuan pemulihan tingkah laku pelajar tersebut. Pendekatan
Islam ini didapati telah berjaya memulihkan pelajar bermasalah disiplin tegar tersebut.

a) Apakah jenis kajian yang sesuai digunakan bagi kajian ini dan nyatakan mengapa
ia sesuai?
b) Bina objektif atau persoalan kajian bagi penyelidikan di atas.
c) Nyatakan 3 keterbatasan bagi jenis rekabentuk kajian yang dipilih.

SOALAN 5
a) Bincangkan kelebihan dan kelemahan menggunakan instrumen yang telah
dibangunkan oleh penyelidik lain.
b) Bincangkan prosedur untuk membangunkan satu alat ukur kajian kuantitatif yang
baik dengan menjelaskan apakah kriteria-kriteria satu alatukur yang baik.

You might also like