You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

TUGASAN KERJA KURSUS

PROGRAM : NAMA PELAJAR :


PISMP SAINS (AMBILAN JUN 2015)

KURSUS & KOD : KIMIA BUKAN ORGANIK SEMESTER :


(SCES3023) 1 (SESI JUN - NOV 2015)

TARIKH MULA 9 Ogos 2015 TARIKH HANTAR 20 Sept 2015

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menerangkan trenda sifat fizik dan sifat kimia unsur Kumpulan 1, Kumpulan 2 dan Kumpulan
13 hingga Kumpulan 18 dalam Jadual Berkala. (C2, PLO1)
2. Menganalisis sifat fizik dan sifat kimia unsur peralihan terpilih dan ion kompleksnya dalam
Jadual Berkala. (C4, PLO1)
3. Menghuraikan dengan kritis kegunaan logam dan bahan moden dalam kehidupan seharian
secara bertulis menggunakan pelbagai sumber rujukan. (C5, PLO1, PLO3, PLO4, PLO6)
4. Mempamerkan kemahiran saintifik dan sikap saintifik dalam menentukan kation dan anion bagi
sebatian tak organik melalui amali. (C4, A3, P5, PLO2, PLO3)

Kerja kursus ini akan menilai semua hasil pembelajaran.

Objektif Kerja Kursus :


Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:


1. menjawab dua set soalan kuiz iaitu satu set bagi tajuk Trenda Sifat Umum Unsur dan Unsur
Dalam Jadual Berkala, Unsur Peralihan dan Kimia Koordinasi, dan satu set bagi tajuk Logam
dan Bahan Pepejal dan Bahan Moden.

2. merancang dan melaksanakan dua set amali iaitu:

Amali 1: Menentukan kation dan anion dalam suatu campuran


Amali 2: Menentukan kation dan anion dalam suatu sebatian

3. menulis laporan amali yang lengkap dan tepat dengan menggunakan format yang betul bagi
setiap amali yang dijalankan

4. menulis esei tentang bahan logam (aloi) dan bahan-bahan moden

1
TUGASAN PROJEK

Tugasan 1 (Individu) : Kuiz

1. Anda dikehendaki menjawab dua set soalan kuiz yang menguji pemahaman anda bagi tajuk
Trenda Sifat Umum Unsur dan Unsur Dalam Jadual Berkala, Unsur Peralihan dan Kimia
Koordinasi, dan satu set bagi tajuk Logam dan Bahan Pepejal dan Bahan Moden.

2. Sebagai persediaan, anda perlu menguasai konsep-konsep yang dipelajari di dalam bilik kuliah
di samping membuat rujukan daripada pelbagai sumber.

Tugasan 2 (Individu) : Amali

1. Anda hendaklah merancang dan menjalankan amali sains yang melibatkan sub-topik Unsur
Peralihan dan Kimia Koordinasi. Semasa amali dijalankan anda akan diperhatikan dan dinilai.

2. Bagi setiap amali yang dijalankan, sila sediakan laporan amali yang lengkap dengan
menggunakan format yang sesuai. Laporan anda hendaklah mengandungi tajuk, pengenalan,
tujuan, bahan dan radas, gambar rajah susunan radas, prosedur, langkah-langkah berjaga,
keputusan/gambar yang berkaitan, perbincangan keputusan amali dan kesimpulan yang sesuai.

Tugasan 3 (Individu): Esei

1. Anda diminta menghasilkan esei berkaitan tajuk berikut:

Sebagai seorang guru, anda menyedari bahawa banyak bahan aloi dan bahan-bahan buatan
moden dapat membantu kehidupan manusia, termasuklah dalam aspek pengajaran dan
pembelajaran. Namun begitu, selain mempunyai kebaikan, bahan-bahan buatan moden ini
juga mempunyai kelemahan sekiranya tidak diuruskan dengan betul.

Bincangkan kegunaan dan kebaikan bahan-bahan aloi dan bahan-bahan buatan moden dalam
kehidupan seharian amnya dan dalam membantu pengajaran dan pembelajaran, khususnya.
Anda juga perlu membincangkan keburukan bahan-bahan buatan moden dan mencadangkan
kaedah memberi pendidikan kepada anak-anak murid anda tentang cara-cara menguruskan
sumber bahan-bahan moden dan cara-cara menangani keburukannya.

Panduan Untuk Tugasan (Amali)

1. Laporan amali hendaklah dihantar secara berasingan pada minggu amali dijalankan.
2. Setiap laporan amali hendaklah dibuat berdasarkan garis panduan berikut:

Format Laporan Amali

1. Semua laporan hendaklah bertulisan tangan.


2. Muka hadapan hendaklah mengandungi tajuk dan kod kursus, tajuk dan tarikh amali, nama
pelajar dan angka giliran.
3. Lampirkan senarai rujukan. Cara menulis rujukan adalah mengikut sistem APA (American
Psychological Association).

2
Isi Kandungan Laporan Amali

1. Pengenalan penerangan ringkas tentang konsep, latar belakang teori atau mekanisme tindak
balas yang berkaitan dengan amali yang anda jalankan.
2. Laporan hendaklah ditulis menggunakan format laporan amali yang mengandungi perkara-
perkara berikut:
Tajuk, tujuan, bahan dan radas, gambar rajah susunan radas, prosedur, langkah berjaga-jaga,
keputusan/gambar yang sesuai, perbincangan, dan kesimpulan.

Penulisan Esei

1. Penulisan esei harus merujuk kepada arahan tugasan dengan panjang tidak melebihi dua
muka surat, ditaip menggunakan font jenis Arial bersaiz 11 dan langkau 1.5 baris.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


2. Segala bukti, bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan hendaklah menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah.
4. Format dan organisasi laporan yang jelas dan koheren.
5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam
menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.
6. Persembahan yang menarik dan inovatif.
7. Penulisan laporan yang menunjukkan tahap pemikiran analitikal dan kritikal yang baik.
8. Menunjukkan kolaborasi dan komitmen yang amat tinggi.

Tugasan disediakan oleh Disemak oleh,

(Dr NORLIZA KUSHAIRI) ( )


Penyelaras Kursus SCES3023 Pakar Bidang (SME):
Jabatan Sains Jabatan Sains
IPG Kampus Darulaman IPG Kampus Darulaman

Tarikh: Tarikh:

Disahkan oleh Ketua Jabatan

( )

Tarikh:

You might also like