Professional Documents
Culture Documents
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa
Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa
Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN +
FS).
4. Yang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun.
POLA AYAT: (FN+FN)
6. Semua lapan orang anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita cerdas.
POLA AYAT: (FN+FA)
7. Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh.
POLA AYAT: (FN+FK)
23. Semua perkakas di dalam bilik darjah sekolah kami daripada kayu jati.
POLA AYAT: (FN+FS)
24. Penyanyi muda yang berkasut kulit buatan Itali itu adik Mat Rashid.
POLA AYAT: (FN+FN)
25. Bangunan kelab sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar.
POLA AYAT: (FN+FA)
26. Dua sisir sikat rambut di almari telah dibeli oleh kakak Gopal.
POLA AYAT: (FN+FK)
27. Basikal pam angin yang sedang ditunggangi oleh adik ialah jenis Raleigh.
POLA AYAT: (FN+FN)
30. Kereta lama yang tidak boleh bergerak lagi kerana kehabisan minyak pelincir itu
kepunyaan abang David.
POLA AYAT: (FN+FN)
33. Lebah betina yang menyengat budak kecil itu akhirnya telah mati dipukul.
POLA AYAT: (FN+FK)
35. Gerabak kereta api untuk penumpang perempuan sahaja itu sungguh cantik.
POLA AYAT: (FN+FA)
36. Penduduk rumah pangsa yang berhijrah ke bandar untuk mencari kerja kaum
lelaki belaka.
POLA AYAT: (FN+FN)
39. Bilangan anak bandar yang tidak mengetahui nama pokok itu sedikit sekali.
POLA AYAT: (FN+FA)
42. Api itu sukar dipadamkan kerana angin barat daya sedang melanda ketika itu.
POLA AYAT: (FN+FK)
43. Penduduk kampung itu mulai risau kerana air sungai simpang kiri terus menurun.
POLA AYAT: (FN+FA)
44. Jalan belakang rumah kampung yang gelap sentiasa itu ialah jalan mati.
POLA AYAT: (FN+FN)
51. Mereka yang suka belayar di lautan dengan hanya menggunakan perahu layar
ialah pedagang dari seberang.
POLA AYAT: (FN+FN)
54. Menara gading yang diisi borang permohonannya oleh mereka ialah Universiti
Malaya.
POLA AYAT: (FN+FN)
58. “Jagalah baik-baik buku kamu itu,” kata ibu Asmah kepada anak bongsunya.
POLA AYAT: (FN+FK)
59. Dalam sejarah Islam memang amat terkenal tentang harta Raja Sulaiman.
POLA AYAT: (FN+FA)
65. Usahawan yang baru tiba, iaitu Tengku Ariff, dari negara Pahang.
POLA AYAT: (FN+FS)
67. Hasmadi yang akan menunaikan ibadah umrah pada tahun ini anak angakat Dr.
Haji Maulud.
POLA AYAT: (FN+FN)
68. Mereka cukup gembira apabila Profesor Tan Sri Balong dilantik sebagai Naib
Canselor universiti tersebut.
POLA AYAT: (FN+FA)
72. Ibu tua yang mewakafkan dua bidang tanah daripada keluarga hartawan.
POLA AYAT: (FN+FS)
73. Kereta Proton berwarna biru muda ini buatan Malaysia.
POLA AYAT: (FN+FN)
80. Anak-anak Encik Mahbub gembira sekali apabila berada di kedai gunting Samy.
POLA AYAT: (FN+FA)
82. Lembaga yang kelihatan samar itu orang muda yang kami kenal.
POLA AYAT: (FN+FN)
89. Sekayu kain daripada benang sutera itu di rak yang paling atas.
POLA AYAT: (FN+FS)
90. Kiriman untuk tentera pada hari raya tahun ini ialah kuih-muih tradisional.
POLA AYAT: (FN+FN)
91. Akibat angin kencang, pondok di lembah yang berdekatan rumah telah roboh.
POLA AYAT: (FN+FK)
92. Kejayaan kehidupan pada masa ini amat canggih disebabkan kemajuan teknologi.
POLA AYAT: (FN+FA)
93. Pengunjung keseribu yang mendapat hadiah pada malam itu jiran Vatilingam.
POLA AYAT: (FN+FN)
94. Cabaran kehidupan kurun kedua puluh amat sengit bagi orang yang tidak
berilmu.
POLA AYAT: (FN+FA)
95. Pelumba lari pecut dari negara kami mendapat tempat pertama dalam perlumbaan
tersebut.
POLA AYAT: (FN+FK)
96. Pemuda yang terjun dengan tergesa-gesa untuk mengelakkan polis itu dari blok
ketujuh rumah pangsa.
POLA AYAT: (FN+FS)
99. Sahabat taulan pada majlis hari lahirnya datang dari jauh dan dekat.
POLA AYAT: (FN+FK)
110. Selama ini pemantauan pegawai kanan itu dari ibu pejabat sahaja.
POLA AYAT: (FN+FS)
111. Timbalan pengerusi yang baru memulakan tugas bulan ini amat pendiam.
POLA AYAT: (FN+FA)
115. Ibu yang akhirnya membeli juga kedua-dua helai kain itu ialah Mak Siti.
POLA AYAT: (FN+FN)
116. Apabila segala peralatan telah tersedia, kami cukup gembira untuk memulakan
pendakian.
POLA AYAT: (FN+FA)
119. Harimau yang garang itu mudah diperdaya oleh Sang Kancil yang bijaksana.
POLA AYAT: (FN+FK)
120. Yang Berbahagia Tan Sri Temenggung Jugah anak Bariang ke Kuala Lumpur
untuk menghadiri sidang parlimen.
POLA AYAT: (FN+FS)