Professional Documents
Culture Documents
4 Dia bersungguh-sungguh membaiki kereta yang rosak itu, tetapi akhirnya kereta
itu bertambah rosak.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai membilang bulu kambing
B bagai telur di hujung tanduk
C bagai tikus membaiki labu
D bagai wau putus tali
7 Peter tidak duduk diam di luar wad semasa menanti isterinya bersalin di hospital.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti cincin dengan permata
B seperti ikan di dlaam belat
C seperti cicak berak kapur
D seperti duduk dalam duri
8 Rupa-rupanya Pak Johan itu bekas jaguh badminton negara. Tiada siapa yang
sedar kerana dia begitu merendah diri.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti harimau menyembunyikan kukunya
B seperti kaca terhempas ke batu
C seperti bunyi gong pecah
D seperti gergaji dua mata
9 Sarah tidak pernah membantah suruhan Farah. Dia mengikut sahaja kemahuan
kawannya itu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti lintah menghisap darah
B seperti melukut di tepi gantang
C seperti kerbau dicucuk hidung
D seperti langit dengan bumi
11 Walaupun baru pertama kali bertemu, kami mudah mesra dan seperti pernah
berkenalan suatu masa dahulu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A laksana katak, sedikit hujan banyak bermain
B laksana asam dengan garam
C laksana kunyit dengan kapur
D laksana batik lasam
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
12 Walaupun sepuluh tahun telah berlalu, namun Puan Laila masih menunggu
kepulangan anaknya yang sudah meninggal dunia itu di stesen kereta api.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A laksana mencari sungai yang tiada berhulu
B laksana asam dengan garam
C laksana wau melawan angin
D laksana lembu kasi
13 Ketika berjalan di tepi sungai, Lily tergelincir lalu jatuh ke dalam sungai
____________
A bagai ayam dimakan tunggu
B bagai bunyi cempedak jatuh
C bagai aur dengan tebing
D bagai air titik ke batu
17 Walaupun masih muda, Sizwan sudah bergelar Profesor dan sering dijemput
memberi ceramah di seluruh Malaysia.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
B umpama kiambang di air, akar tidak jejak di bumi
C umpama kayu buruk dek panas, reput dek hujan
D umpama jari di tangan , ada bercincin ada tidak
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
18 Lee Ping yang pantas berlari ___________________telah menenangi acara lari
100 meter.
A bagai melepaskan anjing tersepit
B bagai kumbang putus tali
C bagai keli kena ketuk
D bagai lipas kudung
20 Kasih sayang yang dibina oleh Kamal dan Kamelia berakhir jua. Mereka berpisah
setelah sepuluh tahun berkahwin.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A umpama pucuk dengan umbut, tiada lauk baru dibaham
B umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri
C umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
D umpama bunga sedap depakai, layu dibuang
23 Kamarul sungguh bertuah kerana berkahwin dengan Elaira yang cantik dn pandai
memasak itu_________________________
A bagai bertepuk sebelah tangan
B bagai bulan jatuh ke riba
C bagai bulan empat belas
D bagai bulan kesiangan
26 Mak Lah dan Pak Jak tidak mahu tinggal di bandar bersama anaknya kerana
masyarakat di bandar ___________________
A bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
B bagai bulan penuh mengambang di kaki awan
C bagai kambing di halau ke air
D bagai anjing buruk kepala
29 Tidak guna membantu orang yang tidak mengenang budi seperti Naim yang
________________
A bagai melepaskan batuk di tangga
B bagai melepaskan anjing tersepit
C bagai menghitung bulu kambing
D bagai keli kena ketuk
34 Sejak diberhentikan kerja di Syarikat itu akibat kegawatan ekonomi, Musa selalu
dalam kesedihan ____________.
A bagai panas mengandung hujan
B bagai bertepuk sebelah tangan
C bagai layang-layang putus tali
D bagai telur di hujung tanduk
38 Apabila waktu petang, jalan raya itu sesak kerana pekerja-pekerja kilang pulang
ke destinasi masing-masing_______________
A bagai katak di bawah tempurung
B bagai harimau kelaparan
C bagai itik pulang petang
D bagai isi dengan kuku
39 Pasangan penggantin di atas pelamin itu sama cantik dan sama padan
____________
A seperti sirih pulang ke gagang
B seperti rasa batang pisang
C seperti pinang dibelah dua
D seperti kumbang putus tali