You are on page 1of 14

SET 2

BAHAGIAN A
[20 MARKAH]
Soalan 1 hingga 3 berdasarkan soalan di bawah.
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
1. __________ telah menyertai misi sukarelawan membantu mangsa-mangsa
banjir kilat, kata Safiah dan Rani.
A Mereka
B Aku
C Kami
D Dinda
2. Para peserta kawad kaki sedang melakukan __________ di hadapan pentas
utama.
A tunjuk hormat
B lalu lintas
C tunjuk jalan
D lintas hormat
3. Adik-adiknya sedang bertungkus-lumus membersihkan rumah __________, Aini
duduk-duduk sahaja.
A kecuali
B selagi
C atau
D manakala
4. Pokok nangka yang ditanam oleh datuk itu __________ kerana kekurangan baja.
A terkecil
B terkerdil
C terbantut
D terpendek

5. Berikan perkataan yang seerti dengan perkataan yang bergaris di bawah.


Adik Sulaiman sangat cerdik.
A sombong
B pandai
C degil
D rajin

SET 2

6. Pilih perkataan berlawan dengan perkataan yang bergaris di bawah.


Nama anak bongsu saya ialah Rahman.
A pinggir
B hulu
C muda
D sulung
7. Pilih kata hubung yang sesuai bagi ayat di bawah.
Salimah membeli dua buah buku __________ tiga batang pensel.
A dan
B namun
C hingga
D walaupun
8. Pilih penjodoh bilangan yang sesuai bagi ayat di bawah.
Ibu mengasah __________ pisau.
A sebuah
B sebilah
C seorang
D sebatang

9. Pilih peribahasa yang sesuai bagi ayat di bawah.


Bapa lebih senang bekerja sendiri daripada bekerja __________ untuk menyara
keluarga.
A makan angin
B makan tidur
C makan gaji
D makan curi
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

SET 2

10. Rumah di __________ kolam itu sudah lama tidak didiami selepas Pak Dollah
meninggal dunia.
A samping
B tepi
C atas
D penjuru
11. Pilih peribahasa yang sama maksud dengan ayat di bawah.
Orang yang malas membaca, cetek ilmunya.
A seperti rumput di tepi jalan
B seperti rusa masuk kampung
C seperti kera mendapat bunga
D seperti katak di bawah tempurung

12. Pilih kata ganda yang sesuai bagi ayat di bawah.


Baju pengemis itu __________.
A kusut-masai
B kacau-bilau
C kelam-kabut
D compang-camping
13. Pilih ayat yang betul.
A Tiket kapal terbang ke Sarawak bukan mahal sangat
B Setengah pelancong ke Sarawak ialah pelancong barat.
C Kebanyakan kraf tangan kaum Iban dibuat daripada manik.
D Sila dapatkan maklumat pulau peranginan di Sarawak melalui agensi
pelancongan.
14. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Paru-paru kita dilindungi oleh tulang rangka yang kukuh.
3

SET 2

II Kebanyakan rumah di kawasan itu tinggal rangka sahaja selepas dipukul ribut.
III Buatlah rangka karangan kamu dahulu sebelum mula mengarang.
IV Kami rangka akan tiba di kampung pada pukul 5.00 petang.
A II dan III sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, III dan IV sahaja

15. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di bawah.


Kamu jangan memandai-mandai membaiki radio itu, nanti lebih teruk jadinya,"
kata ayah kepada abang.
A Ayah berkata abang pandai membaiki radio yang rosak teruk itu.
B Ayah memarahi abang kerana pandai membaiki radio yang rosak teruk itu.
C Ayah melarang abang membaiki radio itu kerana bimbang radio itu akan rosak
lebih teruk.
D Ayah meminta abang menggunakan kepandaian saya untuk membaiki radio
yang rosak teruk itu.
Soalan 16 hingga 20 berdasarkan puisi di bawah;
Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Lagenda Puteri Gunung Ledang
Ketika aku berdiri di pinggir pekan Sagil
4

SET 2

kupandang ke arah Gunung Ledang


yang menyimpan kisah bersejarah
aku terkenangkan peristiwa lampau
Tun Mamat meminang Puteri Gunung Ledang
termengah-mengah ia mendaki
menempuh onak meredah belantara
demi memenuhi impian sang raja.
Pulanglah dan katakan kepada raja
binalah jambatan emas dan perak
merentangi dari sini ke istana Melaka
kumpulkan tujuh dulang hati nyamuk
kumpulkan air mata tujuh tempayan
serta semangkuk darah anaknya
sekiranya terpenuh semua yang kupinta
tertunailah hasrat raja
demikian kata puteri rupawan.
Beta bisa tunaikan semua
permintaan puteri
meskipun habis harta negara
biarpun sengsara rakyat jelata
namun darah puteraku tiada ternilai
daripada semua yang dipinta
demikian bicara sang raja
dan punahlah cinta raja
di puncak gunung bersejarah.
dan kini engkau masih indah
engkau merakam kisah bersejarah
lagenda cinta tak sudah.
16. Apakah kisah bersejarah yang dikaitkan dengan Gunung Ledang?
A Kawasan Gunung Ledang di bawah takluk kerajaan Melaka.
B Gunung Ledang letaknya hampir dengan pekan Sagil.
C Peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang.
D Peristiwa lampau yang menarik.

SET 2

17. Puteri Gunung Ledang sudi menjadi isteri raja Melaka sekiranya
A semua syarat yang disebutkan dapat dipenuhi oleh raja Melaka.
B mendapat semangkuk darah anak raja Melaka.
C raja membina sebuah jambatan emas dan perak.
D rakyat Melaka bersedia memberikan apa-apa yang diminta puteri.
18. Sebab utama raja membatalkan niatnya itu ialah
A tidak sanggup menyediakan darah puteranya.
B mengambil kira kesusahan rakyat jelata.
C setelah mendengar nasihat Tun Mamat.
D negeri Melaka tidak cukup kaya.

19. Frasa tiada ternilai dalam puisi di atas bermaksud


A nilai darah anaknya tiada bandingan.
B darah anaknya tidak ada nilai.
C darah puteranya tidak bernilai.
D semangkuk darah anaknya ada nilai.
20. Maksud ... kini engkau masih indah dalam puisi itu merujuk kepada
A kisah cinta yang indah itu.
B legenda cinta itu memang indah.
C kecantikan Puteri Gunung Ledang.
D Gunung Ledang itu masih tersergam indah.

SET 2

BAHAGIAN B
[30 MARKAH]
Soalan 21
Garisi kata adjektif yang terdapat dalam ayat di bawah.
1. Anggota tentera itu sangat berani memerangi musuhnya di medan tempur.
2. Ahmad tidak mahu melalui lorong itu kerana terdapat seekor anjing garang yang
kerap berkeliaran.
3. Ahli perniagaan itu memandu keretanya dengan berhati-hati kerana jalan raya di
kampung itu bengkang-bengkok.
4. Padang itu tidak sesuai digunakan untuk acara padang dan balapan kerana tidak
rata.
[4 Markah]

Soalan 22
a. Tulis jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Ayat Tanya

: Di manakah letaknya Gunung Kinabalu ?

SET 2

Jawapan

_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

[2 markah]

b.Lengkapkan dialog di bawah.

Sazali, tolong beritahu Cikgu Hassan,


jumpa saya di bilik guru.

Cikgu Harun

Sazali

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
[ 2 markah
Soalan 23
Baca syair di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
SYAIR PERGAULAN
Dengarkan wahai sahabat dan taulan,
Syair tentang amanat pergaulan,
Sebagai pedoman sepanjang jalan,
8

SET 2
Segala yang manis jangan ditelan.
Pergaulan dan rakan ibarat dahan,
Tentukan yang baik sebagai pilihan,
Amalan murni jadikan teladan,
Akhlak yang baik jadi terjemahan.
Jangan tergoda bisikan syaitan,
Teman yang baik jadikan tambatan,
Jadikan diri sebagai ikutan,
Berbuat baik selagi ada kesempatan.
Buat jahat ada balasan,
Kepada teman jangan beralasan,
Bantuan dipinta jangan bermalasan,
Pergaulan yang baik ada batasan.

a. Pergaulan dengan rakan ibarat


_________________________________________________________________
[1 Markah]
b. Apakah tindakan kita jika rakan meminta bantuan?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
[2 Markah]

c. Tulis betul atau salah pada pernyataan di bawah berdasarkan syair. Salah satu
daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

Teman yang baik jadi ikutan

Betul

Tentukan yang baik jadi pilihan


Perlu banyak alasan jika teman minta pertolongan
Tidak perlu teman sepanjang masa
9

SET 2

[2 markah]

Soalan 24
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada petang itu saya berjalan-jalan di bandar Kota Kinabalu. Saya mencari
sesuatu di pasar yang terletak di pinggir laut.
Saya melihat pelbagai aktiviti harian yang dilakukan oleh warga kota pada
petang itu. Saya meninjau-ninjau di sekitar pasar besar Kota Kinabalu.
Pandanganku tertancap pada sebuah bot nelayan yang meluncur laju membelah
lautan. Hatiku sayu melihat bot itu. 10 tahun yang lalu nyawa ayahku ditelan oleh
perut laut. Ketika itu umurku baru mencecah 10 tahun.
Sekarang, aku merenung buih-buih lautan. Hatiku terus bermonolog
mengiringi buih-buih yang sirna. Ibuku pasti berperasaan sama dengan ku saat
teringat tragedi yang menimpa ayah ketika memancing di laut. Namun, aku
bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang tabah.
Aku menapak ke arah penjual buah-buahan. Aku tidak sanggup berlamalama di pintu keluar pasar besar. Terlalu banyak peristiwa yang memenuhi kotak
a.fikiran
Perkataan
warga kota
dalam petikan dapat juga digantikan dengan perkataan
dan menggores
perasaanku.
_________________________________________________________________
(Sumber: Dani Akim, SK. Sinulihan, Keningau. 2016.)
[1 markah]

10

SET 2

b. Mengapakah pandangan penulis tertancap pada sebuah bot nelayan?


_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
[2 markah]
c. Apakah nilai yang terdapat dalam cerita di atas?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
[2 markah]

d. Adakah penulis mempunyai sikap yang penyayang? Jelaskan.


_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

[3 markaH
Soalan 25
Baca petikan ringkas di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Kakak,
Tolong sampaikan pesanan saya kepada Siti. Tolong dapatkan maklumat
tentang pokok-pokok bunga yang berbahaya dengan merujuki Internet sebelum
program penghijauan sekolah. Seterusnya, sampaikan pesanan saya kepada Amir
supaya menghias dewan dengan pokok-pokok bunga yang tidak berbahaya. Akhir
sekali, minta Aidil dan Amran menyediakan hadiah untuk kelas yang memenangi
pertandingan program penghijauan sekolah. Kemudian, letakkan hadiah itu di tepi
rostrum di atas pentas.
Terima kasih, kakak.

a. Jika anda berada dalam situasi ini, nyatakan respons anda.


11

SET 2

_________________________________________________________________
___________________________________________________________________
[2 markah]
b. Apakah pesanan untuk Amir?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
[2 markah]
c. Mengapakah hadiah disediakan?
_________________________________________________________________
________________________________________________________________
[2 markah]
d. Pada pendapat anda, apakah pokok bunga yang sesuai diletakkan di dalam
dewan? Mengapa?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
[3 markah]

12

SET 2

Skema Jawapan (SET 2)


01.
02.
03.
04.
05.
06.
07.
08.
09.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

B
D
D
C
B
D
A
B
C
B
D
D
D
C
C
C
A
A
A
D

Soalan 21
1. berani
2. garang
3. bengkang-bengkok
13

SET 2

4. rata
Soalan 22
a. di Ranau/Kundasang iaitu di negeri Sabah.
b. Baiklah, Cikgu Harun.

Soalan 23
a. dahan
b. membantu rakan tanpa banyak alasan.
c. Betul, Salah, Betul, Salah
Soalan 24
a. Penduduk bandar
b. Penulis teringat akan peristiwa yang berkaitan dengan ayahnya.
c. Antara nilai yang terdapat dalam petikan ialah tabah, bersyukur dan
penyayang.
d. Ya. Buktinya penulis amat bersedih akan pemergian ayahnya.
Soalan 25
a. Baiklah, saya akan sampaikan pesanan ini kepada Siti.
b. Pesanan yang disampaikan kepada Amir supaya menghias dewan dengan
pokok-pokok bunga yang tidak berbahaya.
c. Hadiah disediakan sebagai pengiktirafan kepada pemenang Program
Penghijauan Sekolah.
d. Antara bunga yang berbahaya ialah bunga kaktus. Bunga ini tidak diletakkan
di atas pentas kerana berduri.

14

You might also like