You are on page 1of 10

SERAI

(Cymbopogon spp)
Pengenalan Serai
• Serai (Cymbopogon spp) merupakan sejenis tanaman renek
(herbs) dari keluarga Poaceae (Dulu Graminanea) sama
dengan keluarga jenis tumbuhan rumput.
• Serai dipercayai mempunyai sebanyak 37 jenis tetapi di
Malaysia terdapat 2 jenis serai yang dikomersilkan dan
banyak ditanam iaitu Cymbopogon citratus dan
juga Cymbopogon flexus.
• Dalam bahasa Inggeris serai di panggil 'Lemon Grass' atau
kalau di melayukan jadi Rumput Limau atau Oil Grass.
• JenisCymbopogon citratus merupakan jenis yang banyak di
tanam di Malaysia sementara Cymbpogon flexus banyak di
tanam di negara India
PENANAMAN
• Serai mudah ditanam di mana-mana jenis
tanah kecuali kawasan berair atau berpaya.
• Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di
tanam sebagai tanaman dapur.
• Batang serai dituai untuk kegunaan segar
sebagai perisa dalam masakan.
• Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang
beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang
lebat.
• Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang
tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna
putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus,
melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar
1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat
dengan urat yang selari. Serai makan jarang
didapati berbunga di Malaysia.
KEGUNAAN SERAI
• Tumbuhan ini mempunyai perasa lemon dan boleh
dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar.
• Digunakan dalam teh, sup, dan masakan kari, serai juga
sesuai digunakan dalam masakan ayam, ikan, dan makanan
laut.
• Terdapat lebih 50 spesies Cymbopogon. Serai India
Timur (Cymbopogon flexuosus) adalah tempatan
di India, Sri Lanka, Burma, dan Thailand sementara Serai
India Barat (Cymbopogon citratus) dipercayai berasal
dari Malaysia. Sementara kedua-dua boleh digunakan, C.
citratus lebih sesuai untuk memasak. Di India C.
citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-
wangian.
KEGUNAAN SERAI
• Spesies lain digunakan dalam industri minyak
wangi adalah Cymbopogon martini (disuling
menjadi minyak palmarosa) dan Rumput
Citronella (Cymbopogon winterianus Jowitt)
dari mana minyak citronella didapati.
• Lilin atau gaharu diperbuat dengan minyak
citronella pekat boleh digunakan sebagai
penghalau nyamuk.
10 manfaat serai untuk kesihatan
1. Memutihkan Gigi
• Masalah gigi kuning akibat merokok sering kali kita mendengarnya. Jangan risau,
ianya boleh diatasi dengan menggunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua
batang serai yang dipotong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada
gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.
2. Mengatasi Masalah Perut
• Teh serai mampu mengatasi masalah gangguan pencernaan, sakit perut, perut
berangin, kejang usus dan cirit-birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam
usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.
3. Serai Sebagai “Pain Killer”
• Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai,
pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula
jadi.
4. Detoksifikasi
• Jika anda ingi tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi.
Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekaligus
membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah
pinggang.
5. Melegakan Senggugut
• Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh
serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senggugut, masalah rasa mual
juga akan turut hilang.
6. Agen Pencegah Kanser
• Setiap 100gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen
semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif
tanpa merosakkan sel sihat.
7. Menurunkan Tekanan Darah
• Serai juga banyak manfaat untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang
peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandungi serai setiap
pagi, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.
• 8. Mencantikkan Kulit
• Penggunaan daun serai juga sudah tidak asing dalam bidang kosmetik.
Efek dari penggunaan kosmetik yang mengandungi daun serai ini dapat
menghilangkan jerawat dan berfungsi juga sebagai penyegar wajah.
• 9. Mengubati Jankitan Kulit
• Serai mengandungi kandungan zat anti-mikroba dan anti-bakteria.
Kandungan tersebut berguna khususnya dalam mengubati jankitan pada
perut, usus, saluran najis dan luka. Serai juga banyak dipercayai dapat
menyembuhkan berbagai penyakit seperti jankitan kulit, tipus, keracunan
makanan, dan juga dapat menghilangkan bau badan.
• 10. Sebagai Diuretik
• Serai juga diketahui berkhasiat sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang
otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan
cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5gram akar
serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan
serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.

You might also like