You are on page 1of 3

KHASIAT DAN KEBAIKAN KUNYIT

kongsibersamanora.blogspot.com /2012/07/khasiat-dan-kebaikan-kunyit.html

Khasiat dan kebaikan kunyit


Assalamualaikum. Kunyit merupakan bahan yang sangat penting dalam masakan dan minuman. Selain warna
+ bentuknya, khasiat dan kelebihan kunyit sangat2 menakjubkan. Tahukah kita bahawa kunyit dapat merawat
pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit KANSER?
Nutrien yang paling menarik dalam kunyit ialah Curcumin kerana ia dapat memerangi KANSER + penyakit
Alzheimer. Nutrien curcumin di dalam kunyit ditugaskan sebagai agen anti-radang yang sangat baik. Selain
daripada curcumin, kunyit mengandungi paras yang tinggi zat besi + sederhana tahap vitamin B6 + kalium.
Semua vitamin dan mineral adalah sebahagian daripada diet yang sihat + seimbang.

Kelebihan dan
kebaikan KUNYIT

Agen antiseptik +
antibakteria semula
jadi, berguna dalam
pembasmian luka +
terbakar

Apabila
digabungkan
dengan kembang
kol, ia telah terbukti
dapat mencegah
kanser prostat dan
menghentikan
pertumbuhan kanser
Khasiat Kunyit
prostat yang sedia
ada

Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru2

Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak2.

Boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan


penumpukan plak amyloyd di dalam otak

Boleh mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza

Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan

Boleh membantu dalam metabolisme lemak dan membantu dalam pengurusan berat badan

Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri2 anti-
radang, ia adalah satu rawatan semula jadi untuk artritis dan artritis reumatoid

Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel + mengurangkan kesan sampingan

Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas

1/3
Menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah

Sangat pantas dalam penyembuhan luka2 + membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak

Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain2 keadaan kulit radang

CARA MEMBUAT JUS KUNYIT

Kunyit hidup dibersihkan kulitnya dan direndam 1 jam dengan sedikit garam untuk membuang getah
diluaran. Blend kunyit dengan 5 gelas air. Tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jika terlalu pekat
tambah sedikit air lagi + asam keping + sedikit gula melaka ketul. Simpan dalam fridge. Minum suku
cawan setiap pagi dan malam bersama selawat + Al Fatihah.

Amalkan jus ini seminggu 2 kali sahaja sudah mencukupi.

Untuk pesakit KANSER elak penggunaan gula.

Jus ini sebaiknya diamalkan untuk pesakit KANSER. InsyaAllah.. mudah2an sembuh dengan perlahan2..

Nota
Kebaikan kunyit jika dimakan buat ulam atau minuman memang sangat baik untuk mereka yang mengalami
penyakit KANSER. Selain daun belalai gajah, Daun tujuh bilah dan banyak lagi herba2 lain, KUNYIT juga harus
diamalkan sekali. Buatkan jus penawar kanser atau makan mentah atau lebihkan kunyit dalam masakan.
Sekarang ada pembunuh KANSER iaitu TEH RERAMA. Baca selanjutnya

P.S. Orang perempuan juga ada minum jus kunyit untuk kesihatan rahim dan badan. Kita yang tidak sakit pun

2/3
cubalah mengamalkan memakan unyit dengan kuantiti yang sederhana agar sihat sejahtera. Lebihkan kunyit
dalam masakan yang menggunakan bahan ini. Selamat menjaga kesihatan.

KESIHATAN YANG BAIK, KELUARGA YANG SIHAT

3/3

You might also like