You are on page 1of 2

Bagaimana Menjaga Bateri Netbook &

Laptop?
Bateri merupakan komponen penting dalam sebuah laptop, namun kebanyakan pengguna
laptop sering menghadapi pelbagai masalah dengan baterri laptop mereka. Antara masalah
yang biasa dihadapi adalah bateri laptop tidak akan cas, jangka hayat bateri terlalu pendek,
laptop tidak mengesan kehadiran bateri dan bateri rosak. Semua masalah ini boleh
diselesaikan cara penjagaan bateri laptop & netbook yang betul.

Jenis Batteri Laptop

Terdapat 3 jenis bateri laptop


Laptop menggunakan beberapa jenis bateri yang berbeza. Bateri merupakan sumber kuasa
utama bagi sebuah laptop.

Lithium-ion: Batteri ini merupakan batteri yang paling baik bagi sebuah laptop. Jenis bateri
Lithium-ion adalah lebih ringan dan berfungsi dengan lebih effektif daripada bateri lain.
Bateri Lithium bukan seperti bateri jenis NiCad atau NiMH, ia tidak akan dirosakkan oleh
kesan memory atau Memory Effect. Memory effect merupakan ciri bateri NiCad dan
NiMH yang menyebabkan mereka hilang keupayaan mencas kepada kapasiti penuh setelah
dicas berulang kali. Selain itu bateri jenis lithium-ion juga lebih mesra alam berbanding bateri
lain.

NiCad (nikel-kadmium) dan NiMH (logam nikel hidrida) merupakan dua jenis bateri laptop
lama. Bateri jenis ini popular dalam laptop laptop lama kerana kedua-dua bateri ini sering
dirosakkan teruk oleh kesan Memory Effect.

Anda boleh mengesahkan jenis laptop bateri anda dengan melihat pada labelnya.

Berikut merupakan antara cara menjaga dan meningkatkan jangka hayat


bateri laptop anda:

1. Matikan Wi-fi dan Bluetooth (jika anda tidak menggunakan), kebanyakan komputer
mempunyai kekunci pintas untuk mematikan rangkaian wireless dengan segera.
2. Berikut merupakan antara aktiviti yang akan memakan kuasa bateri laptop anda;
bermain permainan komputer, mendengar muzik atau menonton filem dan
menggunakan pemacu CD/DVD.
3. Mencabut semua peranti luaran seperti Kad PC, FireWire, peranti USB dan sebarang
media mudah alih. Gunakan touchpad laptop dan bukannya peranti luaran.
4. Melaraskan kecerahan skrin anda; mengurangkan cerahan skrin boleh menjimatkan
kuasa bateri.
5. Menyesuaikan Windows Power Options; pilih pelan kuasa yang akan mematikan
skrin dan cakera keras selepas 10 minit tidak aktif.
6. Kurangkan atau bisukan speaker laptop anda.
7. Salin fail daripada cakera CD/DVD ke cakera keras laptop. Ini adalah kerana cakera
keras menggunakan kuasa yang kurang daripada pemacu CD/DVD laptop anda.
8. Jika anda tidak menggunakan laptop anda untuk jangka masa yang panjang (seminggu
atau lebih) keluarkan bateri daripada laptop.
9. Sebulan sekali gunakan bateri laptop sehingga ia habis sepenuhnya kemudian cas
kembali. Ini akan memastikan bateri tersebut meningkatkan jangka masa
penggunaanya.
10. Membiarkan bateri di dalam komputer riba semasa menggunakan soket elektrik untuk
jangka masa yang panjang akan memastikan bateri berada dalam keadaan sentiasa
dicas dan ini akan mengurangkan kitaran hayat bateri.

You might also like