You are on page 1of 2

Urus jenazah guna My Kifayah

Pemain baru dalam industri telekomunikasi tempatan, Clixster Mobile memperkenalkan


perkhidmatan pengurusan jenazah bagi pelanggannya

SYARIKAT telekomunikasi Clixster Mobile Sdn Bhd (Clixster) memperkenalkan aplikasi


My Kifayah khusus kepada pelanggannya, iaitu aplikasi pertama seumpamanya di dunia yang
memfokus kepada pengurusan jenazah.
Pengerusi Eksekutif Clixster Datuk Megat Radman Megat Khairuddin berkata, syarikatnya
menyasarkan untuk mencapai 500,000 pelanggan untuk aplikasi itu menjelang akhir tahun
ini.
Dalam tempoh empat bulan pertama sebelum dilancarkan, kami telah mempunyai pelanggan
seramai 200,000 orang, katanya selepas pelancaran aplikasi My Kifayah di Kelana Jaya,
semalam.
Menurutnya, My Kifayah adalah aplikasi perkhidmatan pengurusan jenazah bersepadu tanpa
tunai berlandaskan prinsip syariah Islam mengikut sunnah.
Katanya, dengan hanya RM2.50 sebulan atau RM30 setahun, pelanggan dan ahli My Kifayah
yang meninggal dunia layak menerima perkhidmatan jenazah daripada mula sehingga akhir
serta wang sagu hati kepada waris antara RM1,000 dan RM5,000 pada hari kematian.
Sementara itu, mengulas perkembangan syarikat itu, Megat Radman berkata, Clixster bakal
meneroka pasaran United Kingdom (UK) pada pada suku pertama tahun depan dan pasaran

Indonesia pada suku kedua 2014.


Kami pilih UK kerana ia negara yang strategik bagi perluasan operasi.
Kami akan akan mewujudkan hab di UK terlebih dahulu sebelum mengembangkan
perniagaan kami ke pasaran negara-negara terdekat yang lain, katanya.
Menurut beliau, liputan perkhidmatan telekomunikasi Clixster kini mencapai 97 peratus di
seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak dengan 6,000 pengedar.

You might also like