You are on page 1of 5

10 Perisian Percuma Terbaik Untuk PC/Laptop Anda

7zip 7Zip ialah perisian percuma yang memenangi anugerah pilihan komuniti SourceForge.net 2007 untuk kategori Rekabentuk Teknikal dan Projek Terbaik. Ia berfungsi sebagai pemampat fail (file archiver) dan mempunyai kadar pemampatan yang tinggi. Perisian ini boleh dijadikan alternatif kepada perisian lain seperti Winzip atau WinRAR, serta dapat digunakan untuk tujuan komersial. 7Zip memampatkan fail dalam format 7z, serta dapat digunapakai untuk format lain seperti zip, tar, rar, dan juga iso. Dengan 7Zip, anda juga dapat meletak kata laluan dan melindungi privasi sesebuah fail. Muat-turun DI SINI

CCleaner CCleaner (dahulunya dikenali sebagai Crap Cleaner) adalah satu program utiliti yang dibangunkan oleh Piriform. Perisian percuma ini digunakan untuk membersihkan data-data sementara ataupun tidak dikehendaki yang ditinggalkan oleh sesetengah program seperti cookies, sejarah URL, fail-fail log dan sementara Windows, fail cache sementara, dan senarai fail yang baru dibuka pada menu Start. Selain daripada itu, ia juga berfungsi untuk membersihkan Windows Registry yang tidak sah serta dapat digunakan untuk membuang sesuatu program. Muat-turun DI SINI

Skype Skype ialah satu perisian percuma yang membenarkan pengguna untuk membuat panggilan suara dan video serta bersembang melalui Internet secara percuma dengan pengguna Skype yang lain. Ia juga semakin digemari kerana ciri-ciri tambahan seperti keupayaan untuk memindahkan fail dan persidangan melalui video. Walau bagaimanapun, Skype tidak menyediakan keupayaan untuk membuat panggilan kecemasan seperti 911 ataupun 994. Muat-turun DI SINI

CDBurnerXP CDBurnerXP ialah satu perisian percuma untuk membuat bootable discs, menyalin (burn) semua bentuk cakera seperti CD dan DVD, termasuklah Blu-Ray dan HDDVD. Ia juga mampu untuk menyalin dan mencipta ISO, serta memiliki antaramuka pelbagai bahasa. Anda dapat membuat pengesahan data selepas proses menyalin selesai. Jika anda ingin menyalin format audio seperti wav atau mp3, anda boleh pilih untuk membuat CD audio dengan atau tanpa jarak di antara runut (track). Sesiapa sahaja, termasuklah syarikat, boleh menggunakan perisian ini secara percuma. Ia tidak mengandungi adware mahupun komponen-komponen yang meragukan. Muat-turun DI SINI

PDFCreator PDFCreator ialah satu perisian percuma yang digunakan untuk mengubah pelbagai dokumen ke dalam format Portable Document Format (PDF) pada sistem operasi Microsoft Windows. Ia berfungsi dengan mencipta satu pencetak maya yang mencetak pelbagai fail ke format PDF, sekaligus membolehkan sebarang aplikasi untuk mencipta fail PDF dengan memilih butang cetak pada sesuatu program lalu mencetaknya dengan pencetak PDFCreator.

PDFCreator dapat mengubah sesuatu fail ke dalam format berikut: PDF (termasuklah PDF/A (1b) dan PDF/X (X-3:2002, X-3:2003 dan X-4), PNG, JPEG, BMP, PCX, TIFF, PS, EPS, TXT, PSD, PCL, RAW. Ia juga membolehkan anda untuk menandatangani dokumen PDF tersebut secara digital. Selain itu, ia juga membolehkan pengguna untuk menyahaktifkan fungsi cetak, salin teks atau imej, dan mengubah dokumen asal. Muat-turun DI SINI

GIMP GIMP (GNU Image Manipulation Program) ialah perisian percuma yang dapat digunakan untuk menyunting fail grafik. Ia sering digunakan sebagai alat untuk memperbaik dan mengubah sesuatu imej. Ia boleh didapati secara percuma dalam pelbagai versi yang disesuaikan untuk kebanyakan sistem operasi popular seperti Microsoft Windows, Apple Mac OS X, and GNU/Linux. Sebagai tambahan kepada keupayaan untuk melukis bentuk bebas dan memanipulasikan fail imej, GIMP juga mampu untuk melakukan tugas-tugas penyuntingan imej yang penting seperti mengubah saiz, memotong foto, montaj dengan menggabungkan beberapa imej, dan mengubahnya ke dalam pelbagai format imej lainnya. Muat-turun DI SINI

VLC VideoLAN Clients, ataupun lebih dikenali sebagai VLC, yang diedarkan di bawah GNU General Public License, merupakan satu perisian percuma yang berfungsi sebagai pemain media dan menyokong format audio serta video seperti MPEG-1, MPEG-2,MPEG-4, DIvX, mp3, ogg, dan 3gp, tanpa perlu pening kepala memikirkan codecs. Jika anda ingin menyiarkan video (video streaming), VLC dapat berfungsi sebagai pelayan (server). Muat-turun DI SINI

Audacity Audacity ialah perisian percuma yang dicipta oleh Dominic Mazzoni semasa beliau masih lagi menuntut di Universiti Carnegie Mellon. Aplikasi ini berfungsi untuk merakam dan menyunting bunyian. Ia dapat digunakan untuk menyunting fail sedia ada melalui kemudahan Cut, Copy dan Paste, mengubah tempo, membuat lagu baru melalui sistem track, memasukkan pelbagai kesan bunyi tambahan yang boleh ditulis menggunakan Nyquist, dan pelbagai fungsi lainnya. Audacity dapat digunakan untuk sistem operasi Mac OS X, Microsoft Windows, GNU/Linux, dan juga sistem operasi lain. Muat-turun DI SINI

OpenOffice.org OpenOffice.org, biasanya dikenali sebagai OOo ataupun OpenOffice, merupakan perisian pejabat yang komponen utamanya berfungsi untuk pemprosesan kata (word processing), spreadsheets, presentations, graphics, dan pangkalan data (databases). OpenOffice.org merupakan alternatif untuk Microsoft Word dan anda tidak perlu berkira-kira untuk membeli lesen kerana ianya perisian percuma. OpenOffice.org dapat membuka dan menyimpan fail yang dihasilkan oleh Microsoft Office, WordPerfect, Lotus, AutoCAD, dan seumpamanya. Meskipun diakui OpenOffice.org masih belum dapat menandingi fungsi dalam Microsoft Office, namun kebanyakan pengguna hanya memerlukan fungsi tertentu sahaja seperti word processing dan databases yang turut dapat dilaksanakan dengan baik dalam OpenOffice.org. Muat-turun DI SINI

Firefox

Mozilla Firefox merupakan sebuah perisian sumber terbuka serta percuma yang lahir daripada Mozilla Application Suite dan menggunakan enjin antaramuka Gecko untuk memaparkan laman web. Sehingga Mac 2011, Firefox adalah pelayar web kedua terbanyak digunakan, dengan anggaran 30% penggunaan di seluruh dunia. Antara ciri-ciri terbaru Firefox termasuklah pemeriksaan ejaan, bookmark secara langsung, download manager, private browsing, pelayaran geolocation yang berdasarkan perkhidmatan Google, dan tabbed browsing. Fungsi tambahan juga boleh didapati dengan menggunakan pelbagai pilihan extensions yang dibangunkan oleh pihak ketiga. Muat-turun DI SINI

You might also like