You are on page 1of 11

12/26/2019 Cara Tanam Pokok Durian Musang King - WNR Agro PLT

≡ MENU

Cara Tanam Pokok Durian Musang King

Gambar: Urban Catalogue

Pengenalan

Nama Biasa: Durian


Nama Sainti k: Durio zibethinus Murr
Keluarga: Bombaceae

Asal:
Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Spesis lain yang
terdapat di Malaysia dari jenis Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio
oxyleyanus, D.graveolens, D.dulcis dan D.kutenjensis. Privacy - Terms

https://wnragro.com/cara-tanam-pokok-durian-musang-king/ 1/11
12/26/2019 Cara Tanam Pokok Durian Musang King - WNR Agro PLT

Kawasan Utama Tanaman:


Durian didapati ditanam di semua kawasan di Malaysia dan kawasan utama penanaman
secara komersial ialah di Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang.

Kegunaan:
Di Malaysia, durian merupakan buah yang paling popular untuk dimakan segar dan telah
buah yang sangat digemari oleh pengguna. Buah durian boleh dimasak menjadi lempok,
jem dan tempoyak. Buah durian juga boleh diproses dijadikan serbuk . Percubaan telah
dibuat untuk mengeksport durian dalam bentuk sejuk beku.

Kandungan Zat Makanan:

Kandungan Unit/100 g bybm

Tenaga 153 kcal

Kabohidrat 27 g

Kalsium 40 mg

Zat Besi 1.9 mg

Vit. A (Carotene) 150 mg

Vitamin B1 0.1 mg

Vitamin B2 0.13 mg

Vitamin C 23.3 mg

Lemak 3.4 g

Protin 2.7 g

TANAMAN BOTANIA

Pokok:
Pokok durian boleh mencapai ketinggian sehingga 40 m. Manakala di bawah penanaman
secara komersial, pokok lazimnya mencapai ketinggian di antara 12 – 20 m dan keluasan
kanopi di antara 19 -12 m.
Privacy - Terms

https://wnragro.com/cara-tanam-pokok-durian-musang-king/ 2/11
12/26/2019 Cara Tanam Pokok Durian Musang King - WNR Agro PLT

Daun:
Daun durian berbentuk bujur (oblong) berukuran 6 – 12 cm panjang dan 2 – 4 cm lebar.
Permukaan atas daun berwarna hijau, berkilat sementara permukaan bawahnya berwarna
keperangan dan diselaputi dengan sisik-sisik halus.

Bunga:
Terdapat di antara 20 – 60 kuntum bunga hermafrodit keluar dari tangkai pendek (
corymbose ) yang juga keluar dari dahan-dahan (cauli lorous). Bunganya besar, 5 – 7 cm
panjang, berwarna putih berkrim.

Buah:
Buah durian berbentuk bulat hingga lonjong. Warnanya hijau hingga hijau keperangan.
Kulitnya berduri dan tajam. Buahnya berpangsa-pangsa di antara 5 6 pangsa yang setiapnya
mempunyai 1 – 5 ulas biji yang diselaputi dengan isi seperti kastad yang biasanya berwarna
di antara kuning susu hingga oren.

Biji:
Kebiasaannya biji berbentuk ovat. Keadaan biji lazimnya penuh dan separuh penuh.
Terdapat juga biji yang kesep.

Teknik Menanam Pokok Durian Musang King

Betulkah pokok durian Musang King (D197) berbuah dalam masa 30 bulan? Itu merupakan
satu persoalan yang sering ditanya oleh beberapa orang petani, pegawai-pegawai dan VVIP
kepada penulis. Perkara ini sebenarnya tidak mustahil dan ia boleh dilakukan dengan ilmu
pengetahuan dan kemahuan petani itu sendiri.

Dalam beberapa tinjauan yang penulis lakukan mendapati perkara ini telah dilakukan oleh
beberapa petani komersil. Memang seronok kalau mampu melakukannya sendiri di kebun
durian yang dijaga dengan baik. Harga buah durian Musang King (D197) atau dahulu di
kenali dengan nama Durian Raja Kunyit mencecah sehingga RM40.00 sekilogram pada
tahun 2016.

BACA:  Cara Tanam Pokok Durian Dari Kajian Universiti Putra Malaysia (UPM)

Privacy - Terms

https://wnragro.com/cara-tanam-pokok-durian-musang-king/ 3/11
12/26/2019 Cara Tanam Pokok Durian Musang King - WNR Agro PLT

Pengalaman penulis pula pada 2017 harga durian Musang King mencecah RM120.00
sekilogram. Pada tahun 2017 juga penulis mengikuti Menteri Pertanian ke Pameran ‘Durian
Malaysia Festival’ di Nanning, China bersama-sama dengan pameran Nanas MD2 (AC9) dan
Nangka Tekam Yellow (J33). Berbanding dahulu dengan harga durian kampung dijual
dengan harga kadang-kadang kurang dari RM2.00 sekilogram sahaja bermakna durian
Musang King yang berkualiti memang lebih menguntungkan. Kalau musim ada lambakkan
durian, kadang-kadang durian kampUng ini tidak menjadi duit pada masa lalu. Oleh itu kini
lebih ramai petani yang menanam durian telah menukar durian kampUng mereka dengan
durian yang mempunyai harga mahal ini iaitu Durian Musang King, Duri Hitam, Tekka dan
beberapa varieti lagi.

Isunya bagaimanakah untuk mendapatkan hasil yang cepat dimana ada petani yang telah
mensasarkan untuk mengeluarkan hasil buahnya dalam masa 30 bulan sahaja (kurang dari
3 tahun)? Penulis cuba mengupas beberapa kaedah atau teknologi yang boleh dilakukan
Privacy - Terms

https://wnragro.com/cara-tanam-pokok-durian-musang-king/ 4/11
12/26/2019 Cara Tanam Pokok Durian Musang King - WNR Agro PLT

dari beberapa pemantauan dan pemerhatian. Bagaimana pun penulis berpendapat ilmu
dan komitment petani disokong dengan amalan agronomi yang sempurna sahaja boleh
menentukan akan kejayaan ini.

Pada tahun 2018 ada penganjur swasta mengendalikan kurusus menanam pokok durian
Musang King dengan bayaran RM3,000 seorang dan berduyun-duyun peserta yang hadir di
Raub, Pahang. Ini merupakan satu bentuk ‘kegilaan baru’ dalam industri durian selepas
Menteri Pertanian membuat banyak kenyataan mengenai durian sebagai ‘Buah Jalinan
Mesra’.

WNR Agro
lebih kurang 6 bulan yang lalu

Baja Bio Nano Organik (Yuli Aqueous Organic Microbial Composition)

SHOPEE.COM.MY
[READY STOCK] Baja Durian Yuli Bio Nano Organik Musang…
Check this out for RM98.00 on Shopee! Download the app now: http://goo…

2 Komen 1

FAQ Cara Tanam Pokok Durian Musang King

1. Bagaimanakah cara tanam pokok durian Musang King (D197)?


Langkah pertama anda perlu menanam anak pokok durian Musang King (D197) dari
Benih APM.

Privacy - Terms

https://wnragro.com/cara-tanam-pokok-durian-musang-king/ 5/11
12/26/2019 Cara Tanam Pokok Durian Musang King - WNR Agro PLT

2. Apakah benih APM?


Benih APM adalah singkatan daripada “Advanced Planting Material” iaitu benih D197
yang telah lama disemai dalam polibeg dalam polibeg besar. Benih APM adalah
bersaiz lebih besar daripada benih ‘standard’ yang sering dijual. Ia mengambil masa
lama untuk menukarkan polibeg anakbenih tersebut beberapa kali sehingga
mencapai saiz yang besar.

3. Adakah pokok durian Musang King (D197) boleh berbuah dalam masa 30 bulan?
Itu merupakan satu persoalan yang sering ditanya oleh beberapa orang petani,
pegawai-pegawai dan VVIP kepada penulis. Perkara ini sebenarnya tidak mustahil dan
ia boleh dilakukan dengan ilmu pengetahuan dan kemahuan petani itu sendiri.
Dalam beberapa tinjauan yang penulis lakukan mendapati perkara ini telah dilakukan
oleh beberapa petani komersil.

4. Apakah baja yang sesuai untuk pokok durian Musang King (D197)?
Selain daripada baja NPK 15:15:15 diberi dengan kadar disyorkan, kini beberapa petani
komersil sekitar Raub, Pahang menggunakan baja foliar dan baja berasaskan ‘Fish
Meal Fertilizer’ untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan pokok durian Musang
King. Dari kunjungan penulis di Dusun Mr Tan di Kg Sg Jerik di Maran mendapati
pokok durian Musang King yang belum sampai 30 bulan ditanam telah berbuah
dengan beberapa pengamalan agronomi.

BACA:  Cara Tanam Pisang Berangan

1. Cara Tanam Pokok Durian Musang King

Pertama adalah menanam anak pokok durian Musang King dari Benih APM. Apakah dia
benih APM? Benih APM adalah singkatan daripada “Advanced Planting Material” iaitu
benih D197 yang telah lama disemai dalam polibeg dalam polibeg besar. Benih APM adalah
bersaiz lebih besar daripada benih ‘standard’ yang sering dijual. Ia mengambil masa lama
untuk menukarkan polibeg anakbenih tersebut beberapa kali sehingga mencapai saiz yang
besar.

Benih APM akan ditanam didalam lubang penanaman yang besar yang digali sedalam 1
Privacy - Terms
meter dengan lebar 1 meter dan diisikan dengan baja organik, gel pertanian, MOP, kompos
https://wnragro.com/cara-tanam-pokok-durian-musang-king/ 6/11
12/26/2019 Cara Tanam Pokok Durian Musang King - WNR Agro PLT

dan tanah atas. Anak pokok APM yang besar ini


ditanam ditengah lubang dan dipadatkan (Sila lihat
foto di sebelah). Pastikan ia selalu disiram
diperingkat awal penanaman kerana pokok durian
Musang King perlukan air mencukupi untuk
pertumbuhan. Aktiviti seperti kawalan musuh dan
perosak dibuat sepanjang peringkat pertumbuhan.

Selain daripada baja NPK 15:15:15 diberi dengan


kadar disyorkan, kini beberapa petani komersil
sekitar Raub, Pahang menggunakan baja foliar dan baja berasaskan ‘Fish Meal Fertilizer’
untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan pokok durian Musang King. Dari kunjungan
penulis di Dusun Mr Tan di Kg Sg Jerik di Maran mendapati pokok durian Musang King yang
belum sampai 30 bulan ditanam telah berbuah dengan beberapa pengamalan agronomi.
Walaupun hanya ada sekitar 5 biji sahaja yang lekat kali ini, petani merasa puas hati kerana
bukan sepokok yang berbuah tetapi hampir 65% pokok yang baru ditanam telah berbunga
dan berbuah.

Penggunaan baja ‘Fish Meal Solution’ berkemungkinan mempercepatkan masa anak pokok
berbuah. Apa pun pada penulis ‘komitment’ yang amat tinggi oleh petani amat
mempengaruhi pokok durian ini cepat berbuah. Beliau memeriksa pokok durian dengan
kekerapan yang tinggi dengan membuat aktiviti ladang yang sesuai. Ini kerana kepercayaan
yang durian Musang King memang akan mendapat harga tinggi dipasaran dimasa akan
datang terutama untuk pasaran domestik dan eksport.

2. Menanam Benih Pokok Durian Musang King ‘3-In-One’

Penulis juga mengesyorkan agar petani menanam benih pokok Durian ‘3-In-One’ iaitu
disediakan dengan 3 pokok penanti dan kemudian disandingkan sebelum dicantum
dengan mata tunas durian D197 (Musang King) merupakan satu teknologi yang boleh
dilakukan untuk mendapatkan hasil dalam 30 bulan sahaja.

BACA:  Kunyit Hitam (Curcuma Caesia)

Penyediaan benih ‘3-in one’ ini memerlukan kepakaran tinggi oleh mereka yang ada
kemahiran dan pengetahuan. Benih ini lazimnya dijual dengan harga mahal dinurseri oleh
Privacy - Terms

https://wnragro.com/cara-tanam-pokok-durian-musang-king/ 7/11
12/26/2019 Cara Tanam Pokok Durian Musang King - WNR Agro PLT

beberapa nurseri sahaja (Sila lihat foto


disebelah). Benih ini selalunya dujual apabila
berumur lebih setahun dimana peringkat
proses penyediaannya juga agak lama.

Penanaman benih pokok ini perlukan lubang


penanaman yang besar sama seperti
penanaman benih APM. Aktiviti pembajaan,
kawalan musuh dan perosak serta
penyiraman sama dengan amalan
penanaman pokok durian APM dimana ia
memang perlukan komitment petani.

Kelebihan anak pokok durian 3-in-one ini adalah kerana ia mempunyai 3 anak pokok
dengan banyak akar dan ini membolehkan pengambilan nutrien dari tanah cepat untuk
proses tumbesaran pokok. Bagaimana pun penulis ingatkan petani agar menjaga tunas
D197 yang akan menjadi pokok kerana kemungkinan juga tunas pokok penanti yang tidak
diketahui varietinya akan tumbuh menjadi pokok kelak.

Kini ramai dikalangan penanam durian telah mula menggunakan benih jenis ini walaupun
semua kos membelinya adalah lebih mahal. Daripada beberapa laporan mendapati anak
benih ini mampu menghasilkan buah durian lebih cepat daripada kaedah konvensional
biasa.

3. Cantuman Dewasa Pokok Musang King

Kaedah ke 3 terkini yang paling popular untuk


cepat dapatkan hasil durian varieti Musang
King (D197) adalah dengan cara atau kaedah
melakukan CANTUMAN DEWASA. Cantuman
dewasa amat sesuai dilakukan terhadap
pokok durian lama yang kurang produktif dan
juga durian kampong yang kurang berkualiti.
Kaedah cantuman dewasa durian ini ada
beberapa teknik Pembentukkan Semula
Tunas Penanti (Kaedah Tunggul dan Kaedah

Privacy - Terms

https://wnragro.com/cara-tanam-pokok-durian-musang-king/ 8/11
12/26/2019 Cara Tanam Pokok Durian Musang King - WNR Agro PLT

Kelaran) dan Tanpa Pembentukkan Tunas Penanti (Kaedah Tampal – Patching).

Pokok durian yang hendak dibuat cantuman dewasa dipilih daripada pokok dewasa yang
masih sihat dimana dikawasan kebun ada sistem pengairan sempurna. Ini kerana jika tidak
ada sistem pengairan maka kadar kejayaan aktiviti cantuman dewasa boleh gagal dan
sasaran untuk menjadikan pokok berbuah awal tidak dapat dicapai. Lebih malang jika
musim kemarau yang panjang menjejaskan pertumbuhan pokok durian yang baru sahaja
selesai dijalankan cantuman dewasa.

Pokok durian yang dibuat cantuman dewasa dan dijaga dengan baik mampu mengeluarkan
buah awal. Semenjak kebelakangan ini ramai pengusaka dudun durian telah melakukan
aktiviti cantuman dewasa dikebunnya dengan menukarkan kepada varieti Durian Musang
King (D197). Perbezaan harga jualan durian musang king amat tinggi berbanding dengan
varieti lain.

Sumber: Anim Agro Technology & Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang

BACAAN SETERUSNYA
Cara Pemangkasan Pokok Durian
Pemangkasan pokok durian dilakukan di peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok durian yang
mempunyai batang utama yang tegak dan d...

Cara Tanam Pokok Durian Dari Kajian Universiti Put...


Gambar: Utusan Online 1. PENDAHULUAN - CARA TANAM POKOK DURIAN Nama biasa: Durian Nama Sainti k:
Durio zibethinus Murr Keluarga: Bombacac...

Cara Semai Biji Durian Dengan Betul


Buah durian merupakan salah satu tanaman yang boleh tumbuh dengan baik di kawasan yang beriklim tropika,
kebanyakan jenis tanaman buah ini banyak ...

Search for: Search

  

Privacy - Terms

https://wnragro.com/cara-tanam-pokok-durian-musang-king/ 9/11
12/26/2019 Cara Tanam Pokok Durian Musang King - WNR Agro PLT

WNR Agro
Like Page

Be the first of your friends to like


this

WNR Agro
on Monday

S l k d ik i

A RTIKEL
Cara Tanam Pisang Berangan

Kebaikan Cuka Kayu (Wood Vinegar) Untuk Tanaman

Fertigasi Lada Solok: Tanaman Lada Solok Secara Fertigasi Gantung

Tanam Nanas MD2 Dapat RM164,000 Untuk 1 Ekar!

Cara Semai Biji Durian Dengan Betul

WNR Agro PLT (LLP0011509-LGN)

No 46-G, Jalan Kota Raja M27/M,


Hicom Town Centre, Seksyen 27,
40400 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

 Get directions

 +60122241464

 Opening Hours
Monday 11:00 am – 8:00 pm Privacy - Terms

https://wnragro.com/cara-tanam-pokok-durian-musang-king/ 10/11
12/26/2019 Cara Tanam Pokok Durian Musang King - WNR Agro PLT

Tuesday 11:00 am – 8:00 pm


Wednesday 11:00 am – 8:00 pm
Thursday 11:00 am – 8:00 pm
Friday Closed
Saturday 11:00 am – 8:00 pm
Sunday 11:00 am – 8:00 pm

WNR Agro PLT (LLP0011509-


LGN)
No 46-G, Jalan Kota Raja
M27/M,
Hicom Town Centre, Seksyen
27,

Map data ©2019 Google

Copyright © 2016 – 2019 WNR Agro PLT (LLP0011509-LGN)

Privacy - Terms

https://wnragro.com/cara-tanam-pokok-durian-musang-king/ 11/11

You might also like