You are on page 1of 3

Bagaimana Melayari Internet Tanpa

Dikesan

Sorok identiti anda apabila melayari


Internet
Ramai pengguna Internet tidak mengetahui bahawa kebanyakan perisian browser terkini
membenarkan anda melayari Internet tanpa dikesan. Ciri ini dipanggil Private Browsing. Di
antara perisian perisian browser yang menawarkan ciri ini termasuklah Internet Explorer,
Mozilla Firefox dan Google Chrome.

Ciri Private Browsing ini diberikan nama yang berlainan di dalam browser yang berlainan.
Di dalam Internet Explorer ia dipanggil InPrivate Browsing sementara di dalam Mozilla
Firefox ia digelar Private Browsing dan di dalam Google Chrome sebagai Incognito
Browsing. Namun apa sahaja nama yang diberikan, fungsinya tetap sama.

Private Browsing adalah satu ciri dalam perisian browser yang membolehkan anda melayari
Internet tanpa meninggalkan jejak di komputer. Ini dapat mencegah orang lain yang
menggunakan komputer yang sama dari melihat dan mengetahui aktiviti Internet yang anda
lakukan.

Apabila anda memulakan Private Browsing, browser anda akan membuka tetingkap browser
baru untuk anda. Ciri Private browsing akan memberi pelindungan sepanjang tempoh anda
menggunakan tetingkap tersebut. Anda boleh membuka sebarapa banyak tab yang anda mahu
dalam tetingkap itu, di mana tab yang anda buka itu akan dilindungi oleh ciri Private

browsing. Walau bagaimanapun, jika anda membuka tetingkap browser yang lain, tetingkap
tersebut tidak akan dilindungi oleh Private browsing. Untuk menamatkan sesi Private
browsing anda, tutup tetingkap browser berkenaan.

Semasa anda melayari Internet menggunakan ciri Private browsing, perisian browser anda
akan menyimpan beberapa maklumat- seperti cookies dan fail sementara Internet supaya
laman web yang anda lawati akan berfungsi dengan betul. Walau bagaimanapun, pada akhir
sesi Private browsing, maklumat-maklumat tersebut akan dibuang. Jadual berikut
menerangkan bagaimana Private browsing memproses maklumat pelayaran Internet anda.

Maklumat

Bagaimana ia dipengaruhi oleh Private Browsing

Cookies
Disimpan di memori supaya halaman dapat berfungsi dengan
betul, tetapi dipadam apabila anda menutup browser.

Fail sementara Internet

Disimpan pada cakera supaya halaman dapat berfungsi dengan


betul, tetapi dipadam apabila anda menutup browser.

Fail yang dimuat turun secara manual


Fail-fail ini akan kekal di lokasi ia disimpan dan tidak akan
(contoh videoYouTube, gambar dan
dipadam apabila anda menutup Private browsing.
muzik)
Sejarah laman web

Maklumat ini tidak disimpan.

Data borang dan kata laluan

Maklumat ini tidak disimpan.

Anti-phishing cache

Maklumat sementara adalah sulit dan disimpan supaya halaman


dapat berfungsi dengan betul. Namun dipadamkan apabila anda
menamatkan sesi private browsing anda.

Alamat bar and carian AutoComplete Maklumat ini tidak disimpan.


Amaran: Private browsing tidak memadamkan semua jejak pelayaran Internet anda. Aktiviti
Internet anda masih boleh direkodkan oleh tiga entiti berikut:-

1. Pembekal perkidmatan Internet (Internet Service Provider atau ISP) seperti TMnet,
Celcom dan Maxis.

2. Pengkhidmat yakni server- majikan. Sebagai contoh jika anda bekerja di sebuah bank
dan menggunakan komputer bank untuk akses Internet, komputer pengkhidmat atau server di
bilik server bank masih boleh merekodkan aktiviti Internet anda.

3. Pengkhidmat (server) tapak web yang anda layari. Sebagai contoh, apabila anda melayari
Google, pengkhidmat Google masih dapat mengesan apa halaman yang anda lawati.

Pendek kata, private browsing hanya memadamkan maklumat di komputer anda sahaja.
Maklumat yang direkodkan oleh pengkhidmat atau server Internet tidak dipadamkan. Private
browsing juga tidak melindungi anda daripada keyloggers atau spyware yang dipasang pada
komputer anda.
1. Untuk pelajari teknik melayari Internet tanpa dikesan dalam Mozilla Firefox, sila klik
rencana Private Browsing Dalam Firefox.

2. Untuk pelajari teknik melayari Internet tanpa dikesan dalam Internet Explorer, sila klik
rencana InPrivate Browsing Dalam Internet Explorer.
3. Untuk pelajari teknik melayari Internet tanpa dikesan dalam Google Chrome, sila klik rencana
Incognito Browsing Dalam Google Chrome.

You might also like