You are on page 1of 4

MESYUARAT JAWATANKUASA PENERBITAN BAGI PERSIDANGAN

PERKHIDMATAN AWAM KE-8


BIL.1/2013
Tarikh:

7 November 2013

Masa

2.15 petang

Tempat

Bilik Sindiket, Unit Penerbitan,


Tingkat 3, Blok C,
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Pengerusi

Encik Murad bin Deraman


Ketua Unit Penerbitan

Kehadiran:
1. En. Murad bin Deraman
Ketua Unit Penerbitan

- Pengerusi

2. En. Osman bin Musa


Pegawai Penerbitan
3. Pn. Mary A/P Muniandy
Pegawai Penerbitan
4. En. Halit bin Awang
Pereka
5. Pn. Mazidah binti Umar
Pereka
6. En. Ramli bin Adam
Pembantu Tadbir (Pemasaran)
7. Cik Nurlisa binti Munir
Jurutaip
8. En. Mohd. Ali bin Taib
Pembantu Am Pejabat

- Setiausaha

Turut Hadir:
9. En. Hassan bin Abu
Pegawai Pencetakan
Unit Percetakan

Tidak Hadir Dengan Kenyataan:


10. Pn. Seriah binti Kasim
Pembantu Tadbir (Pentadbiran)

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan salam dan mengalu-alukan kedatangan
semua ahli mesyuarat.
1.2 Tuan Pengerusi memaklumkan tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk
membincangkan serta menyelaraskan tugas-tugas dalam penyediaan bahan
penerbitan Persidangan Perkhidamatan Awam (PPA) Ke-8 yang akan
diadakan pada 5-7 Februari 2014 di INTAN.
1.3 Tuan Pengerusi juga mengharapkan kerjasama yang baik daripada semua
kakitangan dalam melaksanakan tuagasan yang diagihkan.

2. PENYEDIAAN BAHAN PENERBITAN PERSIDANGAN


2.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa:
(a) terdapat 5 bahan yang perlu disiapkan iaitu:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

kulit muka hadapan fail kertas kerja persidangan;


buku program persidangan;
poster persidangan;
kad jemputan; dan
salinan kertas kerja untuk peserta persidangan.
Makluman

(b) setiap bahan tersebut perlu disediakan sebanyak 900 unit sahaja
iaitu 700 unit untuk perserta dan 200 unit lagi untuk pihak media,
pegawai INTAN dah dokumentasi. Manakala poster pula perlu
dicetak sebanyak 1100 salinan untuk diedarkan kepada semua
kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
Makluman

(c) En. Halit dan Puan Mazidah akan mereka bentuk 3 konsep artwork
poster dan ianya akan diserahkan dalam masa 3 hari kepada Tuan
Pengerusi untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
jawatankuasa induk PPA.
Tindakan: En. Halit & Pn. Mazidah
2.2 Mesyuarat memutuskan supaya:
(a) memantau kelulusan reka bentuk artwork tersebut dan memastikan
ia diserahkan kepada Unit Percetakan untuk print offset, seterusnya
memaklumkan kepada pihak urusetia induk untuk tindakan edaran
keluar bagi tujuan promosi PPA.
Tindakan: En. Osman
(b) menempah kertas seperator A4 (kertas pemisah) dalam folder
peserta disediakan sebanyak 900 set separator dengan setiap set
mengandungi 9 kertas pemisah pelbagai warna.
Tindakan: En. Hassan
(c) menyemak dan memastikan 900 unit ring folder bertebalan 60
milimeter ditempah oleh Unit Stor.
Tindakan: En. Hassan
(d) mereka bentuk kulit folder dan spinenya (tulang sisi pada folder ring)
serta kad jemputan mengikut konsep poster.
Tindakan: En. Halit & Pn. Mazidah
(e) menyediakan konsep kerangka buku program dengan saiz A5
(lanskap) melintang dan mencetak menggunakan mesin fotostat
warna.
Tindakan: En. Halit & Pn. Mazidah

3. HAL-HAL LAIN
3.1 Mesyuarat telah menyetujui akan cadangan supaya:
(f) Diberi
(g) Unit Percetakan memohon melalui Bahagian
3.2
4. PENUTUP

You might also like