You are on page 1of 5

SULIT

MINIT MESYUARAT
PENGANJURAN SEMINAR ANTARABANGSA PEMERKASAAN
KONSEP PROGRAM TINGGAL BERSAMA (HOMESTAY)
KEMENTERIAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
BILANGAN 1/ 2014
Tarikh

17 Jun 2014 (Selasa)

Masa

2:45 petang

Tempat

Bilik Mesyuarat Zamrud,


Aras 5, Persiaran Perdana, Presint Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
PUTRAJAYA

Pengerusi

Datuk Seri Ibrahim Bin Muhamad

Kehadiran

Seperti di Lampiran A

1. PERUTUSAN PENGERUSI
(1)

Kata-kata Aluan Yang Berbahagia Datuk Seri Pengerusi


YBhg. Datuk Seri Pengerusi mengalu-alukan kedatangan
dan

mengucapkan terima kasih kepada semua ahli

mesyuarat yang hadir, seterusnya memaklumkan agenda


mesyuarat.
Makluman

SULIT

SULIT
2. OBJEKTIF MESYUARAT
YBhg. Datuk Seri Pengerusi memaklumkan
(1)

tujuan mesyuarat adalah mewujudkan kolaborasi dan


kerjasama antara agensi-agensi dan kementeriankementerian yang terlibat dalam penganjuran Seminar
Antarabangsa Pemerkasaan Konsep Tinggal Bersama
(Homestay).
Makluman

3. AGENDA MESYUARAT
(1)

Pengenalan Seminar Antarabangsa Pemerkasaan


Konsep Program Tinggal Bersama (Homestay).
(a)

YBhg. Datuk Seri Pengerusi memaklumkan objektif


seminar:
(i)

memperkasakan konsep program tinggal


(homestay) dalam kalangan peserta seminar
yang terdiri dari negara-negara ASEAN dan
pengusaha-pengusaha homestay tempatan.

(ii)

memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi


pelancongan, khususnya dalam konsep
tinggal bersama (homestay) di mata dunia.

(iii)

memberi pendedahan dan pengetahuan


2

SULIT

SULIT
berkaitan sektor pelancongan desa bagi
menjadikan kawasan luar bandar sebagai
destinasi pelancongan pilihan.
(iv)

berkongsi, dan bertukar pengetahuan dan


kemahiran dalam kalangan peserta yang
terdiri daripada pelbagai latar belakang untuk
menjadi usahawan dalam pelancongan desa.
Makluman

(2)

YBhg. Datuk Seri Pengerusi juga mengarah pemilihan urus


setia pelaksana bagi seminar tersebut dijalankan. Ahli-ahli
mesyuarat bersetuju dengan cadangan YBhg. Datuk Seri
Pengerusi untuk membentuk jawatan kuasa induk, jawatan
kuasa kerja dan jawatan kuasa kecil. Ahli mesyuarat
sebulat suara membentuk jawatan kuasa induk dalam
kalangan ahli-ahli mesyuarat, seperti di Lampiran B.
Tindakan: Ahli-ahli Mesyuarat

(3)

YBhg. Datuk Seri Pengerusi mengarah urus setia yang


dilantik untuk membentuk jawatan kuasa kerja dan jawatan
kuasa kecil serta menyediakan kertas kerja lengkap dan
dibentangkan pada mesyuarat yang akan datang. Kertas
kerja tersebut perlu mengandungi butiran-butiran berikut:

SULIT

SULIT
(a)

cadangan tarikh seminar

(b)

tentatif program

(c)

cadangan lokasi seminar

(d)

senarai penceramah jemputan

(e)

senarai peserta

(f)

implikasi kewangan
Tindakan: Urus Setia Seminar

4. HAL-HAL LAIN
(1)

YBhg. Datuk Seri Pengerusi mengingatkan urus


setia untuk menyediakan kemudahan logistik seperti
pengangkutan dan penginapan kepada para peserta
dan urus setia sepanjang seminar dijalankan berada
dalam tahap optimum.

(2)

YBhg. Datuk Seri Pengerusi menegaskan kebajikan


peserta dan urus setia hendaklah diutamakan. Agensiagensi

keselamatan

dan

kecemasan

hendaklah

dimaklumkan mengenai seminar tersebut agar dapat


membuat persiapan sewajarnya.
(3)

YBhg. Datuk Seri Pengerusi mengingatkan urus


setia untuk memastikan implikasi kewangan seminar
selari dengan dasar penjimatan yang disarankan oleh
Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, urus setia
4

SULIT

SULIT
harus memastikan para peserta berpuas hati dengan
kualiti layanan yang diberikan sepanjang seminar.
(4)

YBhg. Datuk Seri Pengerusi mengharapkan semua


agensi yang terlibat dapat memberi sepenuh komitmen
dan kerjasama bagi memastikan kelancaran dan
kelangsungan seminar.
Tindakan: Urus Setia Seminar dan Semua Jabatan

5. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5:45 petang dengan ucapan
terima kasih daripada YBhg. Datuk Seri Pengerusi.
*sign
Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek
Kementerian Luar Bandar dan Wilayah
18 Jun 2014

SULIT

You might also like