You are on page 1of 11

SPP.

500 - 8/5/3 (9)

KERTAS PERTIMBANGAN
SETIAUSAHA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

CADANGAN PENGANJURAN
KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN: OFFICE XCAPE
SIRI 1 TAHUN 2023
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP)

1. TUJUAN

1.1 Kertas ini bertujuan memohon YBrs. Tuan Setiausaha


Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) menimbang dan
bersetuju:

(a) cadangan penganjuran Kursus Pengukuhan Pasukan:


Office Xcape Siri 1 2023; dan

(b) menggunakan peruntukan kewangan sebanyak


RM28,892.00.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Mesyuarat Jawatankuasa Latihan Bilangan 2 Tahun 2022


yang diadakan pada 21 Disember 2022 telah bersetuju untuk
mengadakan Kursus Pengukuhan Pasukan bagi tahun 2023
kepada warga SPP.

1
2.2 Kursus Pengukuhan Pasukan: Office Xcape merupakan
program latihan dan kerja berpasukan bagi menanamkan
semangat kerjasama dalam sesebuah organisasi.

3. ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Objektif Kursus Team Building

Objektif penganjuran Kursus Pengukuhan Pasukan: Office


Xcape Siri 1 Tahun 2023 ini adalah seperti berikut:

(a) membudayakan semangat kerjasama berpasukan dalam


kalangan warga SPP;

(b) memperkasakan kemahiran komunikasi secara berkesan


dalam kerja berpasukan; dan

(c) membentuk pasukan yang bersaing secara sihat dengan


menyuntik elemen bertukar-tukar pendapat dan idea
untuk menyelesaikan misi.

3.2 Tentatif Pelaksanaan Program

(a) Secara tentatifnya, penganjuran Kursus Pengukuhan


Pasukan: Office Xcape Siri 1 Tahun 2023 akan
berlangsung selama tiga (3) hari mulai 10-12 Mac 2022
bertempat di RISTEC Beach Resort, Port Dickson.

(b) Atur cara program adalah seperti di Lampiran A.

2
3.3 Penceramah / Fasilitator

Kursus Pengukuhan Pasukan: Office Xcape Siri 1 Tahun


2023 akan dikendalikan sepenuhnya oleh perunding
swasta. Kos perkhidmatan perunding ini adalah termasuk
dalam sebut harga pakej penginapan dan makan kursus
selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan WP 10.9.

3.1 Peserta dan Urus setia

Jumlah peserta bagi Kursus Pengukuhan Pasukan: Office


Xcape Siri 1 Tahun 2023 adalah seramai 40 orang
peserta serta lima (5) orang urus setia. Senarai nama
peserta adalah seperti di Lampiran B.

4. JUSTIFIKASI PEMILIHAN TEMPAT

4.1 Pihak Urus setia Unit Latihan telah mendapatkan tiga (3) sebut
harga daripada pembekal dan perbandingan harga pembekal
adalah seperti di Lampiran C.

4.2 Berdasarkan sebut harga yang dikemukakan, pembekal yang


disyorkan adalah Twin One Global kerana telah menawarkan
harga munasabah. Ia juga mempunyai fasilitator yang
bertauliah dan berpengalaman dalam mengendalikan kursus
kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan di dalam dan luar negara.
Modul program yang disediakan juga menepati objektif kursus
selari dengan keperluan Kursus Pengukuhan Pasukan: Office
Xcape.

3
5. IMPLIKASI KEWANGAN

5.1 Anggaran perbelanjaan bagi penganjuran Kursus Pengukuhan


Pasukan: Office Xcape Siri 1 Tahun 2023 adalah sebanyak
RM28,892.00. Butiran perbelanjaan adalah seperti di
Lampiran D.

5.2 Perbelanjaan bagi mengadakan kursus secara pakej ini akan


ditanggung di bawah OS29000 sebanyak RM27,392.00 dan
OS14000 sebanyak RM1,500.00 bagi bayaran lebih masa
urus setia dan pemandu.

5.3 Selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PP/PK 7.2


Perolehan Perkhidmatan Kemudahan Latihan Secara Pakej
melalui kaedah pembelian terus.

5.4 Pengesahan peruntukan daripada Unit Kewangan dan Akaun,


Bahagian Pengurusan adalah disertakan bersekali dengan
kertas ini.

6. SYOR

6.1 YBrs. Setiausaha dipohon untuk menimbang dan meluluskan:

(a) cadangan Kursus Pengukuhan Pasukan: Office Xcape


Siri 1 Tahun 2023 Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendidikan pada 10 hingga 12 Mac 2023 (Jumaat
hingga Ahad) bertempat di RISTEC Beach Resort, Port
Dickson; dan

4
(b) menggunakan peruntukan kewangan sebanyak
RM28,892.00.

Disediakan oleh:

...........................................................
(NUR HANIS SAKINAH BINTI MOHD ARZANI)
Penolong Setiausaha
Unit Latihan
Bahagian Pengurusan
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

Tarikh : 20 Februari 2023

Disemak oleh:

...........................................................
(MARRIANEE JEMLIN)
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

Tarikh : Februari 2023

5
ULASAN UNIT KEWANGAN DAN AKAUN
BAHAGIAN PENGURUSAN
Pengesahan Peruntukan

Berasaskan maklumat di atas adalah disahkan bahawa Suruhanjaya


Perkhidmatan Pendidikan:

mempunyai peruntukan yang mencukupi


Baki peruntukan: RM
(Objek Sebagai: Aktiviti: )
tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi
Baki peruntukan: RM
(Objek Sebagai: Aktiviti: )

bagi membiayai program Kursus Pengukuhan Pasukan: Office Xcape


Siri 1 Tahun 2023 Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang akan
diadakan pada 10 hingga 12 Mac 2023 dengan anggaran perbelanjaan
keseluruhan sebanyak RM28,892.00 dikemukakan untuk pertimbangan
dan kelulusan YBrs. Tuan Setiausaha SPP.

Ulasan:
……………………………………….....……………………………………...
………………………………………………………………………………....
……………………………………………………………………………........
Sekian, terima kasih.

…………………………............
(AZLIAWATY BINTI ISMAIL)
Penolong Setiausaha
Bahagian Pengurusan
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Tarikh:

6
ULASAN/SOKONGAN TIMBALAN SETIAUSAHA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Saya menyokong / tidak menyokong dengan cadangan penganjuran


program Kursus Pengukuhan Pasukan: Office Xcape Siri 1 Tahun
2023 Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang akan diadakan
pada 10 hingga 12 Mac 2023 dengan anggaran perbelanjaan
keseluruhan sebanyak RM28,892.00 dikemukakan untuk pertimbangan
dan kelulusan YBrs. Tuan Setiausaha SPP.

Ulasan:
………………………………………………………………………….............
…………………………………………………………………………..............
…………………………………………………………………………..............

…………………………....................
(AHMAD TARMIZI BIN ZAKARIA)
Timbalan Setiausaha (Pengurusan)
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Tarikh:

7
KELULUSAN SETIAUSAHA
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Saya bersetuju / tidak bersetuju dengan cadangan penganjuran Kursus


Pengukuhan Pasukan: Office Xcape Siri 1 Tahun 2023 Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan yang akan diadakan pada 10 hingga 12
Mac 2023 dengan anggaran perbelanjaan keseluruhan sebanyak
RM28,892.00.

Ulasan:
………………………………………………………………………….............
…………………………………………………………………………..............
…………………………………………………………………………..............

…………………………....................
(MD RADZI BIN HASHIM)
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Tarikh:

8
LAMPIRAN A
ATUR CARA KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN:
OFFICE XCAPE SIRI 1 TAHUN 2023
TARIKH : 10.03.2023 - 12.03.2023
TEMPAT : RISTEC BEACH RESORT, PORT DICKSON

MASA ATUR CARA


HARI PERTAMA - 10 MAC 2023
3.00 – 3.30 petang Ketibaan Peserta
3.30 - 4.00 petang Perasmian Pembukaan : OFFICE XCAPE
4.00 - 4.30 petang Taklimat Urus Setia & Penempatan peserta
4.30 - 5.30 petang Minum petang dan persiapan diri
5.30 - 7.00 petang Modul 1
7.00 petang – 8.30 malam Makan Malam & Persiapan Diri
8.30 – 10.30 malam Modul 2
10.30 – 11.00 malam Supper
HARI KEDUA – 11 MAC 2023
7.00 – 8.00 pagi Cerdas Jasmani (tepi pantai)
8.00 – 8.30 pagi Sarapan
8.30 – 10.30 pagi Modul 3
10.30 – 11.00 pagi Minum pagi
11.00 pagi – 1.00 petang Modul 4
1.00 –2.30 petang Makan Tengah hari & Persiapan diri
2.30 – 4.30 petang Modul 5
4.30 – 5.00 petang Minum petang
5.00 – 7.00 petang Modul 6
7.00 petang - 8.30 malam Persiapan Diri
8.30 - 11.00 malam Dinner BBQ (Tema: Pyjamas - Berpakaian sopan)
HARI KETIGA – 12 MAC 2023
7.00 – 8.00 pagi Cerdas Jasmani
8.00 – 8.30 pagi Sarapan
8.30 – 10.00pagi Modul 7
10.00 – 10.30 pagi Minum pagi
10.30 - 11.30 pagi Modul 8
11.30 pagi - 12.30 tgh hari Majlis penutup & Penyerahan Sijil
12.30 - 1.30 tgh hari Makan tengah hari & check out
1.30 tgh hari - 2.30 petang Perjalanan pulang ke SPP

9
LAMPIRAN C

PERBANDINGAN SEBUT HARGA PEMBEKAL


KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN: OFFICE XCAPE
SIRI 1 TAHUN 2023

Nama Pembekal
Bil. Perkara Vision Meps Twin One Life Works
Consultant Global
1. Kos sebut harga
termasuk RM24,597.00 RM22,980.00 RM40,503.00
penginapan, 6 kali
makan sehari,
dewan dan khidmat
perunding.

JUMLAH RM24,597.00 RM22,980.00 RM40,503.00

10
LAMPIRAN D
PECAHAN ANGGARAN PERBELANJAAN
KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN: OFFICE XCAPE
SIRI 1 TAHUN 2023
PADA 10-12 MAC 2023
BERTEMPAT DI RISTEC BEACH RESORT, PORT DICKSON

Jumlah
Perbelanjaan
(RM)
Yuran perunding dan pengurusan acara
(termasuk pakej penginapan, makan minum dan sewaan 27,392.00
peralatan seperti di Lampiran E )

Elaun lebih masa (urus setia sahaja) 1,500.00


JUMLAH 28,892.00

11

You might also like