You are on page 1of 2

KURSUS & BENGKEL

PENGURUS KUALITI IKRAM MUSLEH

TEMPAT & TARIKH:


D’VILLAGE RESORT, AYER KEROH, MELAKA
9 & 10 OGOS 2023

ANJURAN
SEKTOR KUALITI IKRAM MUSLEH
KERTAS KERJA KURSUS & BENGKEL
PENGURUS KUALITI IKRAM MUSLEH
ANJURAN SEKTOR KUALITI IKRAM MUSLEH

PENGENALAN

Pembangunan profesionalisme Pengurus Kualiti terhadap ilmu dan kemahiran berkaitan


pengurusan dan kepimpinan adalah amat penting dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
yang telah diamanahkan oleh pihak institusi. Antara ilmu dan kemahiran yang diperlukan oleh
Pengurus Kualiti ialah Komunikasi Berkesan dan Persediaan Audit Kualiti 2023. Oleh untuk
memastikan para Pengurus Kualiti mempunyai ilmu dan kemahiran tersebut, maka kursus ini
dicadangkan untuk dilaksanakan oleh pihak Sektor Kualiti IKRAM Musleh.

OBJEKTIF

Di akhir kursus, adalah diharapkan para peserta dapat:

1. Menerangkan proses dan persediaan Audit Kualiti di Institusi Pendidikan IKRAM Musleh
2. Mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan dalam melaksanakan tugas
3. Meningkatkan keyakinan melaksanakan tugas sebagai Pengurus Kualiti di sekolah

TARIKH, TEMPAT & MASA

Tarikh : 9 & 10 OGOS 2023


Tempat : d’ Village Resort, Ayer Keroh, Melaka
Masa : 8.30 am (pendaftaran: 9 Ogos 2023)

MODUL KURSUS

Modul 1: Komunikasi Berkesan


Modul 2: Persediaan Audit Kualiti IKRAM Musleh

PESERTA

Semua Pengurus Kualiti sekolah (anggaran 40 orang)

TENTATIF PROGRAM

9 OGOS 2023 (Rabu)


08.30 – 09.00 Pendaftaran
09.00 – 10.30 Komunikasi Berkesan
10.30 – 11.00 Rehat
11.00 – 13.00 Persedian Audit Kualiti IKRAM Musleh
13.00 – 14.30 Rehat
14.30 – 16.30 Persediaan Audit Kualiti IKRAM Musleh

10 OGOS 2023 (Khamis)


08.30 – 10.30 Perkongsian Audit kualiti (Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta:Menengah)
10.30 – 11.00 Rehat
11.00 – 13.00 Ziarah Sekolah Rendah & Sekolah Menengah I Musleh, Ayer Keroh, Melaka
13.00 Bersurai

PENUTUP

Adalah diharapkan kursus di atas akan mencapai objektif yang ditetapkan.

Disediakan oleh
SEKTOR KUALITI IKRAM MUSLEH
15 JUN 2023

You might also like