You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

CADANGAN KONFERENS SEMINAR


KESAN PERUBAHAN IKLIM KEPADA
PENDUDUK BANDAR DI SELANGOR

[LOGO KOMUNITI]

DISEDIAKAN OLEH

[NAMA KOMUNITI]

DISEMBER 2021

a
ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN............................................................................................................. 2
2. OBJEKTIF....................................................................................................................... 2
3. ARAS PERTIMBANGAN.................................................................................................2
4. PERANCANGAN............................................................................................................3
5. ANGGARAN PERUNTUKAN..........................................................................................3
6. SASARAN....................................................................................................................... 4

1
1. PENDAHULUAN

1.1. Perubahan iklim (climate change) merupakan isu global yang dihadapi di
seluruh dunia dan memberi impak kemusnahan yang tinggi kepada banyak
negara termasuk juga di Malaysia.

1.2. Isu ini berlaku disebabkan oleh pelepasan bahan pencemar dan gas rumah
hijau yang tinggi ke atmosfera di seluruh dunia yang mengakibatkan
perubahan iklim dan mengundang bencana seperti kemarau, peningkatan
paras air laut dan banjir.

1.3. Kesedaran tentang perubahan iklim ini perlu disebarkan kepada orang awam
supaya tindakan pengurangan kesan perubahan iklim ini dapat diambil dan
membantu mengurangkan perlepasan bahan pencemar di kalangan
penduduk di Malaysia.

2. OBJEKTIF

2.1 Objektif utama program CADANGAN KONFERENS SEMINAR KESAN


PERUBAHAN IKLIM KEPADA PENDUDUK BANDAR DI SELANGOR ini
adalah untuk memberi kesedaran tentang impak perubahan iklim di Malaysia
dan Negeri Selangor khususnya dan menerangkan langkah-langkah yang
perlu diambil untuk mengurangkan kesan perubahan iklim.

2.2 Objektif khusus program ini adalah:


a) Menerangkan punca berlakunya perubahan iklim dan impak yang
berlaku secara global di seluruh dunia.
b) Memberi pendidikan dan pendedahan tentang impak perubahan iklim
kepada Malaysia dan Negeri Selangor
c) Memberi tunjuk ajar tentang langkah pencegahan yang perlu diambil
untuk mengurangkan kesan perubahan iklim

3. ARAS PERTIMBANGAN

3.1 Paris Climate Accord 20167


3.2 Pelan Strategik Kelestarian Alam Sekitar 2020 – 2030
3.3 UN Sustainable Development Goal 2017

2
4. PERANCANGAN

4.1 Bagi tujuan pelaksanaan program ini, satu seminar dicadangkan diadakan
dengan memfokuskan kepada penduduk dan komuniti setempat di kawasan
pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
4.2 Program ini dicadangkan untuk dibuat di Auditorium MPAJ, Menara MPAJ,
Pandan Indah dan cadangan tarikh perlaksanaan adalah pada 19 Mac 2022
(Sabtu)
4.3 Seminar ini akan berlangsung selama satu hari dan beberapa pakar alam
sekitar dan pakar kaji cuaca akan dijemput untuk membentangkan isu-isu
berkaitan perubahan iklim.
4.4 Seminar ini dicadangkan untuk diadakan di Auditorium Menara MPAJ,
Pandan Indah dengan anggaran kapasiti 100 orang menyertai program ini
dan turut akan disiarkan secara online.
4.5 Pihak Institut Pengajian Tinggi dan Jabatan Alam Sekitar juga akan dijemput
untuk membuat pameran kesan perubahan iklim di Menara MPAJ bagi
menggalakkan lebih ramai orang untuk hadir ke program ini.

5. ANGGARAN PERUNTUKAN

5.1 Anggaran kos bagi program ini adalah diterangkan secara terperinci di
Jadual 1.

BIL PERKARA KOS SEUNIT KOS KESELURUHAN


(RM) (RM)
1.
Perancangan program

a) Tempahan Sewaan Auditorium (8 Jam) 250 2000

b) Cagaran Dewan 500 500

c) Jemputan Pakar Alam Sekitar 1 3000 3000

d) Jemputan Pakar Alam Sekitar 2 3000 3000

e) Jemputan Pakar Kaji Cuaca 1 3000 3000

f) Jemputan Pakar Kaji Cuaca 2 3000 3000

g) Penyediaan makanan (25 orang) 20 500

h) Sewaan papan pameran (display panel

board) (3 unit)

3
i) Gegantung (5 unit) 500 1500

j) Kain rentang (10 unit)

100 500

300 3000

JUMLAH KESELURUHAN (RM) 20,000.00

Jadual 1: Anggaran peruntukan bagi pelaksanaan program

5.2 Jumlah keseluruhan peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM


20,000.00 bagi tujuan pelaksanaan projek.

6. SASARAN

6.1. Program ini menyasarkan jumlah penyertaan sebanyak 100 orang secara
bersemuka dan 100 orang secara atas talian. Kumpulan sasar bagi program
ini adalaah seperti berikut:
i. Ketua / wakil komuniti
ii. Wakil belia / pemuda
iii. Penduduk setempat di kawasan Ampang dan Negeri Selangor
iv. Pelajar universiti / sekolah
v. Pegawai kerajaan

6.2. Program yang dijalankan ini akan memberi impak dan kesedaran kepada
orang awam di dalam usaha untuk mengurangkan kesan perubahan iklim
dan mengekalkan kelestarian alam sekitar.

4
6. PENUTUP

Kertas kerja cadangan Konferens Seminar Kesan Perubahan Iklim Kepada


Penduduk Bandar Di Selangor ini dikemukakan untuk kelulusan peruntukan bagi
tujuan pelaksanaan.

Disediakan oleh

...................................

Disemak oleh:

...................................

Disahkan oleh:

..................................

You might also like