You are on page 1of 10

LAPORAN PROJEK PERTANIAN BANDAR KOMERSIAL (KUBIS BULAT)

NAMA NASRUL ASUAD BIN AHMAD


NO.MATRIK 70689
KURSUS SSP3254 PROJECT EVALUATION
MANAGEMENT
PENSYARAH DR FARAH ZAINI
PROGRAM WA21 KAJIAN POLITIK & PEMERINTAHAN
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
KANDUNGAN
Elemen Muka surat

1. Pengenalan 1

2. Penerangan Projek 2

3. Penilaian Kedua-dua Projek 3-4

4. Perbincangan 5

5. Keputusan 6

6. Kesimpulan 7

7. Lampiran 8
1.0 Pengenalan

Pertanian Bandar Komersial merupakan projek tanaman yang berupaya untuk

meningkatkan bekalan makanan organik. Projek pertanian ini masih belum berada pada tahap

yang memuaskan dan memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk mengembangkan

lagi projek pertanian ini. Masyarakat hendaklah menggunakan tanah yang terbiar untuk

mengusahakan projek pertanian ini.

Secara umumnya, Pertanian Bandar Komersial merujuk kepada kegiatan pertanian yang

dijalankan secara konvensional dan mengaplikasikan penggunaan teknologi pertanian

moden. Pertanian ini secara amnya mengusahakan tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-

buahan.

Tanaman yang diusahakan bagi Projek Pertanian Bandar Komersial ialah Kubis Bulat.

Kubis Bulat merupakan sejenis sayuran yang mempunyai nama saintifik iaitu ‘Brassica

Oleracea’. Kubis Bulat mengandungi belerang atau sulfur iaitu zat galian yang signifikan

untuk kesihatan manusia. Kubis Bulat berkesan untuk mengubati ulser malahan turut

berkesan mengubati penyakit lain pada usus.

Peruntukan sebanyak RM100,000 adalah sangat mencukupi bagi pelaksanaan projek

tanaman ini. Lokasi yang dipilih untuk mengusahakan projek tanaman ini ialah di Betong,

Sarawak.
2.0 Penerangan Projek

Pelaksanaan Projek Pertanian Bandar Komersial dijalankan adalah dengan matlamat

utama untuk menjana bekalan makanan kepada masyarakat, meningkatkan pendapatan bagi

pengusaha dan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi negara.

Antara objektif pelaksanaan Projek Pertanian Bandar Komersial yang mengusahakan

penanaman kubis bulat ini ialah menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat

setempat. Pembinaan tapak perusahaan kubis bulat memerlukan tenaga kerja begitu juga

kerja-kerja mengusahakan tanaman tersebut. Selain itu, perusahaan tanaman kubis bulat ini

juga bertujuan untuk meningkatkan kadar pengeluaran tanaman kubis bulat. Hal ini demikian

kerana pengeluaran tanaman kubis bulat masih belum mencukupi bagi memenuhi permintaan

masyarakat. Oleh yang demikian, pelaksanaan Projek Pertanian Bandar Komersial bagi kubis

bulat adalah sangat wajar.

Tempoh pelaksanaan Projek Pertanian Bandar Komersial bagi tanaman kubis bulat

adalah dianggarkan selama setahun bermula dari 31 Disember 2021 hingga 31 Disember

2022. Anggaran perbelanjaan bagi pelaksanaan Projek Pertanian Bandar Komersial bagi

tanaman kubis bulat ialah RM88,000.


3.0 Keperluan Penilaian

Bahagian ini merupakan penerangan kepada Analisis Faedah Kos bagi projek yang

dipilih iaitu Projek Pertanian Bandar Komersial yang mengusahakan tanaman kubis bulat.

Anggaran belanjawan bagi projek ini ialah sebanyak RM88,000 daripada RM100,000 yang

dilaburkan.

ANALISIS FAEDAH KOS (CBA) PERTANIAN BANDAR KOMERSIAL (KUBIS

BULAT)

ITEM ANGGARAN BELANJAWAN (RM)

1. KOS TAPAK 10,000

2. ALAT KELENGKAPAN 10,000

3. BAJA 10,000

4. BAYARAN BEKALAN AIR DAN 2,000

ELEKTRIK (SETAHUN)

5. RACUN SERANGGA 3,000

6. TEKNOLOGI PERTANIAN 20,000

7. PENYELENGGARAAN BINAAN 20,000

8. KOS PROMOSI (TELEVISYEN, 1,000

INTERNET)

9. CUKAI 2,000

10. GAJI PEKERJA (10 ORANG) 10,000

JUMLAH: 88,000
KOS BUKAN KEWANGAN

1. Perancangan projek, infrastruktur dan kewangan

2. Masalah atau impak pelaksanaan projek

FAEDAH KEWANGAN

1. Menjana pendapatan masyarakat

2. Meningkatkan ekonomi negara

FAEDAH BUKAN KEWANGAN

1. Menyediakan peluang pekerjaan

2. Membantu kerajaan mempromosikan agro-pelancongan


4.0 Perbincangan

Penelitian dan kajian yang rapi diperlukan sebelum menjalankan projek demi memastikan

projek berkenaan memberikan impak dan pulangan yang baik dan lumayan kepada

masyarakat dan negara. Penelitian dan kajian awal perlu dilaksanakan sebelum menjalankan

projek Pertanian Bandar Komersial.

Projek Pertanian Bandar Komersial sememangnya mendatangkan manfaat dan

memberikan pulangan yang memuaskan. Antara manfaat pelaksanaan Projek Pertanian

Bandar Komersial ialah menyediakan peluang pekerjaan khususnya kepada masyarakat yang

tinggal berdekatan tapak pelaksanaan projek iaitu di Betong, Sarawak dan masyarakat lain di

sekitar kawasan tersebut.

Selain itu, pelaksanaan Projek Pertanian Bandar Komersial ini berupaya menambah

pendapatan negara. Hal ini dikatakan demikian adalah kerana pelaksanaan projek ini akan

dikenakan kadar cukai tertentu oleh pihak kerajaan. Oleh yang demikian, pelaksanaan projek

ini secara langsung dapat membantu meningkatkan pendapatan negara.

Pelaksanaan Projek Pertanian Bandar Komersial juga dapat memenuhi keperluan

masyarakat iaitu penanaman kubis bulat. Kubis bulat merupakan salah satu sayuran yang

menjadi keperluan masyarakat untuk kegunaan domestik. Akhir sekali, pelaksanaan projek

ini juga dianggap relevan kerana kos yang diperlukan adalah berpatutan dan tidak melebihi

pelaburan dan akan memberikan pulangan dalam kadar yang memuaskan.


5.0 Keputusan

Berdasarkan kepada Analisis Kos dan Faedah (CBA) bagi kedua-dua projek, kami telah

memutuskan untuk menjalankan Projek Pertanian Bandar Komersial. Hal ini demikian

kerana kos yang diperlukan bagi pelaksanaan projek tersebut adalah agak rendah dan tidak

melebihi jumlah pelaburan sebanyak RM100,000.

Selain itu, projek tersebut mempunyai manfaat yang tersendiri. Antara manfaat projek

tersebut ialah menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat, memenuhi keperluan

masyarakat serta membantu meningkatkan ekonomi negara. Kos pelaksanaan projek ini juga

agak rendah jika dibandingkan dengan Projek Ruang Kolaborasi Belia.

Oleh yang demikian, keputusan kami untuk melaksanakan Projek Pertanian Bandar

Komersial adalah muktamad dan akan diteruskan.


6.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Pertanian Bandar Komersial adalah kegiatan yang dapat

meningkatkan pendapatan negara. Projek ini sememangnya wajar dijalankan kerana

mempunyai banyak manfaat yang tersendiri. Ruang Kolaborasi Belia pula merupakan

platform yang digunakan oleh golongan belia untuk menyumbangkan idea kepada komuniti.

Kumpulan kami telah memilih Projek Pertanian Bandar Komersial kerana manfaat utama

pelaksanaan projek ini ialah menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Manfaat ini

secara langsung dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.

Akhir sekali, projek ini amat wajar untuk diketengahkan kepada semua pihak dan

dilaksanakan di semua kawasan bandar di negara ini.


7.0 Lampiran

Tapak Penanaman Kubis Bulat

Kubis Bulat atau Brassica Oleracea

You might also like