You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PELAKSANAAN EKSA ZON _____

BIL 1/2019

Tarikh :
Masa :
Tempat :

KEHADIRAN

1. Encik - Pengerusi

2. Encik - Ketua Zon

3. Encik

4. Puan - Urusetia

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan terima kasih kepada
semua yang hadir dalam Mesyuarat Pelaksanaan EKSA Bil. 1/2019.
1.2
1.3 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan terima kasih kepada
semua yang hadir dalam Mesyuarat Pelaksanaan EKSA Bil. 1/2019 terutamanya
kepada Penyelaras Induk EKSA yang akan memberi penerangan lanjut berhubung
dengan Pelaksanaan EKSA.
1.4

2. TAKLIMAT PELAKSANAAN EKSA

2.1 Penyelaras Induk EKSA memperjelaskan kepada semua ahli mesyuarat


berkaitan apa itu Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

2.1.1 EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai
dalam sektor awam sejak tahun 2010. Komponen utama dalam pelaksanaan
EKSA masih berteraskan kepada Amalan 5S yang ditambah baik dengan lima
elemen baru seperti berikut:-
i) Imej korporat;
ii) Kreativiti dan inovasi;
iii) Amalan hijau;
iv) Persekitaran kondusif; dan
v) Kepelbagaian agensi.
1
Manakala objektif utama EKSA ialah:-
i) Meningkatkan imej korporat;
ii) Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan
tuntutan dengan pihak berkepentingan;
iii) Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau
melalui pembudayaan Amalan Hijau;
iv) Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan bagi
mewujudkan persekitaran yang kondusif; dan
v) Memastikan eleman pengauditan memenuhi keperluan
kepelbagaian agensi kerajaan.

2.1.2 Penyelaras juga turut memaklumkan supaya mesyuarat mengadakan satu


perlantikan Setiausaha, Jawatankuasa, Person In Charge (PIC), serta
menyediakan Carta Organisasi ZON. Beliau juga turut memaklumkan sudut
EKSA akan dipamerkan di dalam blog. Beliau sempat juga menegaskan
pengamalan Amalan Hijau (Go Green) yang perlu diberi perhatian dan perlu
dititikberatkan.

3. SESI PERLANTIKAN

3.1 Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju dengan perlantikan setiausaha


EKSA, perlantikan Ahli Jawatankuasa, perlantikan Person In Charge (PIC)
serta bersetuju dengan kawasan pecahan operasi yang ditetapkan
berdasarkan pelan lantai yang disediakan.

4. TANGGUNGJAWAB/TUGAS

4.1 Pengerusi mengingatkan semua ahli supaya menjalankan tugas yang diberi
dengan sebaik terutamanya di ruang kerja masing-masing seperti :-

i) Setiausaha EKSA perlu menyediakan Carta Organisasi dan


maklumat-maklumat berkaitan untuk dimasukkan ke dalam blog
EKSA.
ii) Semua PIC yang dilantik perlu memantau kerja di bahagian
masing-masing dan membuat laporan untuk tujuan
penambahbaikan.
iii) Hanya menyediakan satu sudut peribadi sahaja di ruang kerja
masing-masing.

2
iv) Hanya 3 kaut sahaja dibenarkan di ruang kerja dengan satunya
dipakai.
v) Minimum hanya 3 fail sahaja yang disusun menegak/berdiri yang
dibenarkan berada di atas meja.
vi) Kotak-kotak yang berada diatas lantai perlu dilabelkan dengan red-
tag form.

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Mesyuarat mengambil maklum penerangan daripada Tuan Pengerusi. Tuan


Pengerusi memaklumkan kepada semua ahli bahawa satu gotong – royong
Perdana Zon akan diadakan pada iaitu pada hari Rabu.

5.2 Dalam pada itu, Tuan Pengerusi jugak menegaskan agar Zon perlu
memastikan agar mendapat anugerah ‘Go Green’ atau Outstanding Innovation.
Hal ini perlu diambil tindakan oleh setiap ahli.

5.3 Beliau juga turut berhasrat agar Zon ini tidak mendapat markah yang tercorot

6. PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang dengan ucapan terima kasih
daripada Tuan Pengerusi.

You might also like