You are on page 1of 41

MPU 3223 ASAS KEUSAHAWANAN

NAMA PENSYARAH : DR. MUHAMMAD AFIFUDDIN BIN PI REMLI


NAMA SYARIKAT : HOUSE OF THE CRUNCHY BOOM (TCB)
NAMA PRODUK : THE CRUNCHY BOOM (TCB)
KUMPULAN : 5

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/House-Of-The-Crunchy-Boom-


103121408579286/
NAMA AHLI KUMPULAN :

1. MCDYLAN MELVIN ANAK DICKSON MADUN [S59015]

2. NURUL NAJIHAH BINTI MOHD ROSLEE [S57967]

3. IZZAH IZZATI BINTI AZMER@REDZUAN [S57990]

4. NIK NUR ELLIYA BINTI NIK SYAIFULLAH [S58374]

5. IRZAN NADHIRAH BINTI ABDULLAH [S58437]

6. ARFA AINA ATHIRAH BINTI KORI [S59161]

7. NISHA HUMAIRA BINTI MOHD AFFANDI [S59169]

8. MUHAMAD ZULHILMI BIN HASBI [S58793]

9. HAMZAH FANSURI BIN SULAIMAN [S58881]

10. RAS TASNIM BINTI MOHD RIZDUAN [S60157]

1
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT


Ringkasan Eksekutif 3

Pengenalan 4
Logo/Visi/Misi 5
Perihal Perniagaan 6
Laporan Kewangan :
 Aliran Tunai 7

 Kenyataan untung dan rugi 8

Kesimpulan 9
Lampiran 10-40

2
RINGKASAN EKSEKUTIF

House of the Crunchy Boom (TCB) merupakan syarikat penyelidikan dan pembuatan
makanan ringan. Syarikat ini menjalankan perniagaan yang berasaskan bijirin, yang dijual
kepada semua pelanggan tanpa mengira umur. House of The Crunchy Boom (TCB) terletak
Dungun, Terenggganu yang mana kedudukannya terletak di pusat bandar iaitu kawasan pusat
membeli-belah. Perniagaan kami dilaksanakan secara perkongsian antara 10 orang ahli iaitu Nik
Elliya, Nisha, Izzati, Tasnim, Najihah, Arfa, Nadhirah, Melvin, Hamzah dan Zulhilmi.

Pada awalnya, kami memilih untuk menceburi bidang perniagaan ini secara sambilan dan
kecil-kecilan sahaja. Seterusnya, kami mendapati perniagaan The Crunch Boom ini merupakan
satu perniagaan yang berpotensi kerana terdapat banyak permintaan. Dengan itu, kami bercadang
untuk menceburi bidang perniagaan The Crunchy Boom ini secara sepenuh masa. Hal ini kerana
kami menggunakan platform yang terkenal iaitu media sosial seperti Facebook, Whatsapp,
Shoppee untuk membuat iklan serta menarik perhatian pelanggan supaya lebih ramai orang yang
berminat dengan The Crunchy Boom. Kami menggunakan strategi ini kerana kumpulan kami
mempunyai pengetahuan yang luas dalam penggunaan media sosial tersebut.

Misi perniagaan House of The Crunchy Boom sentiasa mengekalkan kesetiaan pelanggan
dengan produk keluaran House of TCB dengan memastikan konsistensi kualiti makanan serta
pengeluaran produk yang seiring dengan kecanggihan teknologi. Sepertimana yang kita tahu
bahawa kebanyakan pelajar tidak kira pelajar university, sekolah rendah atau menengah sudah
pasti mempunyai banyak tugasan yang perlu disiapkan. Dengan itu, mereka terjebak dengan hari-
hari yang stress dan masing-masing sibuk dengan tugasan yang perlu disiapkan. Hal ini
demikian, The Crunchy Boom ini mampu mengurangkan stress seseorang itu dengan unsur
coklat dan pelbagai jenis topping yang enak. Perniagaan kami juga tidak mengadakan pinjaman
kewangan dari mana-mana bank hal ini kerana pengusahaan ini telah menggunakan untung
modal sahaja.

Dengan itu, Kami amat bangga dengan perniagaan yang telah kami jalankan. Segala
cabaran dalam peniagaan ini dapat kami jadikan sebagai manfaat bagi meningkatkan kemajuan
produk kami dengan lanjut. Kami berpendapat bahawa perniagaan syarikat kami memiliki
produk yang unik dan memperoleh keuntungan yang memberansangkan daripada perubahan

3
dalam industry. Kami berasa bahawa kami memanfaatkan kepakaran yang kami perolehi
membawa keuntungan yang lumayan serta kepuasan pelanggan yang tinggi.

PENGENALAN

Syarikat yang kami tubuhkan ini diberi nama House of TCB. House of TCB merupakan
syarikat penyelidikan dan pembuatan makanan ringan yang beroperasi di Dungun, Terengganu.
Kawasan ini sangat strategik dan sangat mudah untuk pelanggan membeli. Hal iniikerana,
pemilihan tempat yang strategik amat penting dalam sesebuah perniagaan. Seterusnya, House
of TCB ini telah ditubuhkan pada 28 Mac 2021 dengan menjalankan perniagaan utama iaitu The
Crunchy Boom. Pengurus bagi syarikat tersebut adalah Muhammad Zulhilmi bin Hasbi.

Selain itu, Syarikat House of TCB ini mempunyai dua objektif yang utama antaranya
adalah memasar dan membuka cawangan industri makanan ke seluruh Malaysia. Tambahan
pula, House of TCB ini juga mahu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pembeli-
pembeli The Crunchy Boom. Objektif yang kedua adalah perniagaan House of TCB adalah
untuk menjana pendapatan serta keuntungan syarikat dan stokis-stokis kearah lebih berjaya dan
dinamik.

Tambahan pula, Syarikat House of TCB ini mengusahakan perniagaan berasaskan


industri makanan bijirin yang kini semakin menjadi pilihan dan diterima oleh masyarakat
Malaysia. Bahkan telah menjadi kegemaran kepada pelbagai peringkat umur khususnya dalam
kalangan kanak-kanak dan remaja yang menjadikannya sebagai kudapan seharian. Oleh hal yang
demikian, Syarikat House of TCB ini melakukan beberapa kaedah pengiklanan melalui laman
sosial seperti Instagram, WhatsApp dan Facebook untuk meningkatkan penjualan.

Akhir sekali, House of TCB ini telah mengeluarkan beberapa jenis The Crunchy Boom.
Antaranya UFO cookies, bubble rice, baby crunch dan koko bear. Selain itu, sasaran pelanggan
bagi syarikat House of TCB ini adalah golongan ibu yang mempunyai anak-anak kecil, pelajar-
pelajar dan golongan remaja serta mereka yang bekerja di pejabat.

4
VISI

Syarikat House of TCB ialah menjadi pengeluar dan pemasar makanan yang berjaya serta
menjadikan syarikat yang terbaik di Malaysia dalam industri makanan dan teknologi halal.
Selain itu, House of TCB mahu melahirkan ramai usahawan bumiputera yang yakin dan terdedah
kepada potensi industri makanan. Selain daripada itu juga, House of TCB mahukan pelanggan
yang mengutamakan makanan The Crunchy Boom dan sentiasa berpuas hati dengan khidmat
pelanggan yang disyorkan.

MISI

Syarikat House of TCB menawarkan kualiti yang terbaik dan berpatutan yang boleh didapati
oleh semua golongan. Menyediakan platform kepada usahawan yang ingin menceburi bidang
perniagaan dengan membuka peluang menjana pendapatan bersama-sama kami. Ingin membuka
cawangan ke seluruh Negara agar dapat dikenali oleh orang ramai dan diterima di mata semua
masyarakat.

5
PERIHAL PERNIAGAAN

Syarikat kami mengeluarkan produk The Crunchy Boom (TCB) merupakan salah satu
industri makanan yang mengeluarkan produk berasaskan bijirin yang kini semakin menjadi
pilihan dan diterima oleh masyarakat Malaysia. Bahkan telah menjadi kegemaran kepada
pelbagai peringkat umur khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang
menjadikannya sebagai kudapan seharian.

Permintaan produk yang berasaskan bijirin ini semakin meluas dari hari ke hari telah
mencetuskan semangat pengeluar untuk mengusahakan produk berasaskan bijirin ini secara
produktif. Hal ini dikatakan demikian kerana, bijirin yang digunakan dalam TCB ini adalah
bijirin-bijirin yang mengandungi serat yang tinggi dan berkhasiat. Seterusnya, TCB ini juga
disaluti dengan pelbagai perisa yang berkualiti tinggi antaranya coklat, coklat putih, kopi latte,
dan strawberi. Pengunaan pelbagai ‘topping’ juga salah satu faktor yang menjadikan produk
TCB ini sangat diminati oleh penggemar-penggemar bijirin. Antara ‘topping’ yang disediakan
adalah empingan jagung, koko krunch, oreo dan milo.

Perniagaan buat masa kini dijalankan sepenuhnya atas talian sahaja. Kami menggunakan
platform seperti SHOPEE, WHATSAAP, FACEBOOK PAGE, dan INSTAGRAM untuk
mempromosikan produk supaya mudah untuk dikenali ramai. Syarikat ini juga menggunakan
perkhidmat kurier J&T untuk pengeposan barang kepada pelanggan kerana kurier ini lebih cepat
dan barang sampai dalam keadaan yang memuaskan hati. Untuk kawasan Sabah & Sarawak
kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju kerana di kawasan tersebut kebiasaanya mempunyai
cawangan Pos Laju sahaja untuk penghantaran barang.

Akhir sekali, produk-produk yang dikeluarkan oleh The Crunchy Boom (TCB) adalah
‘HALAL’ dan terjamin kebersihannya. Kerangupan dan rasanya telah terbukti daripada maklum
balas daripada penggemar tegar daripada TCB itu sendiri. Harapan kami agar syarikat kami terus
maju selaras dengan pergerakkan ekonomi negara pada masa ini.

6
LAPORAN KEWANGAN

 Aliran tunai

Item Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Bulan Jumlah
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Tahunan
Tunai RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM
Masuk
Modal 500 - - 400 - - 600 - - - - - 1,500

Jualan 375 300 75 225 150 225 150 135 225 195 120 75 2,250

Jumlah 875 300 75 625 150 225 750 135 225 195 120 75 3,750
tunai
masuk
Tunai
keluar
Kos
berubah
:
Kos 24 6 11 33 11 9 33 11 9 - 11 - 158
pengha
ntaran
Komise 75 100 25 75 50 75 50 45 75 65 40 25 700
n
Kos
tetap :
Bahan 200 - - 160 - - 240 - - - - - 600
mentah
Jumlah 299 106 36 268 61 84 323 56 84 65 51 25 1,458
tunai
keluar
LEBIH 576 194 39 357 89 141 427 79 141 130 69 50 2,292
AN /
KURA
NGAN
BAKI - 576 766 805 1162 1251 1392 1819 1898 2039 2169 2238 16,115
TUNAI
AWAL
BULA
N

7
BAKI 576 766 805 1162 1251 1392 1819 1898 2039 2169 2238 2288 18,403
TUNAI
AKHIR

 Kenyataan untung dan rugi

House Of The Crunchy Boom


Kenyataan Untung dan Rugi
RM RM
Modal awal 200
Untung :
Jualan barang 300
Tunai penghantaran (COD) 45
Tunai pengeposan 6
351
Untung kasar 551

Belanja :
Pembungkusan barang 10
Pencetakkan 5
Pengiklanan 0
Gaji/Upah 0
15
Untung bersih 536

8
KESIMPULAN

Syarikat The Crunchy Boom (TCB) telah membuat perniagaan dan mendapat untung
bersih iaitu sebanyak RM536 dan tiada kerugian yang berlaku. Syarikat ini diselia seramai 10
orang ahli dan telah beroperasi hampir setahun. Modal permulaan syarikat ini adalah daripada
modal ahli kumpulan dan tiada bantuan modal daripada pihak lain. Syarikat ini menjual pelbagai
jenis makanan dan antara produk yang telah dijual ialah UFO Cookies, Baby Crunch, Koko
Bear, Krazzy Almond, dan Bubble Rice. Produk ini mengandungi 100 peratus bahan asli dan
tiada campuran pengawet. Jumlah jualan unit yang telah dibuat adalah sebanyak 150 unit dan
satu unit berharga RM15.

9
LAMPIRAN

MCDYLAN MELVIN ANAK DICKSON MADUN S59015


RESIT TCB ( INDIVIDU)
SALE: 257

10
11
NURUL NAJIHAH BINTI MOHD ROSLEE S57967
SALE: RM 120

12
13
NISHA HUMAIRA BINTI MOHD AFFANDI S59169
SALE: RM 210

14
15
RAS TASNIM BINTI MOHD RIZDUAN S60157
SALE: RM 165

16
ARFA AINA ATHIRAH BINTI KORI S59161

17
SALE: RM 75

MUHAMAD ZULHILMI BIN HASBI S58793


TOTAL SALES : RM 695.00

18
19
20
21
IRZAN NADHIRAH BINTI ABDULLAH S58437
SALE: RM 227

22
23
24
25
NIK NUR ELLIYA BINTI NIK SYAIFULLAH S58374
SALE: RM 300

26
27
28
IZZAH IZZATI BINTI AZMER@REDZUAN S57990
SALES: RM 192

29
30
HAMZAH FANSURI BIN SULAIMAN S58881
SALE: RM350

31
32
33
INSTAGRAM PAGE

: _thecrunchyboom_

https://
www.instagram.com/
_thecrunchyboom_/

34
FACEBOOK PAGES
https://www.facebook.com/House-Of-The-Crunchy-Boom-103121408579286/

35
36
COD
(CASH
ON

DELIVERY)

37
JUALAN SECARA POS

38
RESIT

39
40
41

You might also like