You are on page 1of 13

KERTAS KERJA PROJEK TINGKATAN 4

MAKTAB MAHMUD PENDANG KAMPUNG PENYAROM MUKIM TOBIAR 06700 PENDANG, KEDAH

MATA PELAJARAN: Perniagaan

KOD MATA PELAJARAN: 3766/3

TAJUK: DE’YUSRA BAKERY

NAMA: Affaf Yusra binti Mohd Zaher

NOMBOR KAD PENGENALAN: 050514-02-0902


PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada


semua pihak yang telah memberi teguran dan cadangan yang membina. Ucapan
terima kasih khusus ditujukan kepada NorHaliza Binti Abdul Khalid selaku guru
pembimbing atas kesabaran beliau dalam memberi tunjuk ajar sehingga selesainya
kertas projek ini. Sekalung ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa serta rakan-
rakan yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan.
SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT

Perkara

1.0Pengenalan 1

2.0 Visi, Misi dan Objektif 2

3.0 Matlamat dan Strategi Organisasi 3

4.0Profil Perniagaan 4

5.0 carta organisasi 5

6.0 Bahagian Fungsian Organisasi 8

Rumusan 10

Senarai Rujukan 11

Lampiran 12
1.0 PENGENALAN

DE’YUSRA BAKERY ialah perniagaan yang akan menjalankan pembuat dan pengedar
produk berasaskan bakeri seperti aneka bertemakan kek. DE’YUSRA BAKERY ditubuhkan
pada 1 Disember 2021. Perniagaan ini ditubuhkan secara milikan tunggal dan nama kedai
kek ini diambil sempena dengan nama saya sendiri. Pemilik DE’YUSRA BAKERY ialah
AFFAF YUSRA BINTI MOHD ZAHER, Beliau telah dibantu oleh dua orang rakannya iaitu
AISYATUL JAMILA BINTI YUSOF DAN MUHAMMAD ABBAS BIN ZAIM buat masa
kini.Premis perniagaan yang dipilih terletak di lokasi Taman perusahaan Tandop Baru
susuran tandop,05400 Alor Setar,Kedah . Saya memilih tempat ini kerana tempatnya yang
strategik dan dijangkakan akan mendapat sambutan daripada pelanggan kerana kawasan
ini merupakan salah satu pusat luar bandar yang mempunyai taburan penduduk yang padat
dan juga pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia.
Tujuan saya membuka kedai kek ini untuk mengkomersialkan pencuci mulut dari tempatan
ke antarabangsa .seterusnya, dengan membuka kedai ini saya dapat memajukan diri dan
menghadapi cabaran untuk memberi kemudahan pada masa hadapan . DE’YUSRA
BAKERY menawarkan pelbagai jenis kek yang cantik menarik dan sedap ,yang juga
menjadi tumpuan pada masa kini malah menjadi pilihan utama yang gemar mempamirkan
gaya hidup ‘urban’dan hipster. DE’YUSRA BAKERY juga menyediakan pelbagai jenis aneka
kek contonya brownies,kek keju,kek cawan,pavlova,kek tempahan khusus,kek coklat,kek
kahwin,dan termasuklah kek yang menjadi tumpuan ramai iaitu crunchy Nutella dan rainbow
Ruffle. DE’YUSRA BAKERY akan dibuka pada jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Sebelum tertubuhnya syarikat ini, pemilik telah menimba ilmu pengetahuan dan
melengkapkan diri dengan kemahiran berkaitan penyediaan, pembuatan dan hiasan kek
yang sewajarnya daripada pengalaman dan berkursus di beberapa buah kedai kek .
Dengan minat yang mendalam dan semangat yang tinggi untuk mempertingkatkan status
sosio ekonomi, saya telah berusaha mengumpul wang daripada pendapatan bulanan yang
diperolehi dan telah berjaya membeli 1 buah oven,1 buah heavy duty cake mixer dan
beberapa peralatan lain yang berkenaan.Ini adalah sebahagian daripada langkah
mempersiapkan diri saya untuk menjadi seorang pengurus syarikat yang bijak dan
berkalibar.
Selain daripada itu, hasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berasaskan bakeri
sumber yang halal ,kebersihan itu menjadi lambang perniagaan ini untuk pelanggan
beragama islam juga telah menjadi pendorong kepada saya untuk menceburi bidang
perniagaan yang kebanyakannya dipelori oleh kaum cina. Seterusnya, saya juga dapat
menyumbang kearah peluang pekerjaan yang banyak terutamanya yang mengaggur akibat
penyakit COVID-19 yang melanda baru baru ini.
2.0 VISI, MISI DAN OBJEKTIF

Untuk melancarkan dan memudahkan aktiviti perniagaan yang dijalankan, DE’YUSRA


BAKERY juga telah menetapkan visi, misi dan objektif organisasi perniagaan.

2.1 VISI

Membuka sebuah galeri kek popular yang menawarkan kepelbagaian dari segi rasa dan
bentuk selain membuka sebuah kedai yang menjual barang-barang keperluan membuat kek
dan roti yang dijual dengan harga yang murah
Menjadi antara syarikat terbaik di Malaysia pada masa hadapaan.

2.2 MISI

Memastikan orang islam mempunyai pilihan alternatif dalam membeli produk berasaskan
bakeri yang diyakini halal.Berlandaskan motto ”BERSIH DAN DIYAKINI” ,ianya dapat
menarik minat konsumer daripada kalangan orang islam khususnya membeli produk yang
dijual tanpa was-was. Selain daripada itu, ianya dapat meningkatkan lagi peratusan
orang melayu menceburi bidang yang selama ini dimonopoli oleh bangsa lain.
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti pantas dan fleksibel bagi mencapai tahap
kepuasan pelanggan.

2.3 OBJEKTIF

- Mencapai sasaran bekalan tahunan yang ditetapkan


- Mengutamakan kepuasan setiap pelanggan secara berterusan
- Menghasilkan kek dalam tempoh masa yang tepat dan efektif
-mennjadi salah satu pengeluar utama kek bagi memenuhi keperluan pelanggan tempatan
dan antarabangsa
-mengeluarkan produk yang memenuhi citarasa pelbagai peringkat umur dan sesuai
mengikut citarasa setempat
3.0 MATLAMAT DAN STRATEGI ORGANISASI

Matlamat DE’YUSRA BAKERY adalah bagi menjadikan kedai kek dan cawangannya
berkembang , dan menjadi tumpuan orang ramai serta pilihan utama pelanggan ,dan dapat
merasai resepi turun temurun yang halal dan menarik minat ramai pembeli ini supaya
terkenal di seluruh negeri dalam jangka masa 10 tahun dan jangka masa terdekat .
Antara strategi DE’YUSRA BAKERY adalah seperti berikut ;
-menjual di pusat bandar dan tempat yang lebih strategik , tempat tumpuan dan kurang
persaingan
-membuka kedai kek berdekatan dengan tempat penjualan bahan mentah supaya lebih
mudah untuk mendapatkan bahan mentah
-menjaga hubungan baik dengan pihak pengeluar bahan mentah dan pihak pelanggan agar
dapat berurusan dalam perniagaan secara berterusan dan mendapat harga terbaik
-memberi perkhidmatan berkualiti dan menambah baik untuk menangani segala masalah
dan komen negatif dari pelanggan
-menyiapkan kerja tempahan mengikut masa yang telah ditetapkan pelanggan serta
memuaskan hati pembeli
-Menjaga kebajikan pekerja dan konsep berpasukan di antara para pekerja demi kebaikan
bersama.
-Mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk pihak pengurusan dan
pelaksanaan dalam memberi pendapat atau cadangan bagi mempertingkatkan produktiviti.
-Memberi imbuhan kepada pekerja sebagai dorongan untuk mempertingkatkan kualiti
perkhidmatan.
-Memastikan kesegaran produk terjamin
-Mengikuti latihan ikhtisas lanjutan seperti kursus-kursus berkaitan bagi mempertingkatkan
kamahiran dan kepakaran dalam bidang bakeri.
-Memberi nasihat dan bimbingan kepada semua yang terlibat supaya perhatian terhadap
perkhidmatan mesra pelanggan yang cemerlang
-Mempelbagaikan keluaran produk agar pelanggan mempunyai banyak pilihan
-Mengutamakan kualiti produk dengan menggunakan bahan-bahan mentah bermutu tinggi
-Memberi tawaran istimewa menjelang hari-hari perayaan bagi
menggalakkan jualan.
-menyediakan pakaian seragam pekerja untk penampilan imej dan juga dari aspek
kebersihan diri dan tempat kerja
4.0 PROFIL PERNIAGAAN

NAMA : DE’YUSRA BAKERY


BENTUK MILIKAN : milikan tunggal
ALAMAT PERNIAGAAN : Taman perusahaan Tandop Baru susuran tandop, 05400 Alor
Setar, Kedah, Malaysia.
TARIKH MEMULAKAN PERNIAGAAN :1 DISEMBER 2021
NOMBOR TELEFON : 011-12597605
NAMA PEMILIK : Affaf Yusra binti Mohd Zaher
AKTIVITI PERNIAGAAN :membuat dan mengedar kek ,menyediakan pelbagai jenis dan
perisa kek merangkumi kek keju,kek coklat,kek green tea ,crepe cake,kek
aiskrim,macroon,kek hari jadi,kek kawin,cupcake dan lain lain,menyediakan tempahan kek
Kawasan lingkungan 27km meliputi kawasan perumahan ,sekolah,university,kolej,pejabat
dan restoran serta kedai stesen minyak, menyediakan kek yang menyelaraskan rasa
kombinasi cake base dan topping, mempromosikan kek di media sosial dan mengedarkan
pamplet ke rumah rumah ,sekolah sekolah dan tempat orang ramai berhimpun
JUMLAH PEKERJA : 2 orang
INSTAGRAM :deyusrabakery2021._
TIKTOK : deyusrabake123
EMAIL : deyusrabakery@gmail.com
LAMAN WEB : http://de’yusrabakery.com/
PANEL BANK : MAYBANK BERHAD
MODAL PERNIAGAAN : PINJAMAN MARA : RM 17 000.00
SIMPANAN SENDIRI ; RM 3000.00
5.0 CARTA ORGANISASI

DE’YUSRA BAKERY

Pemilik|PENGURUS

AFFAF YUSRA BT.MOHD ZAHER

JURU KEK PENYELIA DAN JURUWANG


AISYATUL JAMILA BT. YUSOF MUHAMMAD ABBAS B. ZAIM
5.1 LATAR BELAKANG
1.LATAR BELAKANG PEMILIK

NAMA Affaf Yusra binti Mohd Zaher


UMUR 28 tahun
JANTINA perempuan
KELAYAKAN 1.kursus usahawan MEDEC,Shah Alam
Selangor
2.SPM
JAWATAN YANG DISANDANG Pengurus

2.LATAR BELAKANG
a) pekerja 1

NAMA Aisyatul Jamila binti yusof


UMUR 24 tahun
JANTINA perempuan
KELAYAKAN 1.ijazah sarjana muda seni reka grafik
2.kursus keusahawanan dan kerjaya
JAWATAN YANG DISANDANG jurukek

b) pekerja 2

NAMA Muhammad Abbas bin Zaim


UMUR 23 tahun
JANTINA lelaki
KELAYAKAN 1.ijazah sarjana muda kewangan
2.kursus keusahawanan
JAWATAN YANG DISANDANG Penguruskewangan dan belian
6.0 BAHAGIAN FUNGSIAN ORGANISASI

DE’YUSRA BAKERY
Pengarah Urusan, iaitu Affaf Yusra binti Mohd Zaher, bertanggungjawab dalam memastikan
setiap bahagian fungsian berupaya untuk menjalankan tugas masing masing demi mencapai
objektif dan matlamat DE’YUSRA BAKERY.

6.1 Bahagian Fungsian Kewangan

Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh DE’YUSRA BAKERY adalah secara kecil-kecilan.
Kebanyakan fungsian dalam organisasi dilakukan oleh staf dalam bahagian yang sama.
DE’YUSRA BAKERY hanya mempunyai dua orang pengurus, iaitu AISYATUL JAMILA
BINTI YUSOFF yang bertanggungjawab dalam bidang Kewangan dan Belian manakala
MUHAMMAD ABBAS BIN ZAIM bertanggungjawab dalam bidang Pentadbiran dan Khidmat
Pelanggan.
Selaku pengurus bahagian kewangan, AISYATUL JAMILA
tugas-tugas seperti yang berikut:
menyediakan invois, memeriksa bayaran yang • merekodkan wang yang diterima diterima
• memeriksa dan membayar invois yang diterima
menyediakan pembayaran gaji staf meneliti bajet untuk mengelakkan lebihan perbelanjaan
menyediakan fokus aliran tunai dan laporan kewangan

6.2 Bahagian Fungsian Belian

AISYATUL JAMILA selaku pengurus belian juga bertanggungjawab untuk menjalankan


tugas-tugas seperti berikut:
• menempah bahan stok dan barang yang digunakan daripada pengeluar
menyelesaikan masalah pembekalan barang seperti menukar pengeluar
•menyelesaikan masalah pembekal kek seperti menukar tema bentuk dan citarasa kek
• mencari pengeluar yang memenuhi keperluan-keperluan baharu atau
perubahan yang dilakukan
• meneliti sumber-sumber baharu untuk memenuhi tujuan penjimatan kos atau kebaikan
yang lain
• mengekalkan hubungan yang baik dengan pengeluar
6.3 Bahagian Fungsian Pentadbiran

Untuk pengurus bahagian pentadbiran pula, MUHAMAD ABBAS BIN ZAIM


bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut:
• mengagihkan dan menghantarkan e-mel
mengurus, menyimpan dan menerima pesanan kek daripada pelanggan
• menguruskan dan menerima panggilan dan menjawab soalan daripada pelanggan
• mengkaji dan mencari maklumat
menerima dan membalas mesej telefon, faks dan e-mel

6.4 Bahagian Fungsian Khidmat Pelanggan

Selain itu, antara tugas yang perlu dilakukan oleh MUHAMMAD ABBAS BIN ZAIM sebagai
pengurus khidmat pelanggan bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti
berikut:
menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan kek dan servis ,
• mengambil tindakan terhadap setiap aduan diterima daripada pelanggan
• menganalisis rekod aduan pelanggan untuk menyelesaikan masalah
• menggunakan maklum balas daripada pelanggan untuk menaik taraf
perkhidmatan pelanggan

PENUTUP
Saya yakin perniagaan de’yusra bakery ini akan terus maju dan berjaya .ini kerana saya
menjalankan perniagaan di Kawasan yang padat dengan penduduk ,dekat dengan
perkilanga n bahan mentah,menjadi pusat bandar dan kurang dari persaingan kedai kek
yang lain kerana satu satu nya kedai kek di Kawasan ini serta menjadi menu yang sesuai
dengan trend terkini dan citarasa tempatan.saya juga yakin dengan tenaga pekerja yang
ada kerana kemahiran dan pengalaman yang mereka ada .strategi perniagaan yang
dirancang melalui visi misi dan objektif.
Saya juga menghargai sumbangan teknologi Dan kelengkapan teknologi maklumat yang
ada amat membantu dalam perkembangan perniagaan de’yusra bakery . ini dibuktikan
dengan penggunan Instagram tiktok dan lain lain yang menggunakan nama de’yusra bakery
yang mula dikenali dan mendapat publisiti meluas .
De’yusra bakery juga menjalankan tanggungjawab sosoal kepada pelanggan serta kami
memberi diskaun kepada warga emas ,kek cawan percuma kepada semua pelanggan
setiap sabtu minggu ketiga dan tidak lupa juga untuk memberi sumbangan kepada mereka
yang memerlukan seperti memberi bantuan makanan sedekah seterusnya melakukan
aktiviti gotong royong membersihkan sekitar tapak perniagaan .kami juga akan meraikan
hari ulang tahun setiap pekerja dan membantu mereka jika dalam kesusahan .
Harapan saya pada masa akan datang,perniagaan de’yusra bakery ini akan lebih menjadi
jenama yang terkenal dan citarasa rahsia yamg jarang ditemui dan mempunyai rangkaian
ajen dan cawangan di seluruh negeri kedah dalam tempoh lima tahun akan datang

SENARAI RUJUKAN

-http://lailahasnim.blogspot.com/p/business-plan-kedai-kek-pengenalan.html?m=1
-https://dokumen.tips/download/link/kertas-kerja-
-https://www.academia.edu/28700844/rancangan_perniagaan_bakeri
LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

You might also like