You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

MEWUJUDKAN KOPERASI ASRAMA SMK DATO’ UNDANG HAJI ADNAN


OLEH

KOPERASI SMK DATO’ UNDANG HAJI ADNAN BERHAD

1.0 PENDAHULUAN
Kejayaan Koperasi Sekolah Malaysia telah dijadikan contoh oleh banyak negara lain
yang ingin menerapkan semangat berkoperasi kepada generasi muda bermula sejak
di peringkat sekolah. Sekarang ini, hampir 90% sekolah menengah telah
menubuhkan koperasi sekolah. Kewujudan koperasi sekolah bukanlah semata-
mata untuk mencari keuntungan yang tinggi, tetapi lebih kepada memupuk minat
seseorang murid menceburi bidang perniagaan, Secara tidak langsung, ianya
diharap dapat membudayakan keusahawanan di kalangan murid dan menjadikan
keusahawanan sebagai kerjaya pilihan apabila tamat persekolahan nanti. Namun
kejayaan tersebut bukannya datang bergolek tapi perlu diusahakan. Salah satu
caranya ialah menggalakkan mereka berniaga dan memberikan pengiktirafan
kepada mereka yang telah berusaha membangunkan koperasi sekolah.

Koperasi SMK Dato’ Undang Haji Adnan Berhad telah lama ditubuhkan sejak tahun
2007. Dengan usia yang telah menjangkau 12 tahun pada tahun ini, kegiatan
koperasi yang hanya tertumpu di kawasan sekolah dan sewaktu sekolah beroperasi
sahaja menyebabkan pendapatan koperasi agak terhad. Sehubungan dengan itu, di
bawah kepimpinan koperasi yang baru, adalah menjadi hasrat kami untuk
meletakkan Koperasi SMK Dato’ Undang Haji Adnan Berhad ke satu kedudukan
yang lebih tinggi dengan melangkah satu tapak ke hadapan iaitu dengan melebarkan
sayap mewujudkan Koperasi Asrama di SMK Dato’ Undang Haji Adnan.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Menambah sumber pendapatan Koperasi SMK Dato’ Undang Haji Adnan Berhad.
2.2 Memudahkan pelajar asrama dan juga ibubapa/ penjaga untuk mendapatkan
barang keperluan di asrama.
2.3 Melatih dan memupuk minat serta kemahiran pelajar untuk berniaga.
2.4 Meningkatkan kemahiran murid menjalankan perniagaan makanan serta barang
runcit secara kecil- kecilan.
2.5 Mengatasi/ membendung masalah pelajar keluar tanpa kebenaran dari asrama
dengan alasan mencari barang keperluan asrama.

3.0 PELAKSANAAN
Tarikh : Januari – Mac 2019
Tempat : Belakang Surau Al- Firdaus
4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua penghuni asrama (pelajar/ ibubapa/ penjaga/ warden/ penyelia asrama).

5.0 SENARAI AJK


Pengerusi :En. Amir Fuad bin Mohd Dom
Naib Pengerusi : En. Mohd Norzri bin Mohd Nordin
Pengurus Jualan : Pn. Jazilah bt. Jaapar
Setiausaha : Pn. Marsitah bt. Othaman
Bendahari : Pn. Norsazila bt. Mohd Azhar

Koperator Koperasi Asrama :


1. Nur Farha Qurratu Aini bt. Zainudin (K)
2. Nur Farahin bt. Nor Hishammudin
3. Nor Halida bt. Razali
4. Intan Syazwani bt. Rahman

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN


1. Menyediakan kertas kerja/ pelan operasi
2. Memohon kebenaran dari pentadbir
3. Mesyuarat AJK Pelaksana
4. Meninjau/ mengenal pasti tapak serta kos
5. Pelaksanaan program
6. Post Morterm

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Butiran Sebut Harga
1. Membuat dinding kiri dan kanan RM7300.00
belakang surau serta satu pintu
bergrill serta table top bergrill
serta pendawaian
2. Cat RM 700.00
3. Modal belian stok/ barangan jualan RM 700.00
4. Kipas RM 250.00
Jumlah RM8950.00

8.0 SUMBER KEWANGAN


1. Hasil keuntungan jualan koperasi
2. Bantuan dari SKM

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan segala usaha dan perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan
dengan sebaik dan secepat mungkin supaya objektif mewujudkan koperasi asrama
ini tercapai dengan jayanya. Melalui program ini juga diharapkan dapat
menambahkan lagi pendapatan Koperasi SMK Dato’ Undang Haji Adnan Berhad.

Disediakan oleh:

…………………………………………
MARSITAH BINTI OTHAMAN
Setiausaha
Koperasi SMK Dato’ Undang Haji Adnan Berhad

Disemak oleh:

………………………………………….
MOHD NORZRI BIN MOHD NORDIN
Naib Pengerusi
Koperasi SMK Dato’ Undang Haji Adnan Berhad

Disahkan oleh:

…………………………………………
AMIR FUAD BIN MOHD DOM
Pengerusi
Koperasi SMK Dato’ Undang Haji Adnan Berhad

You might also like