You are on page 1of 3

Projek Cendawan Modal Besar?

Semalam sahabat team awek kukur Ita Hatta berkongsi pengalaman beliau dalam tanaman cendawan di live
Tuan Mat Saman Kati. Terselit juga gambar ambe sekeping 2... 😂 Spiderman memanjat lori habuk...

Dalam perkongsian beliau telah menyatakan untuk memulakan projek cendawan memerlukan lebih kurang
RM40k modal untuk mendapatkan dalam 10 - 20kg sehari cendawan... Ni soalan dari tuan moderator berkenaan
bagaimana jika beliau seorang sahaja yang terlibat dalam projek cendawan tersebut.

Apa yang beliau katakan tersebut adalah sangat benar... Untuk pengetahuan tuan puan, untuk menghasilkan
20kg purata cendawan sehari (secara berterusan selama 30 hari bermakna 20kg x 30 hari= 600kg sebulan),
anda memerlukan farm yang berkapasiti 20 - 25 ribu bongkah dalam 1, 1 masa. Kena fahamkan maksud kapasiti
farm tersebut.

Dan kos 40k tu jika anda tidak menghasilkan bongkah cendawan sendiri. Jika nak hasilkan sendiri, mungkin
anda perlu tambahan modal untuk pembelian mesin. Modal itu adalah melibatkan kos-kos seperti yang saya
nyatakan di bawah:

1. Rumah cendawan sebaiknya 2 unit ( 1unit muatan 10ribu).


2. Pembelian bongkah cendawan (untuk 20k beg)

Apabila saya memulakan projek cendawan pertama di Kg Sungai Ramal Dalam, Kajang Selangor pada 2007,
modal yang dikeluarkan adalah lebih kurang RM30k iaitu duit dari kakak saya. Tanpa beliau, saya memang tiada
modal kerana saya baru habis belajar Master di UKM. Itupun tercungap2 saya dengan modal tu. Kerana semua
habis sekaligus. Itupun saya buat beg cendawan sendiri dan hanya ada 1 rumah cendawan sahaja.

Jadi adakah wajar memulakan projek cendawan memerlukan modal sebesar itu???

Bagi saya tidak perlu. Jangan habiskan modal terlalu banyak untuk memulakan projek cendawan dalam keadaan
anda masih baru dalam bidang ni. Jikalau bagi saya Ita adalah contoh terbaik @ pelopor penghasil benih
dengan dengan kos rendah (low tech low cost), bagi saya AFizah Sulaiman pula ada salah satu
contoh TERBAIK bagi memulakan projek cendawan kukur @ kulat sisir dengan kos paling rendah... Beliau juga
menanam tiram kelabu dan telinga kera juga...

Bayangkan hanya dalam 1 bulan, hasil yang dijual untuk 1 rumah cendawan bersaiz 10x10 itu, membolehkan
beliau mendapat balik modal untuk kos yang telah dikeluarkan untuk membina rumah cendawan tersebut. 1
rumah modal sekadar RM1000 sahaja... Hasil tuaian dalam sebulan untuk rumah tersebut dalam 60kg dengan
hasil jualan RM3600...

Itu belum saya tunjukkan tempat lain yang beliau tanam dalam rumah terbengkalai di sebelah rumah beliau.
Tanaman tiram lain pula ceritanya... AFizah adalah contoh pengusaha cendawan yang bermula dengan apa
yang ada. Nak cerita pasal beliau panjang. Graduan Pertanian UITM Jengka ini, juga memulakan projek selepas
habis belajar. Asalnya beliau mengusahakan cendawan tiram sahaja. Tetapi atas nasihat saya, beliau
mengfokuskan cendawan kukur sejak 4 tahun lalu. Asal dulu pun saya buat projek kukur di farm saya ni. Tapi
selepas tu kesemuanya saya pass projek saya pada Jah.

Beliau jarang menulis kerana katanya beliau tidak pandai menyusun ayat. Boleh follow page beliau Kukur
Malaya... Add la untuk bertanya dan belajar. Walau projek saya ada 180ribu bongkah, saya masih belajar
bersama2 beliau yang hanya berkapasiti farm tidak sampai 10ribu bongkah. Setakat ni beliau dah mampu beli
kereta sendiri, menanggung Perbelanjaan bil api, air, belanja rumah, bil2 hp mak ayah. Ptptn tak pernah miss
bayar. Tiada hutang bisnes.

Nasihat saya sebagai orang yang telah mengusahakan cendawan selama 13 tahun, jika anda hendak mencuba
dalam bidang ini, bermulalah dengan apa yang ada di tangan anda. Jangan buat loan bank. Jangan meminjam
dengan orang. Jangan berhutang. Dan bernetworking lah dengan orang2 lama... Berkawan dengan mereka.
Banyak kan bertanya... Menuntut ilmu lah dengan orang yang betul...

Rezeki Jah sebab beliau ada saya sebagai Mentor 🤭🤭🤭


JUTAWAN CENDAWAN?
.
Boleh untung tak tanam cendawan tiram kelabu?
Jika anda mulakan pada skala 1,000 bongkah:
1. Dengan andaian harga bongkah RM1.80 bongkah matang,
2. Harga jualan RM15/kg
3. Dengan andaian tiada kos pekerja
4. Tiada sistem misting
5. Tiada kos rumah cendawan.
6. (Hasil satu bongkah semusim anggaran 200g-300g). Pengiraan berdasarkan hasil MINIMUM
(200g/bongkah)
Musim pertama:
1. Kos bongkah – RM1,800
2. Aset tetap 2 rak besi – RM600
Satu rak besi dengan 8 para dan satu para dlm 60-70 bongkah yang disusun dlm 4tingkat.
3. Bil air – RM10 (anggaran)
4. Net hitam RM100 segulung
5. Hasil jualan 200g untuk 1,000 bongkah
200g x RM15 x 1,000 = RM3000
Kos awal + kos selama 3 bulan = RM2,510
Untung Bersih = RM490
Musim kedua hingga keempat :
1. Kos bongkah – RM1,800
2. Aset tetap rak besi – RM0
3. Bil air – RM10 (anggaran)
4. Net hitam RM0 segulung
5. Hasil jualan 200g untuk 1,000 bongkah
200g x RM15 x 1,000 = RM3,000
Kos awal + kos selama 3 bulan = RM1,810
Untung Bersih = RM1,190
RM1,190 x 3 = RM3,570
Pendapatan kasar setahun (4 musim) = RM12,000
Untung Bersih setahun (4 musim) = RM4,060
.
CUBA KALAU ADA 10,000 BONGKAH
.
Pendapatan kasar minimum setahun = RM12,000 × 10
.
RM120,000 setahun
.
Untung Bersih setahun (4 musim) = RM40,600 setahun
.
Pendapatan Bersih sebulan = RM3,383
.
10,000 bongkah sekurang-kurangnya kena ada sorang pekerja tetap. Angaran RM1200 sebulan.
.
Anda tokey, hantar cendawan ke kedai sahaja secara part time boleh dapat RM2183 sebulan.
.
.
Kos tidak termasuk lain-lain kos yang mungkin terlibat seperti kos sewa tanah(jika tiada tanah
sendiri), kos buruh (jika tiada masa sebab untuk 1,000 bongkah kita boleh buat sendiri), kos
misting dsbnya.
.
Tidak lah begitu mewah, tetapi cuba jika anda sendiri yang buat bongkah? Amacam?
.
Nak saya kirakan ke? Kos satu bongkah siap upah pekerja dan lain-lain kos adalah RM1-
RM1.20 jika di Johor. Cuba la kira..hehe~ tambah je Untung bersih tahunan RM3200 untuk 1000
bongkah dan RM32,000 untuk 10,000 bongkah. Serius lah 🥴
.
Dua kali ganda dari anda dapat jika buat sendiri bongkah. Tapi kena ingat, kos mesin bukan
murahhhhhhhhhhh..🤕
.
Apa yang seronok dengan tanam cendawan ni?
.
1. Tak perlukan Tanah yang luas macam buat fertigasi.
2. Tak perlu kerja keras dan berpanas. Petik pun santai.
3. Kos bulanan yang rendah ( tiada kos baja dan racun yang mahal-mahal tiap bulan) Cukup dgn
cuka kayu dan air.
.
.
JUTAWAN CENDAWAN? Boleh, kalau anda buat dengan skala yang besar. 100,000 bongkah
ke? Tidak lupa untuk jual bongkah dan mesin-mesinnya. 🍄🍄🍄
.
.
Perlu di ingat, ini adalah anggaran sahaja boleh dapat lebih dari ini dan boleh juga kurang dari
ini. Hasil bergantung cara anda menjaga bongkah tersebut dan kawasan rumah cendawan.
.
BERMINAT dengan Projek Cendawan? Jom pm cikgu.. ☺️✌️ 🍄🍄🍄

You might also like