You are on page 1of 5

TUGASAN 6

LAPORAN PROJEK JUALAN

NAMA : RASHEED MUHAMMAD RAFFEEQ BIN RIZAL

ANGKA GILIRAN : 2019302340078

NOMBOR IC : 000308020113

KUMPULAN / UNIT : 7 PISMP TESL SK

KOD DAN NAMA KURSUS : PPPS 3013 PENGHASILAN PRODUK PASTRI

NAMA PENSYARAH : ENCIK SALEH BIN MASLAN

TARIKH HANTAR : 5 NOVEMBER 2022

Saya Rasheed Muhammad Raffeeq bin Rizal dengan ini mengaku telah menerima
maklum balas kerja kursus daripada pensyarah saya bagi kursus PPPS 3013 Penghasilan
Produk Pastri.

Tandatangan : Tarikh :
Laporan Projek Jualan Pastri

1.0 Pengenalan

Kursus Penghasilan Produk Pastri (PPPS 3013) telah banyak memberikan ilmu
pengetahuan dan kemahiran kepada saya tentang pembuatan pelbagai jenis pastri,
terutamanya pastri rapuh, pastri lapis dan pastri choux. Seterusnya, saya juga dapat
mempelajari dan menguasai cara-cara menguruskan sesebuah projek keusahawanan yang
selaras dengan perkembangan perniagaan masa kini. Saya selaku salah seorang daripada
guru-guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2019 yang telah mengikuti kursus ini telah diberikan
pendedahan tentang kemahiran keusahawanan, pengurusan kewangan dan keperluan
pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya serta cara-cara untuk
pendokumentasian projek jualan aktiviti keusahawanan.

Selanjutnya, sebagai salah satu pelaksanaan untuk kursus PPPS 3013, Amali Jualan
Pastri telah dilakukan oleh kami sebagai pelajar dengan jayanya pada 27 Oktober 2022 di
bawah bimbingan pensyarah kami yang Bernama, Encik Saleh bin Maslan. Berikut adalah
butiran maklumat tentang projek Hari Keusahawana.

Tarikh: 27 Oktober 2022


Masa: 8:30 a.m hingga 1:00 p.m
Tempat: Parkir Motosikal (Berhampiran Dewan Aminuddin Baki)
Penganjur: Pelajar Elektif Terbuka Fotografi, Keusahawanan, Pastri

Poster Hari Keusahawanan IPG Kampus Tuanku Bainun


2.0 Perancangan dan Jualan Bahan-Bahan

Sempena projek jualan yang diadakan pada Hari Keusahawanan IPG Kampus
Tuanku Bainun, pelajar-pelajar elektfi pastri kumpulan saya, iaitu kumpulan TESL Chefs
telah membuat perancangan untuk menjual churros. Antara bahan yang diperlukan untuk
penghasilan produk churros untuk jualan pada Hari Keusahawanan ialah 1/2 cawan minyak,
1/2 cawan air, 5 sudu besar butter, 5 sudu kecil gula halus, 1/2 sudu kecil garam, 1/2 sudu
kecil esen vanilla, 2 1/4 cawan tepung gandum, 3 biji telur, minyak untuk menggoreng dan
piping bag plastik atau kertas. Untuk penghasilan sos coklat (chocolate gravy) antara bahan
yang diperlukan adalah seperti berikut 250g coklat bar, cincang kasar, 1/4 cawan butter dan
1/2 cawan susu full cream.

Bahan-bahan yang dinyatakan dalam proses penghasilan churros tersebut telah


berjaya menghasilkan 200 keping churros dan sos coklat untuk jualan. Modal untuk bahan-
bahan tersebut adalah RM 99.40. Ahli-ahli kumpulan saya, iaitu TESL Chefs telah
berbincang dan bersetuju untuk menjual churros tersebut pada harga RM 3.00. Berikut
adalah maklumat penghasilan dan jualan produk kumpulan saya.

Bajet penghasilan Kuantiti yang Jumlah jualan Keuntungan


produk berjaya dihasilkan produk (RM) (RM)
(Churros) (RM)
200 keping RM 150 RM 50.60
RM 99.40
*Nota tambahan: setiap
4 keping churros dijual
dengan harga RM 3.00

Maklumat penghasilan dan jualan produk Kumpulan TESL Chefs

Tatkala selesai menyempurnakan projek jualan produk pastri, akhirnya mahasiswa


guru elektif terbuka Penghasilan Produk Pastri seperti saya dapat mengenalpasti secara
holistik tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan anacaman yang ada sepanjang
menyiapkan tugasan ini.

3.0 Analisis SWOT


3.1 Strengths (Kekuatan)

Antara kekuatan yang telah dikenalpasti ketika menjalankan projek jualan ini ialah
perkhidmatan yang disediakan adalah mesra pelanggan. Hal ini demikian kerana pelanggan
menjadi keutamaan kepada mahasiswa guru ketika membuat produk pastri. Produk pastri
yang dihasilkan adalah mengikut citarasa pelanggan masa kini. Layanan yang diberikan
kepada pelanggan yang ingin membeli secara talian dan secara bersemuka juga adalah
bagus dan cepat. Seterusnya, kekuatan yang dikenalpasti ialah lokasi tempat jualan iaitu
parker motosikal berhampiran Dewan Aminuddin Baki merupakan tempat yang strategik
yang dapat menarik lebih ramai pelanggan. Hal ini demikian kerana, lokasi tersebut laluan
utama pensyarah, staf dan mahasiswa guru untuk ke kantin.

3.2 Weaknesses (Kelemahan)

Kelemahan yang dapat dikenalpasti ialah arahan pengurusan yang kurang jelas
tentang susunan dan tempat jualan bagi setiap kumpulan peniaga. Hal ini membuatkan
sesetangah mahasiswa kurang arif and tahu tentang penyediaan tempat, pembahagian
tugas dan apa yang perlu dilakukan setelah selesai melakukan sesuatu tugas. Oleh itu,
berharap pada edisi Hari Keusahawanan seterusnya dapat mengatasi isu ini.

3.3 Opportunities (Peluang)

Peluang yang mahasiswa guru dapat lihat dalam projek jualan ialah produk pastri
yang dihasilkan ini dapat membawa peluang yang tinggi untuk dipasarkan lebih jauh. Hal ini
demikian kerana produk ini sering digemari dan mendapat permintaan yang tinggi dalam
kalangan mahasiswa guru. Seterusnya, mahasiswa guru juga dapat meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan dalam menghasilkan produk pastri. Semasa kursus
penghasilan produk pastri, mahasiswa guru diajar dan didedahkan dengan banyak
kemahiran dan tips yang diperlukan untuk penghasilan produk pasti yang baik.

3.4 Threats (Ancaman)

Antara ancaman yang boleh menjadi cabaran kepada mahasiswa guru dalam
penghasilan prodik pastri ialah harga barang yang tidak stabil and tidak menentu. Harga
barang yang tidak menentu dapat membuat berlakunya kerugian dalam perniagaan. Oleh
itu, bagi mengelakkan perkara in berlaku, mahasiswa guru perlu peka dan proaktif dalam
membuat pemerhatian dan perbandingan harga di kedai-kedai yang menjuak barangan atau
bahan pembuatan pastri pada harga yang berpatutan.
Lampiran

You might also like