You are on page 1of 6

Disempurnakan oleh :

YB. Datuk Seri Panglima Dr.Haji Mohd Salleh Tun Said


Speaker Dewan Undangan Negeri, Sabah merangkap

Ketua UMNO Bahagian P.169, Kota Belud


ATURCARA MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN 19 FEBRUARI 2013 / SELASA
2.30 Ptg 2.35 Ptg 2.45 Ptg 3.00 Ptg
-

Acara Diteruskan

PENGHARGAAN
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kota Belud kali Ke-45, Tahun 2013, merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada :

Ketibaan Semua Ahli Jawatankuasa Pengelola Peserta Pebarisan Mengambil Tempat Ketibaan Para Jemputan Khas Ketibaan YB. Datuk Seri Panglima Dr. Haji Mohd Salleh Tun Said Speaker Dewan Undangan Negeri, Sabah merangkap Ketua UMNO Bahagian P.169, Kota Belud Perbarisan Lintas Hormat dimulakan Pengerusi Pengelola Kejohanan menjemput En. Abd. Bakhrin Mohd. Yusof (PPD KB ) untuk mempersilakan YB. Datuk Seri Panglima Dr. Haji Mohd Salleh Tun Said ke pentas untuk Menerima dan Membalas tabik hormat Lagu Negaraku dan Sabah Tanah airku Bacaan Doa Oleh Ust. Abd. Rahman Idris Ucapan Alu-aluan oleh Hj. Suid Hj Hanapi Pengetua Cemerlang SMK Taun Gusi merangkap Pengerusi Pengelola Kejohanan Balapan dan Padang Ucapan YB. Datuk Seri Panglima Dr. Haji Mohd Salleh Tun Said Seterusnya merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kota Belud Kali Ke-45, Tahun 2013 Bendera Kejohanan diarak dan dikibarkan oleh Pasukan Kadet Remaja SMK Taun Gusi, Kota Belud Persembahaan : Koir Lagu Tema Kejohanan Obor Kejohanan Dibawa dan dinyalakan oleh Adik Mohd Shafiee Mukamad Dan Adik Eassazer Sikar Pembacaan Ikrar Kejohanan Oleh Albryan Juvie Christ Shoibih YB. Datuk Seri Panglima Dr. Haji Mohd Salleh Tun Said, PPD, dan Pengerusi Pengelola Kejohanan Diperkenalkan dan menyampaikan cenderamata kepada ketua-ketua kontinjen Semua kontinjen perbarisan berbaris keluar Persembahan Jamuan
Semua Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Negeri dan Badan-Badan Berkanun, Daerah Kota Belud

3.10 Ptg

YB. Datuk Seri Panglima Dr.Haji Mohd Salleh Tun Said Speaker Dewan Undangan Negeri, Sabah merangkap Ketua UMNO Bahagian P.169, Kota Belud

Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud

Semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Kota Belud

Pasukan RELA Jawi-Jawi dan Pihak Polis, Daerah Kota Belud

Hospital dan Klinik Jawi-Jawi Daerah Kota Belud

Semua Penderma dan Orang Perseorangan dan Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kota Belud Kali ke-45, 2013

Terima kasih daun keladi di lain masa kita bersama lagi.

10 ACARA BALAPAN DAN PADANG SELEPAS MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN

UCAPAN ALU-ALUAN
PENGERUSI PENGELOLA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD KOTA BELUD KALI KE-45 TAHUN 2013

En. Haji Suid Haji Hanapi


BIL 31 32 33 34 35 36 37 38 39 MASA 3.45 Ptg 3.45 Ptg 3.45 Ptg 3.50 Ptg 3.55 Ptg 4.00 Ptg 4.05 Ptg 4.10 Ptg 4.15 Ptg ACARA Lompat Tinggi Lompat Jauh 4 X 200m 4 X 200m 4 X 400 m 4 X 400 m 4 X 400 m 4 X 400 m 3000m KAT P15 L15 P12 L12 P15 L15 P18 L18 Terbuka PERINGKAT AKHIR AKHIR AKHIR AKHIR AKHIR AKHIR AKHIR AKHIR AKHIR
Pengetua Cemerlang SMK Taun Gusi Kota Belud

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kesudian YB. Datuk Seri Panglima Dr.Haji Mohd Salleh Tun Said untuk hadir dan seterusnya merasmikan Pembukaan Kejohanan Padang dan Balapan MSSD Kota Belud kali Ke-45, 2013. Y.B. Datuk, Tuan-tuan dan puan-puan. Aktiviti sukan telah pun dijadikan sebagai fokus dalam sistem pendidikan pada hari ini yang akan menjadi aktiviti yang wajib dijalankan sepanjang tahun. Jadi, kejohanan Padang dan Balapan ini merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan negara dalam pembudayaan sukan dalam kalangan murid sekolah. Budaya sukan dalam kalangan semua murid adalah untuk memperlengkap kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia. Y.B. Datuk, Tuan-tuan dan puan-puan, Pihak sekolah sentiasa mendukung hasrat KPM dengan sentiasa responsif terhadap keperluan pelajar ke arah pemupukan dan membina bakat bagi murid yang berkecenderungan memilih kerjaya mereka dalam apa jua bidang sukan. Dasar 1Murid 1Sukan yang diperkenalkan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini sebenarnya selaras dengan Dasar Sukan Negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. Y.B. Datuk, Tuan-tuan dan puan-puan, Selain memupuk perpaduan dalam kalangan murid berlainan bangsa, aktiviti sukan juga dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Aktiviti seperti ini memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid zaman ini cenderung mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik sahaja dan beranggapan aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka. Jadi, mereka perlu disedarkan tentang kepentingan aktiviti sukan yang turut dinilai bagi melayakkan mereka memasuki pusat pengajian tinggi kelak. Sebagai mengakhiri ucapan alu-aluan ini, sekali saya ingin mengambil kesempatan pada pagi yang meriah ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB. Datuk Seri Panglima Dr.Haji Mohd Salleh Tun Said, PPD Kota Belud serta para tetamu yang telah sudi menerima undangan kami pada Majlis Perasmian Temasya Sukan Balapan dan Padang MSSD Kota Belud Kali Ke-45, Tahun 2013 di SMK. Taun Gusi, Kota Belud. Sekian, terima kasih.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

UCAPAN ALU-ALUAN
MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD KOTA BELUD KALI KE-45 TAHUN 2013

PEMBAWA OBOR KEJOHANAN

YB. Datuk Seri Panglima Dr.Haji Mohd Salleh Tun Said


Speaker Dewan Undangan Negeri, Sabah merangkap Ketua UMNO Bahagian P.169, Kota Belud

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya dapat kita bertemu di Majlis Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan SekolahSekolah Kota Belud (MSSD) pada hari yang mulia ini. Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pengerusi pengelola berserta ahli jawatankuasa penganjur atas kesudian mengundang saya untuk menyempurnakan majlis pembukaan kejohanaan ini. Syabas dan tahniah juga kepada Jawatankuasa Pengelola kerana bersedia menerima cabaran untuk menganjurkan Kejohanan ini dan menjadi tuan rumah. Pengelolaan ini adalah satu pengiktirafan di atas kebolehan dan kemampuan penganjur untuk mengurus serta mengendalikan satu acara sukan yang besar. Hadirin yang dikasihi sekalian, Saya yakin Kejohanan sukan yang berlangsung selama tiga hari ini mampu untuk memupuk semangat kerjasama serta setiakawan dalam suasana yang penuh muhibbah dalam kalangan warga pendidik dan para pelajar yang turut serta dalam kejohanan ini. Kejohanan ini juga akan menjadi satu landasan penting kepada para pendidik dan pelajar yang terlibat untuk saling bermesra dan lebih mengenali antara satu sama lain. Sememangnya tujuan ini amat baik dan dialu-alukan kerana adalah penting bagi semua warga pendidik dan pelajar agar dapat berfungsi sebagai sebuah pasukan yang mantap dan bersatu padu. Sesungguhnya, kehadiran tuan-tuan dan puan-puan yang mewakili kontinjen masing-masing akan dapat menyemarakkan lagi semangat berpasukan seperti ini. Harus diingatkan bahawa tanpa kerjasama erat dan kesepaduan antara kontinjen, segala sasaran yang dirancang tidak akan berjaya mencapai matlamatnya. Oleh itu, bersamalah kita berganding bahu menyokong dan berusaha gigih untuk memenangi setiap acara yang dipertandingkan. Adat bertanding dalam permainan pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Yang penting dalam kejohanan seperti ini ialah semangat bertanding secara sihat. Eratkan ikatan yang terjalin ini tidak sahaja semasa kejohanan ini tetapi kemesraan tersebut perlu diteruskan pada masa-masa akan datang. Akhir kata saya sekali lagi mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas kepada penganjur atas usaha menjayakan kejohanan ini. Kepada para pemenang, tahniah saya ucapkan dan kepada yang belum berjaya, jangan berputus asa kerana saya percaya kemenangan dan kejayaan yang lebih bermakna ialah pembentukan satu pasukan kerja yang proaktif, dinamik dan berdaya tahan bagi memacu kecemerlangan kontinjen masing-masing. Dengan harapan tersebut, saya dengan lafaz Bismillahirahmanirahim merasmikan kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kota Belud Kali Ke-45, 2013 dengan rasminya. Sekian dan terima kasih,

Pembawa Obor Pertama Adik : MOHD SHAFIEE MUKAMAD Pencapaian : Pemegang Rekod Acara 200m Lari Berpagar MSSD Kota Belud dengan catatan masa 28.66s Olahragawan L15TKB dalam Kejohanan MSSD Kota Belud 2012 Pemenang Perak dalam Acara 200m Lari Berpagar (27.3 s) di Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah di Tambunan 2012 Pemenang Gangsa Dalam Acara 110m Lari Berpagar (15.2s) di Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah di Tambunan 2012

Pembawa Obor Kedua Adik : EASSAZER SIKAR Pencapaian Pemegang Rekod Acara 400m Lari Berpagar MSS Bahagian Utara dengan catatan masa 58.9s Pemenang pingat perak dalam acara 400m Lari berpagar MSS Sabah di Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah di Kudat 2011 dengan catatan masa 58.5s

8
PEMBACA IKRAR KEJOHANAN Adik : ALBRYAN JUVIE CHRIST SHOIBIH Pencapaian : Pemenang Pingat Gangsa Acara Merejam Lembing dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah di Tambunan 2012 Dengan jarak rejaman 42.2 meter

INFO RINGKAS PENYERTAAN KONTINJEN DALAM KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD KOTA BELUD KALI KE-45, TAHUN 2013.

1. PENYERTAAN TERAMAI KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

SMK Taun Gusi : 79 Orang Atlet


2. PENYERTAAN TERKECIL KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

SMK Pekan (SEMPEN), Kota Belud : 30 Orang Atlet


3. JUMLAH PENYERTAAN PELAJAR TINGKATAN SATU

16 Orang Atlet

IKRAR KEJOHANAN
Kami berikrar bahawa kami akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Balapan Dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kota Belud Kali Ke-45 tahun 2013 dengan taat setia menghormati undang-undang dan bersungguh-sungguh mengambil bahagian dengan semangat yang jujur untuk kehormatan dan kejayaan sukan.

4. JUMLAH KESELURUHAN ATLIT SEKOLAH MENENGAH

456 Orang Atlet


5. PENYERTAAN TERAMAI KATEGORI ZON / SEKOLAH RENDAH

Zon Barat : 37 Orang Atlet


6. PENYERTAAN TERKECIL KATEGORI ZON / SEKOLAH RENDAH

Zon Timur : 21 Orang Atlet


7. JUMLAH KESELURUHAN ATLET ZON / SEKOLAH RENDAH

117 Orang Atlet

8. JUMLAH KESELURUHAN ATLET DALAM KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD KOTA BELUD KALI KE-45 TAHUN 2013.

573 Orang Atlet (296 Lelaki dan 277 Perempuan) 4

5
INFO RINGKAS KONTINJEN BALAPAN DAN PADANG MSSD KOTA BELUD KALI KE-45, TAHUN 2013.
1. KONTINJEN SMK. TAUN GUSI, KOTA BELUD 79 Orang Atlet. Ketua Rombongan : En. Haji Suid Bin Haji Hanapi (Pengetua) KONTINJEN SMK NARINANG, KOTA BELUD 68 Orang Atlet Ketua Rombongan : En. Liasin Bin Kaloh (Pengetua) KONTINJEN SMK ARSHAD, KOTA BELUD 67 Orang Atlet Ketua Rombongan : Pn. Hjh. Latifah Bt. Hj. Mustakim (Pengetua) KONTINJEN SMK. TAMBULION, KOTA BELUD 66 Orang Atlet Ketua Rombongan : Pn. Solingkoi Sidi (Pengetua) KONTINJEN SMK. PEKAN KOTA BELUD II, KOTA BELUD 59 Orang Atlet Ketua Rombongan : En. Datu Matlan Bin Datu Unjong (Pengetua) KONTINJEN SMK. USUKAN, KOTA BELUD 50 Orang Atlet Ketua Rombongan : En. Mohammad Yew Abdullah (Pengetua) KONTIN JEN SMK AGAMA TUN SAID, KOTA BELUD 37 Orang Atlet Ketua Rombongan : En. Azman Bin Yusof (Pengetua) KONTINJEN SMK PEKAN, KOTA BELUD 30 Orang Atlet Ketua Rombongan : En. Saiful Hj. Mahali (PK Pentadbiran) KONTINJEN ZON BARAT 37 Orang Atlet Ketua Rombongan : En. Mohd Yacob Md. Sapli (Guru Besar, SK. Ambong)

Ketua Rombongan : En. Yatan Binua (Guru Besar SK. Tangkurus)

2.

LAGU TEMA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD KOTA BELUD KALI KE-45, TAHUN 2013

3.

4.

1 SUARA by Ahenna Jumin


Guru SMK. Taun Gusi Kota Belud

5.

6.

7.

1 Genggam tangan yakinkan dirimu menempuhi cabaran 1 Kental diri bukakanlah hatimu memberikan yang termampu 1 Hasrat hati murni realitikan kejayaan 1 Cipta kemenangan... c/o Mari kita semua Bersatu mencapai impian Bersatu hati semarakkan semangat Melangkah terus ke hadapan 1 suara 1 matlamat serta usaha cita-cita menjadi nyata Kebanggaan ada padaku... Kebanggaan ada padamu... Kebanggaan tercipta untuk semua...

8.

9.

10. KONTINJEN ZON SELATAN 31 Orang Atlet Ketua Rombongan : En. Awang Aziz Hj. Abdul Rashid (Guru Besar, SK. Kebayau) 11. KONTINJEN ZON UTARA 28 Orang Atlet Ketua Rombongan : En. Zenian Ikul (Guru Besar SK.Timbang) 12. KONTINJEN ZON TIMUR 21 Orang Atlet

You might also like