You are on page 1of 3

Terima Kasih Saudara Pengacara Majlis,

Yang Berhormat Datuk Hj Ruslan bin Muharam


Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah
Merangkap ADUN N34 Lumadan

Yang Berbahagia Tn Mohd Nazri bin Ajun


Pegawai Daerah Beaufort

Yang Berbahagia Tn Matadin bin Ag. Besar


Penolong Pegawai Daerah Beaufort (bhg pembangunan)
Merangkap Pengerusi JK Penaja ASTAKA Daerah Beaufort

Yang Dihormati Tn Muhamad Ifnuh bin Sumbogo


Pegawai Pengelola, Pejabat KBSS Bhg. Pedalaman Bawah (Beaufort)

Yang Berusaha
Tn Dully bin Lunggi
Pengerusi JK Pelaksana Kejohanan Sepak Takraw LSK merangkap
Pengerusi Kelab Sepak Takraw Lumadan (KSTL)

Seluruh JK2 Pelaksana dari Kelab/Persatuan bersama PBS (P) BHg


Pedalaman Bawah

Seterusnya
Semua pasukan yang bertanding, Pengadil Perlawanan, Tuan-Tuan dan
Puan-Puan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam


Sabah maju jaya.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya,
pada pagi ini, kita dapat berkumpul bersama bagi mejayakan program Liga
Sukan Komuniti bagi acara sukan sepak takraw.
Terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Hj Ruslan Muharam, Pembantu
Menteri Kepada Ketua Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Merangkap
ADUN N34 Lumadan bersama Yang Berbahagia Tn Mohd Nazri Ajun,
Pegawai Daerah Beaufort dan tetamu jemputan lain yang sempat
meluangkan masa ke majlis perasmian kejohanan sepak takraw LSK pada
pagi ini.

Walaupun YB Datuk mempunyai jadual yang padat, tapi beliau sempat juga
untuk bersama-sama kita pada pagi ini di sini ya. Ini menunjukkan komitmen
YB Datuk yang sangat tinggi dalam agenda pembangunan sukan atau
program2 sukan khususnya sukan sepak takraw ini. Begitu juga kepada
tetamu kehormat yang lain, Tn DO, Tn ADO & Tn Ifnuh yang turut bersama-
sama kita pada hari ini.

Untuk makluman YB Datuk dan hadirin hadirat semua, Liga Sukan Komuniti
bagi acara Sukan Sepak takraw ini adalah salah satu program yang
direncanakan, dirancang dan dilaksanakan oleh KBS Persekutuan Malaysia.
Ia merupakan antara focus strategi KBS persekutuan bagi merealisasikan
agenda Visi Sukan Negara 2030 yang juga selaras dengan Dasar Sukan
Negara kearah membudayakan sukan untuk kesejahteraan dan kesepaduan
rakyat Malaysia.

Selain itu, LSK juga dilaksanakan bagi memupuk minat dan menarik
penyertaan dari pelbagai peringkat umur dari pelbagai kaum, di peringkat
akar umbi kearah melahirkan masyarakat berbudaya sukan untuk mencapai
visi dan misi menjadikan Malaysia sebuah negara sukan (sporting nation).

Di samping itu, program ini juga adalah sebagai salah satu platform Mencari
bakat baharu sukan negara (talent pool); dan juga pemerkasaan dalam
industri sukan itu sendiri. Jadi selain PSM, MSN, ISN LSK juga antara
platform untuk mencungkil bakat2 baru dalam bidang sukan khususnya
sepak takraw ini sehingga ke grassroot la.

LSK kali ini merupakan program sukan yang berbentuk pertandingan dan
dilaksanakan di peringkat bahagian, negeri dan seterusnya kebangsaan.
Bagi edisi kali ini terdapat 3 jenis sukan yang dipertandigkan iaitu sepak
takraw, futsal dan bola jaring.
Untuk makluman YB Datuk dan semua, bagi acara sepak takraw LSK ini
adalah dilaksanakan secara serentak di seluruh negeri bermula pada hari ini
sehingga esok . Johan di peringkat bahagian seterusnya akan berentap di
peringkat negeri bersama johan2 dari bahagian lain untuk mendapatkan slot
ke peringkat kebangsaan. Kemudian di peringkat kebangsaan akan bersaing
pula dengan pasukan dari setiap negeri untuk dinobatkan sebagai johan
atau champion kebangsaan Sepak Takraw LSK.

Dikesempatan ini, pihak PBS (P) Bhg. Pedalaman Bawah mengucapkan


jutaan terima kasih khususnya kepada Kelab Sepak Takraw Lumadan
(KSTL) yang diterajui oleh Tn. Dully lungi bersama seluruh barisan JK, juga
kepada ASTAKA Daerah Beaufort yang JK Penaja nya diterajui oleh Tn ADO
Matadin diatas kerjasama yang padu menjayakan kejohanan sepak takraw
LSK ini. Tidak lupa juga kepada Persatuan Bisaya Daerah Beaufort yang
menyediakan fasilti Dewan Persatuan ini sebagai Venue pertandingan.
Kepada semua pasukan yang bertanding selamat maju jaya diucapkan dan
bertanding lah dengan penuh semangat kesukanan. Sekali lagi terima kpd
YB Datuk dan tetamu jemputan yg sempat meluangkan masa bersama.

Akhir kata dari saya, semoga program seumpama ini dapat menjadi salah
satu platform untuk meningkatkan keharmonian dan perpaduan di kalangan
komuniti setempat disamping mampu menggalakkan kita semua
membudayakan sukan itu sebagai satu amalan atau gaya hidup sihat dan
seterusnya memperolehi kesihatan yang baik dan kualiti hidup yang lebih
baik. Kita juga berharap kejohanan sepak takraw LSK ini berjalan dengan
lancar sehingga ke akhirnya dan sudah pasti kita akan disajikan dengan
aksi2 menarik dari semua pasukan yang bertanding pada edisi kali ini.

Sekian sahaja daripada saya,

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh

You might also like