You are on page 1of 3

Soalan 5

Bismillahirah manirahim
Assalamulaikum Warohmatullahi wabarokatuh

Nyior Gading Puncak Mahligai


Sayang Ketupat Berisi Inti
Biar Daging Tulang Berkecai
Kerana Sayang Ku Datang Kemari

Terimakasih kepada saudara Pengerusi Majlis

Y.B. Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa


Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu dan


seluruh ahli kelab-kelab Gabungan Persatuan Bolasepak Daerah Kuala
Terengganu.

Alhamdulillah… bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah


kurnia dan keizinannya maka dapat kita semua bersama di Majlis Penyerahan
Jersi kepada kelab-kelab Gabungan Persatuan Bolsepak Daerah Kuala
Terengganu pada petang ini.

Saya selaku Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu


secara peribadi merasakan sungguh terharu apabila diberitahu YB Exco Ustaz
Wan Sukairi ingin menyampaikan sumbangan berbentuk Jersi bola kepada
Persatuan dan Kelab-Kelab Gabungan Persatuan Bolasepak Daerah Kuala
Terengganu. Sesungguhnya pemberian ini sangat bermakna kepada kami
kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Seperti yang kita semua ketahui sukan bolasepak adalah sukan nombor
satu diminati di dunia. Malah di negara kita pun dan juga di negeri
Terengganu khususnya tidak kira kecil atau besar, tua atau muda boleh
dikatakan semua meminatinya kerana sukan bolasepak kita boleh duduk
semeja untuk menonton perlawanan akhir di depan TV. Kita boleh ketepikan
perbezaan politik dan naik kereta bersama-sama ke stadium menyaksikan
perlawanan bolasepak. Kita juga boleh duduk bersama-sama menjadi
penyokong yang setia. Waktu itu kita boleh lupa sekejap apa yang berlaku
sebelumnya. Yang Jauh Menjadi Dekat, Yang Renggang Menjadi Rapat. Itulah
realiti sukan bolasepak.

Sesuai dengan minat dan permintaan golongan muda hari ini,


Persatuan Bolsepak Daerah Kuala Terengganu telah mengaturkan lima
kejohanan untuk dijalankan pada tahun 2022 iaitu Kejohanan Piala FA,
Kejohanan Liga Daerah, Liga Vateran, Kejohanan Bolasepak Pantai Terbuka
dan Kejohanan Futsal Terbuka. Untuk makluman semua sebenarnya 5
kejohanan ini kita adakan setiap tahun sebelum ini sehinggalah pada dua
tahun kebelakangan ini kita terpaksa batalkan kejohanan ini kerana
disebabkan penularan Covid 19 dan terpaksa mengikut SOP yang telah
ditetqpkan oleh pihak kerajaan. Pun begitu pada tahun ini kita juga telah
berjaya mengadakan kejohanan Piala FA dengan jayanya.

Tidak dapat tidak…. Kejohanan-kejohanan yang kita adakan ini sudah


tentunya memerlukan perbelanjaan yang agak besar. Jadi tidaklah semudah
yang dijangka dalam saya menerajui persatuan ini selama lebih 8 tahun
bersama tuan-tuan semua. Saya sangat berterimakasih kepada semua ahli
Jawatankuasa dan semua Kelab Gabungan yang ada dalam persatuan ini
kerana telah banyak membantu dan memberi kerjasama yang jitu kepada
saya dalam merangka dan melaksanakan program serta aktiviti yang telah
dirancang demi memastikan persatuan kita sentiasa bergerak aktif mengikut
keperluan sukan bolasepak semasa.

Seperti yang kita semua ketahui, persatuan kita ini bukanlah syarikat
perniagaan yang boleh mendapat keuntungan dan sebagainya. Kita hanyalah
Persatuan NGO biasa dan sudah tentunya tidak mempunyai sumber kewangan
yang kukuh.

Untuk makluman YB Ustaz sebelum ini Persatuan Bolasepak Daerah


Kuala Terengganu mendapat peruntukan sebanyak RM25,000.00 setahun
daripada kerajaan negeri Terengganu melalui Pejabat Daerah Kuala
Terengganu tetapi semenjak tahun 2018 sehingga sekarang kita sudah tidak
lagi dibantu atau diberi peruntukan oleh pihak kerajaan negeri Terengganu.
Sesungguhnya hal ini sangat mendukacitakan kita di mana Persatuan dan
kelab kelab gabungan yang ada ini majoritinya dianggotai oleh golongan belia
dan dewasa. Dengan sumber kewangan yang sangat terhad, amat
menyukarkan kita dalam menjalankan program serta aktiviti yang telah
dirancang.
Kami Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu sangat berharap
agar pihak kerajaan negeri Terengganu tidak menganaktirikan Persatuan ini
kerana umum semua mengetahui bahawa sukan bolasepak adalah satu sukan
yang sangat dekat di hati kita semua.

Saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada YB Ustaz kerana sudi


meluangkan masa bersama-sama kita semua pada petang ini. Saya yakin dan
percaya dengan kehadiran YB Ustaz bersama dengan kita semua pada majlis
petang ini membuka lembaran baru kepada Persatuan Bolsepak Daerah Kuala
Terengganu demi kemerlangan dan kejayaan sukan bolasepak di daerah
Kuala Terengganu khususnya dan negeri Terengganu amnya InsyaAllah…..

Akhir kata saya menyeru kepada semua ahli jawatankuasa dan ahli
kelab-kelab Gabungan Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu,
marilah kita sama-sama berganding bahu, bersatu hati, bergerak Bersama
dalam merangka dan menjalankan aktiviti yang telah dirancang demi
kemajuan Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu dan
memartabatkan sukan bolasepak Negeri Terengganu.

Di Pengkalan Atap Beli Siakap


Perahu Berlabuh Menjelang Subuh
Hidup Muafakat Membawa Berkat
Bersatu Teguh Bercerai Roboh

Sekian…. Terimakasih
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..

You might also like