You are on page 1of 1

KEPADA: 28 OKTOBER 2021

AZMI BIN MAAROF


PEGAWAI PENYELARAS DUN LANGKAP
PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN LANGKAP

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI KELAB SUKAN DAN REKREASI
PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH SETIU 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya bagi pihak Kelab Sukan dan Rekreasi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Setiu
ingin memohon sumbangan berbentuk kewangan bagi tujuan pengurusan dan aktiviti kelab
pada tahun ini.

3. Untuk makluman, dana yang ada setakat ini belum mencukupi untuk menampung bilangan
kakitangan di pejabat ini memandangkan dana kelab bergantung sepenuhnya hanya pada
yuran bulanan setiap kakitangan. Sumbangan ini turut akan digunakan untuk melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kelab seperti :
i. Kebajikan kakitangan.
ii. Penyediaan Baju Korporat kakitangan.
iii. Jamuan Akhir Tahun.

4. Sehubungan itu, saya berharap agar pihak Y.B dapat menghulurkan sumbangan bagi
menampung perbelanjaan untuk menjayakan program tersebut.

5. Untuk sebarang pertanyaan atau keraguan, sila hubungi Pengerusi, MOHD DHAMIRI BIN
AB GHAFAR(017-3838035) .

6. Segala kerjasama dan keprihatinan Y.B saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

" WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"


” TERENGGANU MAJU, BERKAT, SEJAHTERA”
” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

.......................................
(MOHD DHAMIRI BIN AB GHAFAR)
Pengerusi Kelab Sukan & Rekreasi
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Setiu

You might also like