You are on page 1of 4

_____________________________________________________________________________________

PAS/SEL/K.09/2.01/2022 (56) 10 Julai 2022 / 10 Zulhijjah 1443

‫لسال ُم َع َل ْي ُكم َو َر ْح َم ُة اَهللِ َو َب َركاتُ ُه‬


َ َ‫ا‬

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap


Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Hulu Langat
Ketua dan Setiausaha PAS Cawangan
Ketua dan Setiausaha Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat
Pemeriksa Kira-Kira

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN HULU LANGAT (PKHL) KALI KE 38

Perkara di atas adalah dirujuk. Berdasarkan Fasal 20(2) PERLEMBAGAAN PAS, dengan ini
dimaklumkan bahawa PKHL akan mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-38 seperti
berikut : 

TARIKH : 31 Julai 2022 / 2 Muharam 1444 (Ahad)


TEMPAT : Dewan Komuniti Bandar Bukit Mahkota
MASA : 8.30 Pagi

Berikut adalah arahan lanjut berkaitan Mesyuarat Agung di atas :

1. PERWAKILAN DARI PAS CAWANGAN / DEWAN ULAMAK/ DEWAN PEMUDA /


MUSLIMAT PAS KAWASAN 

Setiap Cawangan yang telah melaksanakan Mesyuarat Agung dibenarkan


menghantar 5 orang perwakilan. Manakala Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat
PAS Kawasan boleh menghantar 15 orang perwakilan ke Mesyuarat Agung ini.

Setiap Cawangan dan Dewan perlu mendaftarkan perwakilan menggunakan


pautan Google Form (link perwakilan) yang disediakan sebelum atau pada 25 Julai
2022.

Cawangan yang belum melaksanakan Mesyuarat Agung hanya dibenarkan


menghantar ketua cawangan yang dilantik pada tahun 2021 dan pemerhati ke
Mesyuarat Agung ini.

G-18-1A, Jalan Prima Saujana 2/D, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
2. USUL DAN CADANGAN

Setiap Cawangan dan Dewan dibenarkan mengemukakan usul menggunakan


pautan Google Form (link Usul) yang disediakan sebelum atau pada 25 Julai 2022.
Setiap Usul yang diluluskan oleh Jawatankuasa Usul sahaja boleh dibahaskan di
dalam Mesyuarat Agung ini.

3. YURAN MESYUARAT AGUNG

Yuran dan sumbangan untuk Mesyuarat Agung ini adalah seperti berikut:
i. RM30.00 bagi setiap AJK Kawasan/Pengerusi Tetap/Timbalan Pengerusi Tetap/
Pemeriksa Kira-Kira.
ii. RM100.00 bagi setiap cawangan
iii. RM300.00 bagi setiap Dewan Ulamak/ Dewan Pemuda/ Dewan Muslimat PAS
Kawasan.

Sila rujuk perkara #6 untuk arahan pembayaran.

4. YURAN KEAHLIAN PAS 

Setiap Cawangan dikehendaki menyerahkan yuran keahlian PAS Cawangan


sebanyak RM2.40 bagi setiap ahli mengikut jumlah ahli Cawangan. Mengikut
perlembagaan minimum keahlian cawangan adalah 25 orang. Sila rujuk perkara #6
untuk arahan pembayaran.

5. PEMERHATI

Selain daripada Perwakilan, semua ahli yang lain juga boleh hadir sebagai Pemerhati
di Mesyuarat Agung ini. Pemerhati perlu membuat pendaftaran menggunakan
pautan Google Form dan (link pemerhati) sebelum 25 Julai 2022. Bayaran/
sumbangan untuk setiap pemerhati adalah sebanyak RM10.00. Sila rujuk perkara #6
untuk arahan pembayaran.

G-18-1A, Jalan Prima Saujana 2/D, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
6. ARAHAN PEMBAYARAN

Pembayaran hendaklah dibuat secara dalam talian ke akaun Bank Islam atas nama
PAS Kawasan Hulu Langat nombor akaun 12092010016774 sebelum 25 Julai 2022. Sila
nyatakan tujuan bayaran dan nama cawangan/dewan/AJK Kawasan/Penerusi
Tetap/ Timbalan Pengerusi Tetap/Pemeriksa Kira-Kira. Sila hanti bukti pembayaran
kepada Bendahari PAS Kawasan Hulu Langat Ustaz Abdul Rahman Abdullah (017-682
8932).

7. LAPORAN MESYUARAT AGUNG PAS CAWANGAN

Setiap cawangan   WAJIB menyerahkan Laporan Mesyuarat Agung PAS Cawangan


mengikut format Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada hari Mesyuarat Agung Kawasan.
Dokumen yang perlu diserahkan di meja pendaftaran pada hari tersebut adalah
seperti berikut :

i. Dua (2) Salinan Borang 9


ii. Dua (2) Salinan Penyata Kewangan
iii. Dua (2) Salinan Minit Mesyuarat Agung
iv. Dua (2) Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja

Semua dokumen di atas hendaklah dokumen dengan tandatangan asal


dimasukkan dalam sampul surat bersaiz A4 dengan menyatakan dengan menulis
nama cawangan di atas sampul surat tersebut.

8. ETIKA MAJLIS DAN PAKAIAN

Para perwakilan dan pemerhati dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dengan
majlis rasmi. Adalah digalakkan memakai baju Korporat PAS Selangor atau baju rasmi
dewan atau baju warna hijau serta berkasut.

9. ARAHAN KHAS

Perwakilan dan pemerhati perlu sentiasa mematuhi SOP kerajaan dan apa-apa
arahan yang dikeluarkan oleh PAS Kawasan dari masa ke semasa.

G-18-1A, Jalan Prima Saujana 2/D, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Segala kerjasama dan perhatian pihak Tuan/Puan bagi menjayakan tanggungjawab ini
adalah amat dihargai dengan ucapan jazakallahu khairan kathira.

Sekian, wassalam,

#ISLAM MENYATUKAN UMMAH

----------------------------
(HJ JAFRI BIN MD AMIN)
SETIAUSAHA,
PAS Kawasan Hulu Langat.
019-3149132 (HP) / Email : jafrimdamin@gmail.com

s.k. Hj Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir


Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

  

G-18-1A, Jalan Prima Saujana 2/D, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

You might also like