You are on page 1of 3

KOPERASI PERUMAHAN LEPASAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI BERHAD (KOPLIT)

A -03-2, JLN MEDAN PB 5,MEDAN PUSAT BANDAR 5, SEKSYEN 9, 43650 BANDAR BARU BANGI.

Tel/fax:03-89274244

mail:pengurus@koplit.com

Semua Ahli KOPLIT PER: PANDUAN KEPADA AHLI DAN KEMASKINI MAKLUMAT Assalamu'alaikum wrh wbt, Merujuk perkara diatas pihak pengurusan KOPLIT sedang mengemaskini maklumat semua ahli. Bersama surat ini dilampirkan Borang Kemaskini Ahli, mohon kerjasama semua ahli untuk melengkapkannya dan menyerahkan semula kepada pihak pengurusan samada melalui pos / emel / fax. Berikut beberapa maklumat dan panduan penting yang perlu diketahui oleh setiap ahli. Moga maklumat ini membantu ahli membuat urusan yang berkaitan dan meningkatkan lagi komitmen kepada koperasi. 1. Permohonan yang baru: - Permohonan baru isi borang permohonan ahli ada dilampirkan (. hantar semula melalui emel - Jumlah bayaran: RM60.00 Yuran pendaftaran = RM 10.00, Minimum caruman sebulan = RM 50.00 Syer = 10.00 Simpanan Anggota = 27.00 Simpanan harta = 5.00 Kebajikan = 5.00 Pentadbiran = 3.00 2. Kaedah pembayaran caruman: - Potongan gaji melalui Biro Angkasa dengan melengkapkan borang BPA 1/79. Perlu sertakan salinan IC dan slip gaji untuk kakitangan kerajaan sahaja. Sekiranya ingin menggunakan kaedah ini, borang boleh didapatkan di KOPLIT ATAU - Deposit ke dalam akaun koperasi setiap bulan. Maklumkan melalui sms/emel setelah mendeposit ke dalam akaun berikut: - BIMB : 14014010081103 - MBB : 562263011870 - CIMB : 1426-0000179-10-8 (Maklumat yang diperlukan ialah No Ahli, Nama, Bank pembayar, jumlah dan tarikh) 4. Perkhidmatan yang disediakan : - Takaful kenderaan - boleh memperbaharui insuran kenderaan - Skim pinjaman Qardhul Hasan
'ANGGOTA DIDAHULUKAN CARUMAN DITINGKATKAN

KOPERASI PERUMAHAN LEPASAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI BERHAD (KOPLIT)


A -03-2, JLN MEDAN PB 5,MEDAN PUSAT BANDAR 5, SEKSYEN 9, 43650 BANDAR BARU BANGI.

Tel/fax:03-89274244

mail:pengurus@koplit.com

- Penjualan Rumah - Skim Kebajikan - Skim barangan pengguna - Wakil Menerima Zakat . KOPLIT telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Perlis (MAIP) sebagai wakil menerima zakat bagi negeri Perlis. Sekiranya ingin mengurangkan kadar cukai pendapatan dan memerlukan resit dari Baitul Mal boleh menggunakan kaedah ini. Pihak MAIP akan memberikan sumbangan 50% daripada bayaran zakat ini kepada KOPLIT bagi tujuan pembangunan dan kebajikan Islam. o Kaedah 2: 100% sumbangan zakat akan disalurkan ke institusi kita dan tidak boleh di claim sebagai cukai pendapatan. o Kaedah bayaran: Seperti kaedah di atas, deposit melalui bank / potongan gaji bulanan melalui Biro Angkasa / MAIP ( mengisi borang Kebenaran Potongan Gaji Bulanan yang disediakan oleh MAIP) 5. Peluang/ keistimewaan yang di berikan kepada AHLI AKTIF Ahli aktif ialah ahli yang mencarum kepada KOPLIT setiap bulan minimum RM 50.00 Atau ahli yang mencarum setiap tahun bermula dari tahun pendaftaran sehingga kini. Ahli yang baru memohon dianggap aktif setelah mencarum setiap bulan selama setahun dan jumlah syer minimum adalah RM 200.00. Ahli aktif ini layak memohon dan mendapatkan perkhidmatan yang dijalankan oleh koperasi seperti Skim Pinjaman Qardhul Hasan, Skim kebajikan, Skim barangan pengguna dan lain2 (boleh rujuk pada pamplet yang dilampirkan).

Pihak pengurusan amat mengharapkan semua ahli KOPLIT yang lama dan baru menjadi ahli yang aktif dengan meningkatkan caruman dan konsisten memberikan caruman bulanan. Semoga perkhidmatan yg disediakan ini dapat dimanfaatkan oleh semua ahli dan pada masa yang sama dapat membantu menjana ekonomi organisasi untuk kepentingan ummah. Pihak KOPLIT amat mengalu-alukan penglibatan anda dalam aktiviti koperasi.

Sekian untuk makluman dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Yang Benar

'ANGGOTA DIDAHULUKAN CARUMAN DITINGKATKAN

KOPERASI PERUMAHAN LEPASAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI BERHAD (KOPLIT)


A -03-2, JLN MEDAN PB 5,MEDAN PUSAT BANDAR 5, SEKSYEN 9, 43650 BANDAR BARU BANGI.

Tel/fax:03-89274244

mail:pengurus@koplit.com

_____________________ (Mubarak Ali Mohd Ismail Pengurus KOPLIT)

'ANGGOTA DIDAHULUKAN CARUMAN DITINGKATKAN

You might also like