You are on page 1of 6

CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Kempen “CIMB 4.7% FD/FRIA-i Bundle with CASA/-i”

1. Kempen “CIMB 4.7% FD/FRIA-i Bundle with CASA/-i” (“Kempen”) adalah dianjurkan oleh CIMB
Bank Berhad (“CIMB Bank”) dan CIMB Islamic Bank Berhad (“CIMB Islamic Bank”). Setiap
sebutan “CIMB” merujuk kepada kedua-dua CIMB Bank Berhad (13491-P) dan CIMB Islamic
Bank Berhad (671380-H).

Tempoh Kempen

2. Kempen ini akan berlangsung dari 1 Julai 2019 sehingga 30 September 2019, termasuk kedua-
dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”) atau pada tarikh apabila CIMB Bank dan CIMB Islamic
Bank secara kolektif menerima jumlah penempatan FD/FRIA-i sebanyak RM2,000,000,000
semasa Tempoh Kempen, yang mana lebih awal (“Tempoh Sah”).

3. Kempen ini boleh didapati di semua cawangan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank (“Cawangan-
cawangan”) di Malaysia. Cawangan-cawangan CIMB Islamic Bank terletak setempat dengan
cawangan-cawangan CIMB Bank di seluruh negara.

4. CIMB menyimpan hak untuk menukar tempoh dan/atau tarikh-tarikh permulaan dan/atau
penamatan Tempoh Kempen dengan memberikan notis terdahulu empat belas (14) hari
kalendar.

Kelayakan

5. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini, Kempen ini terbuka
kepada semua pelanggan CIMB yang baru dan sedia ada dengan mana-mana Akaun Semasa/-i
dan Akaun Simpanan/-i CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank (tidak termasuk Akaun Junior
Savers/-i, Akaun Youth Savers/-i, Akaun Semasa Flexi, Akaun Special Mudharabah Investment-
i, Akaun “Money Multiplier”, Akaun Semasa Mata Wang Asing/-i, Akaun Semasa Perbankan
Peribadi/-i dan Akaun Semasa High Yield/-i) (“CASA/CASA-i”) termasuk bukan pemastautin,
kakitangan tetap, sementara atau kontrak CIMB (selepas ini dirujuk sebagai “Peserta Layak”).

6. Bagi mengelakkan keraguan dan tertakluk kepada Klausa 5, orang/entiti yang berikut TIDAK
akan layak untuk menyertai Kempen ini:-
a) Pemilikan tunggal, Perkongsian, Organisasi/Persatuan Kebajikan/Bukan Untung, Syarikat
Awam, Syarikat Sendirian Berhad, Kelab-kelab, Persatuan-persatuan dan Koperasi-
Koperasi; dan/atau
b) Individu di bawah umur 18 tahun; dan/atau
c) Pelanggan terpilih yang telah ditawarkan untuk menyertai kempen CIMB yang lain.

7. Berhubungan dengan Akaun Penyertaan Bersama, hanya pemegang akaun pertama yang
dinamakan, iaitu pemegang akaun utama akan layak untuk menyertai Kempen (“Pemegang
Akaun Utama”). Untuk tujuan Kempen ini, pemegang-pemegang akaun bersama selain
daripada Pemegang Akaun Utama adalah tidak layak untuk menyertai Kempen ini.

Kempen “CIMB 4.7% FD/FRIA-i Bundle with CASA/-i” MS 1 drpd 6


CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

8. Kakitangan tetap, sementara atau kontrak CIMB adalah layak untuk menyertai Kempen di
bawah Akaun Semasa/Akaun Semasa-i atau Akaun Simpanan/Akaun Simpanan-i bukan gaji
CIMB.

Mekanik Kempen

9. Kempen ini melibatkan pemberian kepada Peserta Layak Kadar Istimewa bagi FD/FRIA-i
(“Kadar Istimewa”) yang berbangkit daripada deposit Dana Baru oleh Peserta Layak semasa
Tempoh Sah dalam sama ada:
a) Akaun Semasa atau Akaun Simpanan (“CASA”) dan Simpanan Tetap (“FD”); atau
b) Akaun Semasa-i atau Akaun Simpanan-i (“CASA-i”) dan Akaun Pendapatan Pulangan Tetap-
i (“FRIA-i”) mereka.

10. Untuk menyertai Kempen ini dan layak kepada Kadar Istimewa FD atau FRIA-i seperti yang
ditakrifkan di Klausa 14, Peserta Layak mesti memenuhi kriteria berikut (“Kriteria Kelayakan”):
a) Mendepositkan jumlah minimum yang dinyatakan di Klausa 14 ke dalam CASA/CASA-i
(“Akaun Penyertaan”) dalam satu transaksi; DAN
b) Mengekalkan jumlah deposit selaras dengan Klausa 14 dalam Akaun Penyertaan bagi tiga
(3) bulan bermula dari tarikh penempatan deposit (“Peruntukan”); DAN
c) Penempatan deposit dalam Akaun Penyertaan dan FD/FRIA-i hendaklah terdiri daripada
semata-mata Dana Baru yang didepositkan dengan CIMB; DAN
d) Penempatan peruntukan minimum untuk CASA/CASA-i adalah RM10,000 dan
penempatan minimum bagi FD/FRIA-i adalah RM10,000; DAN
e) Tidak melebihi jumlah had maksimum RM500,000 yang ditetapkan untuk penempatan
Dana Baru FD/FRIA-i bagi setiap Peserta Layak sepanjang Tempoh Kempen.

11. Istilah “Dana Baru” yang dirujuk di sini hendaklah ditakrifkan sebagai wang atau dana yang
tidak berasal dari CIMB, tetapi dipindah, dikredit atau dibayar ke dalam Akaun Penyertaan dan
FD/FRIA-i Peserta Layak dan dari bank dan/atau institusi kewangan lain melalui apa jua cara
termasuk tetapi tidak terhad kepada:
a) Penempatan Tunai; dan/atau
b) Interbank Giro Transfers (IBG) / Instant Funds Transfer (IBFT); dan/atau
c) Pemindahan Telegraf / Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities (RENTAS);
dan/atau
d) Cek Tempatan / cek jurubank.

dan wang atau dana yang dipindah, dibayar atau dikredit ke dalam Akaun Penyertaan dan
FD/FRIA-i Peserta Layak dianggap sebagai didepositkan dengan sewajarnya oleh Peserta Layak
bagi tujuan Kempen ini menurut Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini dengan syarat bahawa
wang atau dana tersebut dipindah, dibayar atau dikredit ke dalam Akaun Penyertaan dan
FD/FRIA-i Peserta Layak secara langsung atau tidak langsung dari bank dan/atau institusi
kewangan lain dalam tiga (3) hari perniagaan.

12. Berikut TIDAK dikelaskan sebagai “Dana Baru”:


a) FD/FRIA-i yang matang atau pengeluaran pramatang mana-mana akaun FD/FRIA-i yang
sedia ada; dan/atau
b) Pemindahan dana intra bank, iaitu pemindahan dana daripada Akaun Penyertaan FD/FRIA-
i atau Term Investment-i (“TIA-i”) CIMB yang lain; dan/atau
c) Pemindahan antara cawangan dalam CIMB termasuk pemindahan pihak ketiga (ke-3).
Kempen “CIMB 4.7% FD/FRIA-i Bundle with CASA/-i” MS 2 drpd 6
CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

13. Peserta Layak dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada CIMB untuk menahan dan/atau
menggantung pembayaran sebarang wang dari baki kredit Akaun Penyertaan dan menghalang
sebarang pengeluaran jumlah Peruntukan yang didepositkan dalam Akaun Penyertaan bagi
tempoh tiga (3) bulan bermula dari tarikh deposit.

Tawaran Kadar Istimewa FD/FRIA-i

14. Tertakluk kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini, Peserta Layak hendaklah layak untuk
membuat suatu jumlah penempatan deposit untuk FD/FRIA-i dalam cara seperti yang
dinyatakan di jadual di bawah untuk menikmati Kadar Istimewa bagi FD/FRIA-i dengan syarat-
syarat yang dinyatakan di Klausa 10 dipatuhi dengan sewajarnya:

Peratusan Tempoh Peratus Kadar


Tempoh Kadar
Deposit Peruntukan FD/FRIA-i Istimewa
FD/FRIA-i Efektif*
CASA/CASA-i CASA/CASA-i Maksimum FD/FRIA-i
4.70% 3.53% setahun sehingga
25% 3 bulan 75% 3 bulan
setahun 4.28% setahun
*Kadar Efektif berbeza mengikut Amaun Peletakan FD/FRIA-i, Amaun Peletakan CASA/CASA-i dan
jenis CASA/CASA-i. Sekira terdapat perubahan kepada kadar CASA/CASA-i, Kadar Efektif akan
berbeza.

Contoh 1:
Pelanggan A memperuntukan dana baru sebanyak RM10,000 ke dalam CASA/CASA-i-nya. Oleh
yang demikian, Pelanggan A boleh menempatkan dana baru maksimum RM30,000 untuk
penempatan Kadar Istimewa FD/FRIA-i-nya.

Contoh 2:
Pelanggan B memperuntukan dana baru sebanyak RM150,000 ke dalam CASA/CASA-i-nya.
Oleh yang demikian, Pelanggan B boleh menempatkan dana baru maksimum RM450,000 untuk
penempatan Kadar Istimewa FD/FRIA-i-nya.

Contoh 3:
Pelanggan C memperuntukkan Dana Baru RM200,000 ke dalam PCA/PCA-i-nya. Oleh yang
demikian, Pelanggan C hanya boleh menempatkan dana baru maksimum berjumlah
RM500,000 untuk penempatan Kadar Istimewa FD/FRIA-i-nya memandangkan had maksimum
untuk penempatan FD/FRIA-i adalah RM500,000 seperti yang dinyatakan di Klausa 10.

Contoh 4:
Pelanggan D memperuntukan dana baru sebanyak RM10,000 ke dalam Akaun Simpanan Basic-
nya (kadar faedah: 0.25% setahun) dan menempatkan dana baru maksimum RM30,000 untuk
penempatan Kadar Istimewa FD-nya. Kadar Efektif ialah 3.59% setahun.

Sekiranya Peserta Layak gagal untuk memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di Klausa 10
selepas penempatan FD/FRIA-i (termasuk tetapi tidak terhad kepada syarat-syarat untuk
mengekalkan Peruntukan), Peserta Layak tidak akan layak untuk mendapatkan Kadar Istimewa
ke atas FD/FRIA-i dan CIMB akan menarik balik penempatan FD/FRIA.

Kempen “CIMB 4.7% FD/FRIA-i Bundle with CASA/-i” MS 3 drpd 6


CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

15. Peserta Layak tidak boleh memisahkan Dana Baru mereka ke pelbagai penempatan FD/FRIA-i
dan penempatan FD/FRIA-i maksimum ialah 75% kepada nisbah penempatan peruntukkan 25%
yang dirujuk dalam Klausa 14.

16. “Kadar Istimewa” terpakai untuk penempatan FD/FRIA-i bagi satu (1) kitaran sahaja.

17. Faedah/Keuntungan akan dibayar selepas penyempurnaan Tempoh FD/FRIA-i dengan


mengkreditkan yang sama ke dalam akaun Peserta Layak atau menambah ke dalam prinsipal
FD/FRIA-i.

18. Sekiranya Peserta Layak ingin mengeluarkan FD/FRIA-i sebelum tarikh matang, pengeluaran
sepenuhnya baki dalam FD/FRIA-i mesti dilakukan. Pengeluaran sebahagian FD/FRIA-i sebelum
tarikh matang tidak dibenarkan.

19. Pembaharuan: Selepas kematangan Tempoh FD/FRIA-i, “Kadar Istimewa” akan terhenti
terpakai dan Peserta Layak dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada CIMB untuk
memperbaharui atau menggulung (“renew or roll over”) secara automatik jumlah prinsipal
FD/FRIA-i pada Tempoh FD/FRIA-i yang sama tertakluk kepada kadar CIMB semasa yang
terpakai pada masa pembaharuan atau penggulungan.

20. Pengeluaran Awal dan/atau Separa FD/FRIA-i: Sekiranya Peserta Layak mengeluarkan atau
menaikkan FD/FRIA-i sebelum tamat Tempoh FD/FRIA-i, Peserta Layak tidak akan layak
memperoleh apa-apa faedah/keuntungan sekalipun.

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am

20. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dianggap telah membaca, memahami dan
bersetuju untuk terikat oleh Terma-Terma dan Syarat-Syarat serta memberi kebenaran kepada
CIMB untuk memproses dan mendedahkan data peribadi mereka menurut Notis Privasi
Kumpulan CIMB yang mana boleh didapati di www.cimbbank.com.my dan
www.cimbislamicbank.com.my dan bersetuju bahawa semua keputusan yang dibuat secara
adil dan munasabah oleh CIMB berkenaan setiap aspek Kempen ini, termasuk Kadar Istimewa
yang akan ditawarkan dan penentuan Peserta Layak hendaklah muktamad, terikat dan
konklusif.

21. Akaun Penyertaan Peserta Layak CASA/CASA-i dan FD/FRIA-i (i) HENDAKLAH tidak memungkiri
terma-terma dan syarat-syarat yang mentadbir CASA/CASA-i dan FD/FRIA-i DAN (ii)
HENDAKLAH tidak boleh dibatalkan atau ditutup atau tertakluk kepada sebarang penahanan,
perintah bertentangan yang dibuat oleh Mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa yang
dibenarkan oleh undang-undang, delinkuen dan/atau tidak sah atau dibatalkan sepertimana
yang ditentukan oleh CIMB semasa Tempoh Kempen dan/atau sebelum pengkreditan Kadar
Istimewa, sekiranya tidak, Peserta Layak akan dilucutkan kelayakan daripada menyertai
Kempen ini dan/atau Kadar Istimewa akan dibatalkan.

22. CIMB menyimpan hak atas budi bicara tunggalnya untuk membatalkan kelayakan mana-mana
Peserta Layak yang ia tentukan mengganggu proses penyertaan, atau bertindak memungkiri
atau berpotensi memungkiri Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini

Kempen “CIMB 4.7% FD/FRIA-i Bundle with CASA/-i” MS 4 drpd 6


CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

23. CIMB menyimpan hak untuk menggantikan Kadar Istimewa dengan item-item lain yang
mempunyai kos setara dan/atau melanjutkan, memendekkan, memberhentikan
membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini dengan memberi notis empat
belas (14) hari kalendar terdahulu kepada Peserta Layak. Untuk mengelakkan sebarang
keraguan, sebarang perlanjutan, pemendekkan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau
penggantungan Kempen ini oleh CIMB tidak melayakkan Peserta Layak atau mana-mana pihak
lain untuk sebarang tuntutan atau ganti rugi terhadap CIMB untuk sebarang kerugian atau
kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Layak akibat secara langsung atau tidak
langsung daripada tindakan perlanjutan, pemendekan, pemberhentian, pembatalan,
penamatan atau penggantungan Kempen ini.

24. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dengan ini bersetuju bahawa CIMB tidak akan
dalam apa-apa jua cara bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan kepada Peserta Layak
jika CIMB tidak dapat melaksanakan secara keseluruhan atau sebahagian daripada
kewajipannya di sini, yang boleh dikaitkan secara langsung atau tidak langsung terhadap
kegagalan mana-mana peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian
penghantaran, kegagalan elektrik, pertikaian industri, perang, mogok, rusuhan, apa-apa
tindakan “act of God” di luar kawalan munasabah CIMB atau disebabkan oleh apa-apa faktor
dalam sifat force majeure yang berada di luar kawalan munasabah CIMB.

25. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta Layak atau mana-mana pihak bagi
sebarang kehilangan atau kerosakan apa jua sifat sekalipun yang dialami (termasuk tetapi tidak
terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, langsung atau tidak
langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak) yang
timbul, berkenaan dengan penyertaan atau ketidakpenyertaan dalam Kempen ini termasuk
yang timbul daripada ketidak penerimaan atau penerimaan lambat Perkhidmatan Pesanan
Ringkas (“SMS”) oleh Pelanggan Layak kecuali yang sama adalah disebabkan secara langsung
oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja CIMB.

26. CIMB menyimpan hak untuk memberi notis terlebih dahulu dua puluh satu (21) hari kalendar
untuk mengubah (sama ada dengan penambahan, pemadaman, pengubahsuaian, pindaan
atau sebaliknya) (“Pindaan”) mana-mana Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini. Notifikasi
kepada Peserta Layak berkenaan dengan Pindaan hendaklah dilaksanakan di atas budi bicara
mutlak CIMB melalui mana-mana satu cara komunikasi berikut, iaitu, melalui paparan
komunikasi elektronik di laman web CIMB, cawangan CIMB atau kaunter Pertukaran Mata
Wang CIMB di mana peruntukan terperinci mengenai Pindaan boleh diberi di dalam notis itu
sendiri atau boleh diberi kepada Peserta Layak atas permintaan atau dengan melaksanakan
suatu iklan berkenaan dengan Pindaan di suatu surat khabar pilihan CIMB atau dengan apa-
apa cara notifikasi lain yang boleh dipilih oleh CIMB dan Pindaan itu akan dianggap sebagai
mengikat Peserta Layak dari tarikh notifikasi Pindaan tersebut atau dari tarikh lain yang boleh
ditentukan oleh CIMB dalam notifikasi. Peserta Layak mengakui dan bersetuju untuk
mengakses laman web CIMB pada selang masa yang tetap untuk membaca Terma-Terma dan
Syarat-Syarat Kempen dan memastikan bahawa mereka sentiasa dikemaskinikan dengan apa-
apa perubahan atau variasi terhadap Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini.

27. Tiada pampasan dalam bentuk tunai atau apa-apa jenis akan diberikan kepada Peserta Layak
bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Layak akibat
secara langsung atau tidak langsung pindaan, variasi, pemadaman, penambahan atau
pengubahan kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini.

Kempen “CIMB 4.7% FD/FRIA-i Bundle with CASA/-i” MS 5 drpd 6


CIMB Bank Berhad (13491-P) CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H)

28. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini (sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa menurut
Klausa 26) hendaklah mengatasi apa-apa peruntukan-peruntukan atau representasi-
representasi yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan
Kempen ini. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan terma-
terma dan syarat-syarat semasa akaun CASA/CASA-i dan FD/FRIA-i yang akan terpakai sebagai
tambahan kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat di sini.

29. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini hendaklah tertakluk kepada pemakaian mana-mana
undang-undang, garis panduan, arahan, notis, peraturan-peraturan semasa yang digubal
dan/atau mana-mana undang-undang bertulis lain atau yang dikeluarkan oleh Bank Negara
Malaysia atau mana-mana badan lain yang mempunyai kuasa penyeliaan ke atas CIMB
berhubung dengan atau yang terpakai kepada Kempen atau sebarang perkara di sini.

30. Sekiranya terdapat apa-apa ketidaklarasan, konflik, kesamaran atau percanggahan diantara
versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dari Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini, Terma-
Terma dan Syarat-Syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Walau apa pun
yang dinyatakan di sini, sekiranya suatu permintaan dibuat oleh Peserta Layak dan permintaan
tersebut telah dicatat dan diakui oleh CIMB dalam rekodnya bahawa Terma-Terma dan Syarat-
Syarat CASA/CASA-i dan FD/FRIA-i dalam versi Bahasa Malaysia telah dipilih oleh Peserta Layak
untuk mengendali operasi untuk mengawal penggunaan akaun CASA/CASA-i dan FD/FRIA-i
Peserta Layak, maka versi Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan
mengatasi yang lain.

31. Untuk maklum balas dan/atau aduan berkenaan dengan Kempen ini, Peserta Layak boleh
menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB yang mempunyai alamat, nombor-nombor telefon
dan faksimile (atau yang mempunyai alamat-alamat, nombor-nombor telefon dan faksimile
lain yang boleh ditukar oleh CIMB melalui notifikasi kepada Peserta Layak): Unit Resolusi
Pelanggan, P.O. Box 10338, GPO Kuala Lumpur, 50710 Kuala Lumpur Tel: +603 6204 7788 /
CRU@cimb.com.

Kempen “CIMB 4.7% FD/FRIA-i Bundle with CASA/-i” MS 6 drpd 6

You might also like