You are on page 1of 7

POTONGAN ZAKAT BERJADUAL ONLINE (E-PZB)

Potongan Zakat Berjadual adalah suatu kaedah untuk menunaikan kewajipan berzakat
secara lebih sistematik dan pantas ke atas pendapatan yang diperolehi setelah pembayar
melakukan sendiri taksiran pendapatannya terhadap bagi semua jenis harta yang wajib
zakat dan telah memenuhi syarat-syarat wajib. Kaedah ini merupakan satu sistem online
yang dibangunkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak untuk memberikan
kemudahan tambahan kepada pembayar dan juga majikan.

KEISTIMEWAAN SKIM INI

 Memastikan kewajipan berzakat dalam rukun Islam terlaksana.


 Zakat anda dibayar secara tepat kepada agensi yang berautoriti.
 Zakat anda diagihkan mengikut garis panduan hukum syarak dan menepati kepada
golongan asnaf yang layak.
 Tidak perlu mengeluarkan jumlah wang yang besar secara sekaligus untuk
membayar zakat.
 Melayakkan rebet 100% daripada jumlah cukai pendapatan (Potongan Cukai
Berjadual-PCB).
 Membolehkan pembayar menyemak dan mencetak sendiri penyata pada bila-bila
masa.
 Membolehkan pelbagai jenis zakat (zakat simpanan, emas, perniagaan, saham dan
lain-lain) dibayar mengikut satu kaedah yang sama.
 Menerima maklumat terkini dan berita-berita semasa daripada MAIPK melalui email
dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

LEBIH MUDAH

 Anda hanya perlu mengakses dan mengisi maklumat diri dan pembayaran ke dalam
sistem e-PZB, serta bersetuju membuat arahan potongan gaji. Seterusnya, proses
pembayaran zakat akan diuruskan oleh majikan kepada (MAIPk).
 Tidak perlu bersesak dan menunggu giliran di kaunter-kaunter zakat MAIPk.
 Tidak perlu mengalami masalah tempat meletak kereta yang terhad.
 Boleh dibuat tanpa mengira masa dan tempat (walaupun di rumah atau di pejabat).

TIDAK MEMBEBANKAN

 Tidak perlu mengeluarkan kos petrol, atau lain-lain kos untuk ke pejabat MAIPk.
 Membayar zakat secara ansuran dalam jumlah yang kecil, lebih meringankan dan
tidak begitu dirasai.
 Bagi anda yang layak dikenakan PCB, anda tidak memerlukan sumber wang yang
lain untuk menunaikan zakat kerana anda boleh membuat pelarasan dan
memindahkan keseluruhan atau sebahagian daripada jumlah potongan PCB anda
kepada PZB.
Taksir
Pendapatan

Sempurna
Mengisi
Maklumat
Diri & Rukun
Persetujuan
melalui e-SPB Islam

Hanya
melalui satu
"Clicks"

ZAKAT DAN KEWAJIPANNYA


Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang ketiga. Zakat diwajibkan kepada
setiap indiv idu Muslim yang telah memenuhi syarat-syaratnya seperti sempurna milik, cukup
haul dan cukup nisab.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Keluarkanlah zakat sebahagian dari hasil usaha kamu
yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu”.

(Surah Al-Baqarah: 267)

Islam sentiasa menitikberatkan tentang memudahkan sesuatu perkara dan tidak mahu
menyulitkan manusia dalam urusan sehariannya khususnya dalam melaksanakan urusan
agama. Semua hukum Islam adalah mudah bagi mereka yang benar-benar beriman.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusan”.

(Surah At-Talaaq: 4)

Umat Islam juga diingatkan supaya tidak membebankan sesuatu perkara malah harus
dipermudahkan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Permudahkanlah dan jangan menyukarkan, berilah khabar gembira dan janganlah


memberikan khabar yang menyusahkan hati.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari Dan Muslim)

PANDANGAN HUKUM
Pembayaran zakat dibuat sebaik tiba haul iaitu sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam
surah Al-An’aam ayat 141 yang bermaksud:

“Dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya.”

Ini bermaksud pembayaran zakat ini tidak boleh ditangguhkan dan dengan membuat
pembayaran melalui e-PZB, anda sentiasa menyegerakan pembayaran malah sebelum tiba
haul.

Di dalam nas yang lain umat Islam dibolehkan mengeluarkan zakat walaupun belum cukup
setahun berdasarkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud
daripada Ali r.a katanya:

“Sesungguhnya Abbas meminta izin dari Rasulullah mengeluarkan zakat sebelum


masanya, maka Rasulullah mengizinkan Abbas berbuat yang demikian itu”
Berdasarkan hakikat (MAIPk) telah mengambil satu insiatif bagi memudahkan umat islam
menunaikan tanggungjawab membayar zakat dengan memperkenalkan satu skim yang
dinamakan Potongan Zakat Berjadual (e-PZB).

ASAS PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN


Skim e-pzb menyediakan peluang kepada anda untuk menunaikan semua urusan
pembayaran zakat melalui potongan gaji. Bagi memudahkannya terdapat 4 pilihan untuk
menentukan jumlah yang sepatutnya dibuat iaitu:

a. Menunaikan zakat pendapatan sahaja


b. Menunaikan zakat harta-harta lain
c. Menunaikan Qadha zakat.
d. Menyelaraskan terus mengikut jumlah Potongan Cukai Bulanan anda.

A. MENUNAIKAN ZAKAT PENDAPATAN SAHAJA


Jika anda memilih untuk menunaikan zakat pendapatan sahaja (MAIPk) telah
menyediakan dua kaedah iaitu:-

i. Mengikut jadual yang disediakan. Rujuk panduan menggunakan Jadual


Potongan Zakat Pendapatan Bulanan.
*rujuk jadual potongan zakat pendapatan bulanan
ii. Mengira sendiri jumlah yang ingin anda jelaskan. Untuk mengetahui kadarnya:-

Jumlahkan semua zakat harta = jumlah potongan sebulan


12 bulan
B. MENUNAIKAN ZAKAT HARTA YANG LAIN
Anda juga boleh melunaskan zakat harta anda yang lain dengan menggunakan Skim
pzb. Zakat harta yang lain adalah:

 Zakat wang simpanan  Zakat Emas  Zakat Tanaman


 Zakat perniagaan  Zakat Saham  Qhada Zakat
 Zakat KWSP

Untuk mengetahui berapakah kadarnya hanya:

Jumlahkan semua zakat harta = jumlah potongan sebulan


12 bulan

C. MENUNAIKAN QADHA ZAKAT


Anda masih belum terlewat jika tidak menunaikan zakat-zakat anda yang lalu. Dengan
Skim e-pzb ini juga anda boleh melunasknanya tanpa membebankan. Cuma apa yang
anda perlu lakukan ialah dapatkan jumlah qadha zakat anda dan sesuaikan dengan
beberapa bulan yang anda rasa mampu dan tidak membebankan.

D. ZAKAT DAN CUKAI PENDAPATAN


Mengikut warta kerajaan bertarikh 1 Januari 2004 berkenaan dengan kaedah-kaedah
cukai pendapatan (Potongan Daripada Saraan) (Pindaan) 2000 dan berkuatkuasa mulai
Januari 2004. Di mana seorang pekerja telah membuat bayaran zakat yang dibuat
kepada pihak berkuasa zakat, majikan boleh membuat penyesuaian kepada PCB yang
harus dipotong setelah melihat bukti tentang bayaran zakat tersebut.
contoh:
1. PCB akan diberhentikan serta merta jika jumlah potongan bulanan menyamai atau
melebihi jumlah PCB.
 PCB (sepatutnya dipotong) RM50.00
 Potongan zakat bulanan RM50.00
2. Sekiranya potongan zakat bulanan kurang daripada jumlah PCB, majikan hanya perlu
memotong bakinya sahaja untuk PCB
 PCB (sepatutnya dipotong) RM50.00
 Potongan zakat bulanan RM40.00
Majikan hanya perlu memotong PCB sebanyak RM 10.00 sahaja
POTONGAN ZAKAT PENDAPAT MENGIKUT JADUAL
Untuk memudahkan anda (MAIPk) menyediakan Jadual Potongan Zakat Pendapatan
Bulanan dan anda boleh memilih di antara dua kaedah iaitu:

Kaedah A: Pendapatan Kasar (Tanpa Tolakan):


2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun
Contoh kiraan:
a. Pendapatan kasar ( RM2,000 X 12 Bulan)
(jumlah ini melebihi daripada paras nisab)
RM24,000
b. Jumlah zakat wajib dikeluarkan
= RM 24,000 x 2.5%
RM600
c. Potongan zakat sebulan
=RM600/12 bulan
RM50

Kaedah B: Pendapatan yang ditolak perbelanjaan yang dibenarkan

* Perbelanjaan untuk seorang anak ialah :-


i. RM 1000.00 - berumur bawah 18 tahun
ii. RM 3500.00 - berumur 18 tahun ke atas dan sedang menuntut di IPT

** Tolakan juga boleh dibuat jika badan-badan kewangan lain telah membayar zakat untuk
mengelak zakat dikenakan dua kali

*** kadar nisab adalah senilai dengan harga 20 misqal emas atau bersamaan dengan 85
gram dan berubah mengikut harga emas

NOTA RUJUKAN POTONGAN ZAKAT PENDAPATAN BULANAN


1. Potongan Zakat Pendapatan Bulanan ini adalah sebagai panduan sahaja untuk
memudahkan kakitangan membuat pembayaran zakat melalui Skim e-pzb yang
disediakan oleh (MAIPk).
2. Pihak majikan hanya perlu merujuk kepada Potongan Zakat Pendapatan Bulanan
yang disediakan oleh indiv idu berkenaan bagi mengetahui jumlah gaji yang harus
dipotong untuk bayaran zakat kakitangan tersebut.
3. Pembayar/kakitangan tidak tertakluk sepenuhnya kepada jadual di atas.
4. Asas pengiraan pada jadual di atas hanya berdasarkan pengiraan zakat pendapatan
sahaja.
5. Pembayaran potongan gaji juga boleh dibuat untuk zakat-zakat lain seperti zakat
wang simpanan, KWSP, perniagaan, emas dan perak serta qadha zakat.
6. Untuk kiraan zakat-zakat yang lain anda boleh menghubungi (MAIPk)

PENAMBAHAN DAN PENGURANGAN


Kakitangan perlu mengemaskini sendiri jumlah potongan melalui sistem e-pzb

NOTA (Pengiraan bonus/ lebihan pendapatan biasa)

Jika bonus, komisen atau ganjaran dibayar kepada seseorang pekerja sebagai tambahan
kepada saraan bulanan biasa, amaun zakat tambahan yang perlu dipotong dalam bulan di
mana bonus, komisen, ganjaran atau bayaran seumpanya itu dibuat, hendaklah dikira
seperti berikut:

(12x potongan saraan bulanan yang dijangka) tolak (12 x potongan saraan bulanan biasa)
Saraan bulanan yang dijangka hendaklah dikira sebagai saraan bulanan biasa campur 1 ½
daripada bayaran tambahan itu.
Contoh : jumlah saraan bulanan biasa = RM1,000
Bonus = RM2,000

Oleh itu, saraan bulanan yang dijangka diterima pada tahun tersebut ialah:
= RM1,000 + (RM 2,000/12 Bulan)
= RM1,000 + (RM 167 = RM 1,167)
Berdasarkan jadual Skim Berkat saraan bulanan RM1,167 ini, potongan zakat bulanannya
adalah sebanyak RM10 sebulan.

Maka, tambahan potongan zakat setahun = (12x RM14) tolak (12x RM12)
= RM168- RM144 = RM24
Tambahan potongan setiap bulan
= RM24/12 bulan = RM2

You might also like