You are on page 1of 3

PEMBAYARAN CUKAI

1. S :Dimanakah saya boleh membuat bayaran cukai pendapatan individu?

J: Bayaran cukai pendapatan boleh dibuat di :

i) Kaunter bayaran LHDNM (Jalan Tunku Abdul Halim, Kuala Lumpur, Kota
Kinabalu, Sabah & Kuching, Sarawak)
ii) Kaunter Bank Ejen yang dilantik (CIMB Bank, Public Bank, Maybank, RHB Bank,
Affin Bank, Bank Rakyat & Pos Malaysia)
iii) Sistem ByrHasil . Sila layari https://byrhasil.hasil.gov.my/
iv) Perbankan Internet (CIMB Bank, Public Bank, RHB Bank, Maybank, Hong Leong
Bank & Pos Malaysia)

2. S : Apa itu PCB?

J : Berkuat kuasa dari 1 Januari 1995, Potongan Cukai Bulanan (PCB) merupakan satu kaedah baru
bagi pungutan cukai di mana majikan membuat potongan daripada saraan pekerja yang layak pada
setiap bulan berdasarkan Jadual PCB. PCB merupakan satu kewajipan ke atas pekerja dan majikan.
Sebarang perbezaan dari perkara yang telah ditetapkan dalam Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan
(Potongan Dari Saraan) 1994, memerlukan kelulusan secara bertulis daripada LHDNM.

3. S : Apakah perbezaan bayaran PCB dan potongan CP 38?

J : PCB merupakan potongan cukai berdasarkan Jadual PCB ke atas saraan pekerja yang layak dan
diremitkan ke LHDNM setiap bulan, manakala potongan CP 38 pula hanya boleh dilakukan sekiranya
LHDNM telah mengeluarkan arahan khusus kepada majikan supaya membuat potongan untuk
amaun tertentu dalam bulan-bulan yang tertentu. Potongan CP 38 adalah untuk menyelesaikan cukai
yang tertunggak manakala PCB adalah untuk cukai bagi tahun taksiran semasa. Tarikh akhir bayaran
CP 38 perlu dikemukakan kepada LHDNM adalah sama seperti potongan PCB.

4. S : Sekiranya arahan potongan gaji (Borang CP 38) dikeluarkan kepada majikan untuk pekerjanya,
adakah majikan masih perlu membuat potongan cukai di bawah skim PCB untuk pekerja
berkenaan?

J : Ya. Arahan potongan gaji (Borang CP 38) yang dikeluarkan kepada majikan adalah bertujuan untuk
menyelesaikan cukai yang masih tertunggak di akaun cukai pendapatan pekerja. Manakala PCB
adalah untuk menjelaskan cukai bagi tahun taksiran semasa pekerja tersebut.
5. S : Adakah bayaran PCB dan CP 38 perlu menggunakan borang yang berlainan?
J : Tidak perlu, akan tetapi majikan hendaklah mengasingkan jumlah bayaran mengikut ruangan PCB
dan CP 38 yang disediakan.
6. S : Apakah jenis pendapatan yang layak dikenakan potongan PCB?
J : PCB hanya dikenakan ke atas pendapatan penggajian iaitu saraan yang didapati daripada
pekerjaan, termasuk semua bayaran selain daripada manfaat yang bukan berbentuk wang (Sek.
13(1)(b)), manfaat kediaman (Sek. 13(1)(c)) dan pembayaran ganti kepada pekerja. Pendapatan
penggajian yang layak dikenakan cukai termasuklah gaji, upah, komisen, kerja lebih masa, elaun,
yuran pengarah, tip, bonus yang didapati berkaitan dengan pekerjaan yang dilakukan dan
sebagainya.
Majikan dikehendaki menjumlahkan kesemua pendapatan yang telah dinyatakan dan menolak
caruman pekerja ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhad kepada RM 500 sebulan atau
RM 6,000 setahun. Seterusnya potongan PCB ditentukan berdasarkan kepada Jadual PCB. Namun
begitu, di mana sesuatu bayaran merupakan satu bayaran bonus atau sekaligus, formula khusus
hendaklah digunakan untuk menentukan amaun PCB.
7. S : Apakah yang dimaksudkan dengan saraan di bawah Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan
(Potongan Daripada Saraan) 1994 dan Pindaan 1998?
J : J6: Saraan bermakna pendapatan berkenaan dengan perolehan atau keuntungan daripada sesuatu
pekerjaan di bawah Seksyen 13 (1) (a), (d) dan (e) ACP 1967 selain daripada faedah-faedah dalam
bentuk barangan di bawah Seksyen 13(1)(b) dan 13(1)(c) ACP 1967 dan sentiasa diterima pada setiap
bulan walaupun amaunnya berbeza.
8. S : Bagaimana untuk mengira PCB bagi yuran pengarah?
J : Terdapat beberapa cara untuk pengiraan yuran pengarah, bergantung kepada situasi seperti
berikut:-
Dalam kes-kes di mana yuran pengarah adalah dibayar secara bulanan bersama-sama dengan saraan
bulanan, kedua-dua amaun hendaklah dijumlahkan dan potongan PCB yang perlu dipotong adalah
merujuk kepada Jadual PCB.
Dalam kes-kes di mana hanya yuran pengarah sahaja dibayar secara bulanan, maka PCB ditentukan
sebagaimana mengira PCB untuk saraan bulanan.
Di mana seseorang pengarah dibayar saraan bulanan dan juga menerima yuran pengarah secara
sekaligus, pengiraan PCB untuk yuran pengarah adalah mengikut Formula Bonus
Di mana seseorang pengarah hanya menerima yuran pengarah secara sekaligus, bayaran berkenaan
hendaklah dibahagikan kepada tempoh bulan yang berkaitan dan potongan PCB hendaklah dibuat
mengikut jadual yang ditetapkan dan didarabkan dengan jumlah bulan tersebut. (Formula Bonus-
langkah B-D adalah terpakai).
Contoh:
Seseorang pengarah menerima yuran pengarah untuk tempoh setahun berjumlah RM36,000.00
tanpa sebarang bayaran saraan bulanan. Oleh yang demikian, jumlah yang diambilkira untuk sebulan
adalah RM3,000.00. Bayaran PCB untuk jumlah RM3,000 hendaklah ditentukan mengikut jadual dan
kemudiannya didarabkan dengan jumlah bulan dalam setahun .
Sekiranya yuran pengarah dibayar untuk tahun yang berbeza dengan tahun semasa, pihak majikan
perlu mengasingkan bayaran yuran pengarah dan juga bayaran PCB bulan semasa dengan
menggunakan dua borang CP 39 yang berasingan.
9. S : Dalam mesyuarat tahunan, yuran pengarah telah diisytihar dan akan dibayar pada 1 Oktober
2013. Memandangkan selepas itu syarikat mengalami masalah kewangan, yuran pengarah tidak
dapat dibayar pada tarikh yang telah ditetapkan. Adakah PCB untuk yuran pengarah tersebut
masih perlu dipotong pada tarikh ia diisytiharkan?
J : Tidak perlu. Potongan PCB hanya perlu dibuat pada tarikh ia dibayar.
10. S : Potongan PCB yang berlebihan telah dibuat ke atas seseorang pekerja untuk sesuatu bulan.
Adakah bayaran balik lebihan PCB tersebut akan dibuat kepada pihak majikan?
J : Tidak. Potongan PCB bulanan yang berlebihan hanya akan dibuat pembayaran balik sekiranya ada
permohonan daripada pekerja berkenaan dan hanya akan dibayar kepada pekerja tersebut bukan
kepada pihak majikan.
11. S : Pemotongan jumlah yang berlebihan daripada Jadual PCB telah dikesan. Bolehkan pindaan PCB
dibuat melalui potongan bagi bulan yang berikutnya?
J : Pindaan PCB boleh dibuat dengan syarat surat penjelasan dikepilkan bersama-sama potongan
pindaan yang dikemukakan. Pindaan PCB tidak dibenarkan bagi tahun yang berbeza.
Contoh:

Kesilapan potongan PCB yang dibuat dalam bulan Disember 2013 tidak boleh dibuat pindaan dalam
bulan Januari 2014
.

You might also like