You are on page 1of 7

PANDUAN UNTUK PENYEDIAAN TUGASAN PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2019

1. Anda dikehendaki menamakan sendiri pekongsi, hotel, asrama, pembekal P dan Q dan
jenama pelembut X dan Y (Nama perniagaan BEBAS)

a. PENGENALAN PERNIAGAAN (ada 4 perenggan)


i. Latar belakang - tarikh ditubuhkan, nama perniagaan dan alamat, nama pekongsi,
modal disumbangkan, bilangan pekerja , aktiviti perniagaan dan jenis barang niaga
ii. Nyatakan 2 sebab memilih perniagaan dobi
iii. Nyatakan 1 kelebihan menjalankan perniagaan dobi
iv. Nyatakan 1 risiko yang bakal dihadapi

b. PROFIL PERNIAGAAN
Lengkapkan butiran 1 – 11 dan masukkan maklumat Ikatan Perkongsian sebagai butiran
ke12 dan carta akaun sbg butiran ke 13.
Butiran 1: Nama perniagaan (bebas)
2 : senarai semua nama pekongsi
4 : Perkongsian (Perkhidmatan Dobi dan Dobi Layan Diri)
5 : 1 Mac 2019 – 29 Feb 2020 (setahun)
6 : 1 Mac 2019 – 31 Mac 2019 (sebulan)
7 : RM180 000
Modal A RM60 000
Modal B RM60 000
Modal C RM60 000
8 : 2 orang pekerja:
1. Samad RM1 000
2. Siva RM1 000
9 : Memulakan perniagaan
10: Nama bank yang betul
11: 12 digit
12: Ikatan Perkongsian - salin 6 Ikatan Perkongsian (rujuk soalan projek ms3)
13: Carta Akaun – sekiranya ada tambahan pada belanja nombor lejar akan
jadi LA61 – LA70 (selepas catatan kontra).

1
c. DOKUMEN PERNIAGAAN – Calon perlu lukis sendiri 5 buah dokumen yang berbeza
mengikut setiap tarikh yang dinyatakan dlm soalan
Mesti lengkap dengan nombor bil / resit / cek

Lampiran A

Urusniaga dalam Lampiran A perlu disalin semula oleh pelajar dalam buku draf dengan
memasukkan maklumat yang perlu.
Mac 1 Memulakan perniagaan dengan setiap pekongsi menyumbangkan RM60 000
seorang untuk membiayai perkara berikut: (tunjukkan pembahagian modal)
Contoh
Butiran RM A B C
Mesin Dobi 95 400 30 000 30 000 35 400
Lengkapan 6 600 6 600
Deposit elektrik 4 000 4 000
Deposit air 1 000 1 000
Deposit sewa (2 bulan) 7 500 7 500
Tunai di tangan 1 000 1 000
Tunai di bank 64 500 19 400 20 500 24 600

Setiap jadual untuk belian dan jualan barang niaga perlu ditambah ruangan jumlah untuk
hitung jumlah besar
Urus niaga pada tarikh 9 dan 18 Mac adalah bebas tetapi mesti berkaitan dengan jenis
dokumen yang diberi
Semua dokumen mesti ada nombor dokumen – kad stok ada nombor dokumen
5 dokumen yang dipilih untuk dilukis(tidak boleh diberi template) hendaklah mempunyai
nombor dokumen pada ruangan dokumen contoh Mac 3 ………… Nota kredit
CN 5678

Slip bank hanya boleh digunakan untuk kemasukan wang di bank pada hari bekerja sahaja
(check tarikh). Kemasukan wang pada hari minggu mesti menggunakan Slip Transaksi
Perbankan Elektronik

d. BUKU CATATAN PERTAMA


i. Buku Tunai (Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai juga diterima)
ii. Jurnal Am
ii. Jurnal Khas
a) Jurnal Belian
b) Jurnal Pulangan Belian
Nota penting
i. Perkhidmatan dobi secara kredit dicatat dalam Jurnal Am
cth: debit Hotel Ria , kredit Hasil Dobi
ii. Jualan sabun dan pelembut catat dalam buku tunai
iii. Jurnal Jualan tak terlibat

2
e. CATATAN DALAM LEJAR
i. Lajur folio mesti lengkap
ii. Susun lejar ikut urutan folio
iii. Asingkan Lejar Am, Lejar Jualan dan Lejar Belian
iv. Semua lejar mesti lengkap sehingga 1 April…..ada Baki h/b dan Baki b/b

f. IMBANGAN DUGA
i. Ada rujukan folio dan berturutan ikut pengelasan
ii. Ada jumlah imbangan
iii. Angka imbangan mesti berbeza bagi setiap calon

g. PENILAIAN INVENTORI AKHIR


i. Perlu sediakan 6 kad inventori
ii. Guna kaedah FIFO untuk barang yang ada 2 harga berbeza
iii.Pulangan barang niaga mesti ikut harga yang dinyatakan dalam soalan
iv.Dokumen untuk kad inventori ialah memo
v. Pelembut X dan Y mesti diganti dengan nama lain

Inventori Akhir
i. Sediakan satu jadual untuk penilaian inventori akhir
ii. Maklumat baki akhir untuk setiap item disenaraikan iaitu kuantiti, harga kos seunit
dan jumlah akhir (bundarkan)

Bil Butir Jumlah


RM
1. Sabun serbuk mini 156.60
2. Sabun serbuk cecair mini 153.00
3. Pelembut X mini 131.50
4. Pelembut Y mini 136.50
5. Sabun cecair 10 liter 1 750.00
6. Pelembut 10 liter 1 825.00
Jumlah 4 152.60
– tunjuk angka bundar pada ID Terselaras

3
h. PELARASAN [Rujuk soalan ms3 - maklumat 7(a) dan 7(b)]
1. Polisi Susut nilai:
Mesin dobi – kaedah garis lurus (10% - 20%)
Lengkapan - kaedah baki berkurangan (5% - 15%)
(Sofa x disusutnilai)
2. Peruntukan Hutang Ragu:
Kadar 1% - 4%
Atas Akaun Belum Terima bersih
3. Belanja belum bayar (2) – kadar, bayaran, promosi, belanja menyelenggara
mesin, tak terima belanja insurans belum bayar
4. Belanja prabayar (1)
5. Hasil belum terima (1) – Komisen belum terima (Wajib ada)
6. Hasil belum terperoleh (1)
7. Pembetulan kesilapan (1) - mana mana pembetulan kesilapan yang sesuai
- ada keterangan

i. JURNAL AM PELARASAN
- keterangan diperlukan
- akaun pelarasan yang baru diwujudkan hendaklah merujuk Kod Pengelasan seterusnya
untuk nombor folio

j. LEJAR PELARASAN
- jika akaun telah wujud, salin semula akaun dan masukkan pelarasan tersebut dan
Imbangkan.
- jika akaun belum diwujudkan, wujudkan akaun tersebut dan rujuk Kod Pengelasan
seterusnya untuk rujukan folio
-jika pelarasan melibatkan Akaun Tunai atau Akaun Bank, tidak perlu salin semua
butiran dari Buku Tunai tetapi hanya perlu tunjukkan baki b/b pada 31 Mac di sebelah debit
dan masukkan pelarasan yang terlibat dan imbangkan semula
- tidak perlu susun lejar ikut folio, tunjukkan akaun ikut pasangan bergu masing-
masing cth: Akaun Insurans diikuti dengan Akaun Insurans Prabayar

k. AKAUN KAWALAN
- dapatkan baki akhir ABT dan ABB
Akaun Kawalan Belum Terima – rujuk JA dan BT
Hasil dobi perlu ditunjukkan satu jumlah sebulan
Akaun Kawalan Belum Bayar - rujuk JA, JB, JPB dan BT

l. IMBANGAN DUGA TERSELARAS


- senaraikan semua baki-baki akaun yang tidak berubah dari ID sebelum pelarasan dan
baki-baki akaun-akaun dari lejar am pelarasan
- tiada lagi nama penghutang Asrama, Hotel dan pembekal X dan Y sebaliknya
diwakili oleh butiran Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar sahaja
- Tulis rujukan folio dan mestilah berturutan ikut pengelasan (susun dari kecil ke besar)

4
- Mesti ada jumlah imbangan (berbeza bagi setiap calon)

Di bawah Imbangan Duga Terselaras, selepas jumlah masukkan maklumat tambahan:


a) Nilai inventori akhir pada 31 Mac 2019 ialah ……. – dibundarkan
b) Faedah atas ambilan tidak perlu kira
c) Pengiraan hasil dan belanja melibatkan pekongsi adalah seperti berikut:
Contoh:
Faedah atas modal
A : 60 000 x 5% x 1/12 = 250
B : 60 000 x 5% x 1/12 = 250
C : 60 000 x 5% x 1/12 = 250
Jumlah 750
Tunjukkan jalan kerja untuk pengiraan FAM dan Gaji Pekongsi
(tidak perlu catatan jurnal dan lejar)

Sekiranya pelajar mengira FAM, gaji pekongsian sebelum ID terselaras, pelajar perlu
sediakan JA dan lejar dan masukkan dalam ID terselaras

m. AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI serta AKAUN PENGASINGAN


UNTUNG RUGI
- Akaun Pengasingan Untung Rugi boleh disediakan secara berasingan atau gabungan
- tajuk akaun penamat ialah “bagi bulan berakhir”
- Perlu asingkan jualan dan hasil perkhidmatan (pelaporan berbeza)
Contoh:
Hasil Dobi 150
Jualan 100
Perolehan 250
(-) Kos perolehan :
Inv Awal 0 (Tak perlu tulis kerana baru mula perniagaan)
(+) Belian 50
- Gaji, faedah atas modal mesti dnyatakan sebagai lump sum(tak boleh dipecahkan) – rujuk
DSKP baru
-Angka Kongsi untung pekongsi ada titik perpuluhan, bundarkan angka dan berikan pada
mana2 2 pekongsi

n. AKAUN SEMASA PEKONGSI DAN PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN


- sediakan Akaun Semasa bentuk beruangan
- sediakan PKK dalam format penyata dan mesti tunjuk MODAL KERJA

5
o. ANALISIS DAN TAFSIRAN NISBAH
• Sekurang-kurangnya 1 bagi setiap nisbah
• Buat dalam bentuk jadual
• Jawapan kpd 2 titik perpuluhan KECUALI KPGI (kali) dan tempoh kredit (hari)-
mesti dibundarkan ke depan cth 1.2 kali =2 kali

NISBAH KECAIRAN

Bil. Jenis Nisbah Pengiraan Tafsiran Nisbah


1 Nisbah Semasa = Aset semasa / Liabiliti Bagi setiap RM1 liabiliti semasa,
semasa perniagaan mempunyai aset semasa
= 95014/8095 RM12 untuk menjelaskannya.
= 12 : 1

p. BELANJAWAN TUNAI
 Rujuk maklumat yang diberi.
 Tunjukkan nota Belanjawan dan Jalan Kerja
 Format ada LEBIHAN/ KURANGAN
 Lain-lain penerimaan dan pembayaran sedia ada KECUALI Susut Nilai/ Hutang ragu/
Peruntukan Hutang Ragu/ Diskaun.
 WAJIB ada nota (rujuk halaman 3; no 8a – g)
 Tunjukkan jalan kerja (pengiraan)
 Item (f) - Pinjaman daripada pekongsi (penerimaan), belian van terpakai(pembayaran),
ansuran pinjaman dan faedah pinjaman(pembayaran) jika pinjaman dibuat dalam bulan
Julai/ Ogos

q. CADANGAN MENINGKATKAN PRESTASI JANGKA PENDEK DAN JANGKA


PANJANG

Berikan TIGA cadangan.jangka pendek (kaitkan dengan Analisis Nisbah0


• Tingkatkan promosi
• Menyertai pameran.
• Pelbagaikan jenis pakej.
• Mana-mana yang munasabah.
• Rujuk Penyata Kewangan dan Belanjawan Tunai.

Berikan TIGA cadangan.jangka panjang (kaitkan dengan Belanjawan)


• Ubahsuai premis
• Buka cawangan baru
• Belian aset bukan Semasa
• Pelaburan syer/ Simpanan tetap.

6
r.
RUMUSAN
• Hubungkaitkan TIGA konsep, prinsip dan andaian perakaunan yag relevan dengan
betul dan tepat
• Hubungkaitkan TIGA elemen merentas Kurikulum dengan betul

HAL-HAL LAIN
1. Komisen diterima dari Pembekal P dianggap sebagai pelarasan untuk hasil belum
terima
2. Urusniaga pada 23/3 pekongsi membawa masuk sofa tidak dikira susut nilai
dan faedah atas ambilan kerana tempohnya tidak sampai sebulan
3. Semua angka yang melibatkan perpuluhan dibundarkan kpd angka bulat yang hampir
4. Pengiraan hasil dan belanja adalah untuk tempoh 1 bulan
5. Komisen adalah untuk semua jenis sabun mini dan pelembut mini
6. Sofa masuk bawah lengkapan. (tidak perlu kira susut nilai utk sofa)

You might also like