You are on page 1of 1

Teknologi biologi merujuk kepada teknologi berasaskan biologi, terutama apabila ia

digunakan dalam bidang pertanian, sains makanan dan perubatan. Persidangan mengenai
kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat satu takrifan bagi
bioteknologi:[1]
"Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem
biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau
mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus."
Sebelum 1970-an, istilah, bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri
pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan
saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam
penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan
tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan
keseluruhan kaedah, yang silam atau moden, bagi memanipulasi organik bagi memenuhi
kehendak manusia. Dengan itu istilahnya boleh ditakrifkan sebagi, "Penggunaan pengetahuan
tempatan dan/atau saintifik bagi pengurusan (sebahagian) mikroorganisma, atau sel dan tisu
organisma peringkat tinggi, agar ia membekalkan barangan dan perkhidmatan bagi manusia.[2]
Banyak orang telah bercakap - dan melabur - dalam bidang bioteknologi dengan harapan ubat
ajaib dapat dihasilkan. Walaupun kini terdapat sebilangan kecil ubat mujarab, secara
umumnya revolusi tidak terjadi dalam bidang farmaseutikal. Akan tetapi, perkembangan
terbaru dalam ubat berasaskan antibodi monoklon mengesyorkan bahawa bioteknologi kini
telah mempunyai fungsi dalam penjualan farmaseutikal.

You might also like