You are on page 1of 2

MUHAMMAD MUS’AB BIN ILYASAK

(NRIC NO. 871212-10-5335)


No.33 Jalan Bangi Avenue 7/5
Taman Bangi Avenue
43000 Kajang, Selangor
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad 11/3/2024
No. 18 & 19 Jalan Jeloh 3
Off Jalan Bukit, Kajang 43000, Selangor
Rujukan : BKRM / LN3568P
U.P: Sariha binti Md Said (Ketua Unit Pentadbiran Pembiayaan)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Puan,


PERMOHONAN PENGURANGAN JUMLAH BAYARAN PENYELESAIAN PENUH
PINJAMAN PEMBIAYAAN PERIBADI – PFT6 AWAM K/TERAPUNG

Akaun Pembiayaan : 6601647801


Jenis Pembiayaan : PFT6 Awam K/Terapung
Jumlah Pembiayaan : RM127,000.00
Jumlah Penjelasan Pembiayaan Yang diminta :RM74,627.00
Jumlah Penyelesaian Penuh Ingin Ditawarkan :RM70,000.00

Saya merujuk kepada perkara di atas serta penyata baki amaun pihak Puan bertarikh 7/3/2024
seperti dalam lampiran surat ini.

Saya dengan rendah diri ingin merayu dan memohon jasa baik serta timbang rasa daripada
pihak Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad untuk memberikan sedikit lagi pengurangan
bagi jumlah penyelesaian penuh Bayaran Pinjaman Pembiayaan Peribadi saya iaitu PFT6
Awam K/Terapung yang ketika ini berjumlah RM74,627.00 kepada RM70,000.00

Saya ingin menjelaskan alasan-alasan yang menyokong permohonan saya:

1. Cabaran Kewangan: Saya mengalami beberapa cabaran kewangan yang tidak dijangka,
termasuk perubahan dalam pendapatan dan tanggungan kewangan tambahan. Saya telah
ditukarkan tempat kerja yang lebih jauh yang memakan kos pengangkutan yang lebih tinggi
dan isteri saya kini sedang berbadan dua dan dijangka akan melahirkan anak saya dalam masa
terdekat. Pengurangan jumlah bayaran akan memberikan kelonggaran yang diperlukan bagi
menanggung perbelanjaan tambahan semasa dan membolehkan saya untuk menyelesaikan
pembiayaan pinjaman saya dengan pihak Puan dengan lebih selesa.

2. Bekerja sambil belajar: Untuk makluman pihak Puan, saya juga merupakan pelajar
peringkat Sarjana buat masa sekarang yang akan melalui 2 bulan praktikal di atas tanggungan
saya sendiri, tanpa sebarang tajaan/pembiayaan daripada pihak majikan. Oleh yang demikian,
sedikit pengurangan yang diberikan oleh pihak bank Puan sangatlah membantu diri saya yang
sedang melanjutkan pelajaran sambil bekerja.

3.Komitmen Pembayaran: Saya telah dengan setia mematuhi komitmen pembayaran ansuran
bulanan dan bercita-cita untuk menyelesaikan pinjaman ini dengan segera. Sepanjang tempoh
pembayaran sebanyak 60 kali untuk amaun berjumlah sebanyak lebih kurang RM88,000.00,
saya tidak ada sebarang tunggakan pembayaran dengan pihak bank Puan. Pengurangan jumlah
bayaran penyelesaian penuh akan memudahkan saya untuk mencapai matlamat ini tanpa
mengalami lebih banyak tekanan kewangan.
4. Kerjasama Sebelumnya: Saya merupakan pelanggan setia Bank Kerjasama Rakyat
Malaysia Berhad yang senantiasa menyokong pihak Bank dalam produk – produk perbankan
Islam yang ditawarkan sebelum ini. Antaranya seperti Kredit Kad serta Akaun Simpanan Bank
Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. Saya ingin menekankan bahawa saya amat menghargai
perhubungan baik yang telah terjalin dengan pihak Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
ini. Saya yakin dengan kerjasama yang baik, kita boleh mencapai penyelesaian yang
memuaskan bagi kedua belah pihak.

Saya bersedia untuk menyediakan sebarang dokumen tambahan atau maklumat yang
diperlukan untuk menyokong permohonan pengurangan jumlah bayaran penyelesaian penuh
pinjaman saya ini. Saya yakin bahawa pengurangan jumlah bayaran ini akan memberi manfaat
kepada kedua belah pihak dan membantu saya dalam menyelesaikan tanggungjawab saya.

Sekiranya pihak Puan ingin mengadakan perbincangan lanjut atau meminta sebarang maklumat
tambahan, saya boleh dihubungi di talian 012-9025307 atau musabilyasak@gmail.com.

Segala kerjasama dan perhatian pihak puan dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
dalam menilai dan mempertimbangkan permohonan saya ini amatlah saya hargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih dan selamat berpuasa!

Yang Benar,

-------------------------------------
MUHAMMAD MUS’AB BIN ILYASAK
(NRIC NO. 871212-10-5335)

You might also like